😻Taerin Point Of View😻
Kini, di dunia roh sekarang ialah waktu malam. Mungkin hampir tengah malam. Sekarang aku hanya duduk di tepi tingkap. Melihat air dari air terjun mengalir ke bawah. Disertai bunyi cengkerik.
Taehyung dan halmeoni Jisun pergi ke 7-11 untuk beli makanan.
Pe? Ingat dunia roh, roh tak makan?
Well... Literally untuk aku dan Taehyung. Sebab kami berdua bukan roh sepenuhnya. Separuh dari diri kami masih lagi jasad jadi kami perlu makan.
Ahjumma pulak ada di dapur dia, mungkin menyiapkan beberapa ubat herba. Hobi ahjumma memang buat pelbagai jenis ubat herba. Pada zaman muda dia dulu, dia seorang pakar tumbuhan. Jadi dia mrmang pakar tentang jenis tumbuhan, fungsi dan kebaikan pada kesihatan manusia. Jadi memang dia tau, contoh tadi aku rasa badan aku panas dan kepala aku pening, dia tau untuk campur herba atau tumbuhan yang mana untuk dijadikan ubat.
Selepas minum beberapa ubat herba yang amat MENYELERAKAN, buatan ahjumma sendiri, badan aku dah pulih dari segala kesakitan yang halmeoni Yuji sebabkan pada aku tadi. Feel much better.
And Minhye pulak... Rasanya dia di luar.
Oh right. Pasal yang tadi tu...
Better aku tanya dia. Daripada dia terus dipersalahkan.
Aku pun berjalan ke arah pintu pondok.
Dan itu dia Minhye. Sedang duduk di atas batu di tepi air terjun. Dia membaling beberapa biji batu ke dalam air.
Aku pun dengan berhati-hati berjalan ke arah dia memandangkan badan aku masih sakit.
TAERIN:Minhye.
Panggilan aku membuatkan tangan Minhye berhenti mengutip batu dan dia menoleh ke belakang.
MINHYE:Ah. Taerin. Kau okay dah?
TAERIN:Sikit.
MINHYE:Dudukla sini.
Aku hanya menurut lalu melabuhkan punggung di batu sederhana besar di sebelah Minhye.
MINHYE:Rough time huh?
TAERIN:Damn right.
MINHYE:Aku simpati.
TAERIN:Thanks for that. Appreciate it.
Lalu suasana kembali menyepi. Minhye menyambung membaling batu ke dalam air. Air muka dia menunjukkan dia seperti berfikir sesuatu.
TAERIN:Minhye. Apa yang kau fikirkan sekarang?
MINHYE:Uh? Nothing?
TAERIN:Tapi muka kau kata sebaliknya.
MINHYE:Muka aku tak boleh bercakap. Hanya mulut aku.
TAERIN:Seriously... Tu hanya ayat kiasan Minhye...
MINHYE:But still... Muka aku tak boleh bercakap.
YOU ARE READING
♠ I Fell For A Ghost? [BTS / COMPLETED]
FanfictionKang Tae Rin. Seorang gadis remaja yang berumur 18 tahun. Seorang yang mempunyai kebolehan luar biasa. Dia mampu berkomunikasi dengan roh diaebabkan oleh kesilapan nenek moyangnya dulu. Peringkat awal, roh baik. Kim Tae Hyung. As you know, member ke...