(Taerin Point Of View)
Aku hanya memandang ke luar tingkap. Langit yang mula bertukar oren kekuningan kerana senja aku pandang.Aku memandang bakul buah-buahan yang dibawa oleh Sooyeon, Sooyoung dan ahli BTS ketika diorang datang petang tadi. Jimin dan Minhyuk dah balik memandangkan doktor kata aku perlukan rehat. Dalam esok atau lusa mungkin aku boleh balik.
Tadi nasib baik Suga bangun dari pengsan dia. Hahah. Rap Monster cerita kat aku tadi Jin mencarut sebab Suga taknak bangun tidur katanya. Aku tergelak saja. Jhope cakap dia kena carut dengan Jin mengalahkan rap Suga dalam lagu Nevermind. Fuhh.
Taehyung, Taehyung... Kesian Suga. Jasad dia jugak kau ambik.
Oh and guess what? Tulang kaki aku retak masa nak pergi bilik air tadi. Terjatuh. Tula... Ada orang nak temankan tapi degil nak pergi sorang-sorang. Sekarang kaki aku retak. Tapi nasib baik la retakan kecik doktor Kwon cakap.
???:Cik Taerin?
Aku berpusing ke pintu. Nurse pertengahan umur atau aku lebih gemar panggil Makcik Jung datang dengan senyuman di bibirnya menatang sebuah dulang dalam tangan. Aku hanya membalas senyumannya.
MAKCIK JUNG:Kawan-kawan Cik Taerin dah balik?
TAERIN:Haah. Diorang dah balik.
Makcik Jung tersenyum dan datang ke arah aku. Dulang berisi makanan dan ubat yang dibawanya diletakkan di atas meja tepi katil.
MAKCIK JUNG:Ni makcik ada bawakkan nasi bibimbap dengan susu panas. Lepas majan nanti makan ubat tau?
TAERIN:Nae.
Aku tersengih. Aku suka makcik Jung. Dia seorang nurse yang peramah di hospital ni.Dia ditugaskan untuk jaga aku tapi jarang masuk sebab Jimin yang selalu jaga aku. Dia pun suka berbual dengan aku.
Dan senyuman dia mengingatkan aku kepada omma.
Makcik Jung duduk di kerusi di sebelah aku kemudian dia membantu aku untuk duduk di katil. Dulang makanan diangkat dan diketakkan di atas paha aku.
Aku mencapai sudu dan muka menjamu selera.
MAKCIK JUNG:Tengok Cik Taerin ni ingatkan saya dekat anak saya tapi dia dah lama meninggal.
TAERIN:Jinjja? Wae?
MAKCIK:Sebab dia...
Kelihatan wajahnya sebak sikit.
TAERIN:Kalau makcik taknak cerita takpe. Saya faham.
Makcik Jung menarik nafas dan menghembus. Wajahnya sayu.
MAKCIK JUNG:Dia nak tolong makcik tapi...dia yang kena padahnya. Haritu, appa dia mabuk. Balik dia pukul makcik. Tapi MinHee nak tolong makcik. Akhirnya, appa dia tolak dia jatuh dari tangga. Kepala dia retak dan dia kehilangan banyak darah. Makcik... Makcik tak mampu tolong dia...
Aku mula rasa kasihan pada Makcik Jung. Aku lihat dia mengalirkan air mata tapi tiada esakan yang keluar dari mulutnya.
Omma...
Aku terdengar suara orang. Bulu roma aku berdiri tegak.
Omma kwenchanha...
Aku pusingkan kepala perlahan ke sebelah kanan.
Kelihatan seorang perempuan berpakaian uniform sekolah sedang berdiri dan memandang Makcik Jung. Dia menangis. Kesan darah mengalir dari kesan retakan pada kepalanya.
YOU ARE READING
♠ I Fell For A Ghost? [BTS / COMPLETED]
FanficKang Tae Rin. Seorang gadis remaja yang berumur 18 tahun. Seorang yang mempunyai kebolehan luar biasa. Dia mampu berkomunikasi dengan roh diaebabkan oleh kesilapan nenek moyangnya dulu. Peringkat awal, roh baik. Kim Tae Hyung. As you know, member ke...