BAB 1

26.6K 527 55
                                    
















Pagi itu hujan gerimis mula membasahi bumi. Kelihatan cahaya matahari sukar dipandang dek samar samar cahayanya yang sukar menembusi bumi tatkala kabus menebal. Aku memeluk erat bantal pelukku.

Tidak semena mena, air mataku mula mengalir. Mengalir deras persis hujan yang sama membasahi lantai bumi. Bezanya, air mataku membawa erti kesedihan dimana hujan membawa erti rahmat.

Disitu aku terbaring. Didalam bilik itu, didalam neraka yang dibina oleh tidak lain tidak bukan bapa saudaraku sendiri. Neraka kecil inilah tempat aku membesar dan diseksa oleh manusia yang langsung tiada perikemanusian.

Sejak umurku mencecah 18 tahun, aku dibuang oleh keluarga aku sendiri. Aku dijual dengan bayaran yang sepatutnya tiada maha tanding harganya kepada bapa saudaraku demi membayar hutang judi ayah. Ayah? Apakah masih pantas aku panggil ayah? Dengan hatinya yang mengalahkan binatang buas.

Ibu? Sedih sekali ibu aku hanya wujud didalam mimpi yang aku sendiri cipta. Kerana pada hakikatnya, ibu aku sendiri mengaku aku bukan anaknya. Aku sendiri keliru. Kerana ibu kau merupakan seorang pelacur. Ayah aku melacurkan ibu aku kepada seorang toke cina. Mungkin ada benar katanya. Aku lahir dari benih yang kotor. Maka aku sepatutnya tidak layak untuk merasakan nikmat dunia.

Aku menggenggam kuat kain cadar yang tersarung kemas pada katil itu. sudah berapa kali aku dinodai oleh lelaki yang bernafsukan syaitan. Aku dijadikan sumber pelampiasan nafsu mereka. Lagi menjijikkan aku, mereka adalah para suami dan bapa yang seharusnya tidak melakukan sedemikian.

Kadang kadang aku keliru. Mengapa Tuhan tulis takdir aku sebegini. Dimanakah terletaknya kebahagiaan buat aku? mengapa hanya derita yang aku rasa. Mengapa hanya duka yang aku dapat. Mengapa harus penyeksaan ini terlampau menyakitkan.

Hidup diselubungi oleh nafsu serakah yang mengalahkan syaitan. Inilah yang dikatakan neraka kecil buatku. Tiap malam tiap itu aku dilayan oleh pelbagai jenis lelaki yang berbeza. Jijik. Aku sendiri jijik dengan diri aku. aku kotor. Kotor sehina haiwan terbiar dijalanan. Haiwan jalanan hanya dibiarkan sahaja begitu, namun aku, lebih hina diperlakukan.

Aku kesat air mataku. Perlahan lahan aku cuba bangkit dari katil dan melabuhkan punggungku keatas sebuah kerusi yang menghadap tingkap diluar.

Hujan. Andai sahaja kau tahu betapa air mata aku lebih lebat dari curahan airmu, pasti kau akan terkejut. Terlampau banyak air mata yang aku bazirkan. Semua kerana nasib hidup aku yang malang. Malah lebih malang dari nasib si bawang Merah.

Aku keseorangan. Kesepian. Tiada lagi jiwa bersih dalam diri. Aku kotor. Kotor dari kebaikan.

Bau asap rokok suria menghentikan lamunan ku.

"sudah sudah lah tu. ni. esok ada lagi satu customer nak pakai kau. macam biasa. Aku nak kau siap siap bagi bersih. Dia nak pakai 4 jam tau."

Aku hanya mampu mendiamkan diri. Sungguh aku akan rasa lebih hina jika aku mengatakan aku terima seadanya hidup mengalahkan pelacur jalanan.

"kau dengar tak sial?"

Aku dapat merasakan senyuman sinis dari lelaki yang paling aku benci. dialah penjaga neraka kecilku ini. Seorang lelaki yang langsung tidak layak dipanggil dengan sebarang panggilan. Kerana dia adalha makhluk sejahil iblis.

"bodoh! Nasib kau servis mamat tadi baik. Macam nilah yang aku nak. kau harus bersyukur. Kau dilahirkan untuk melayan nafsu lelaki lelaki yang power kat dunia ni tau. Dah lah. Ni aku belikan makanan dengan air. Aku letak atas meja. Kau nak balik kau balik. Tapi esok kau ingat datang. Jangan tak datang. Kau jangan lupa, aku dah beli kau mahal. Kau takkan dapat lari dari aku. aku akan cari kau sampai lubang cacing sekalipun."

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now