Prolog

42 2 0
                                    

"Hyorin!"

Hyorin yang sedang berjalan ke pintu pagar sekolah terhenti langkahnya apabila terdengar namanya dilaung. Dia berpaling ke belakang dan ternampak seorang namja sedang berlari menuju ke arahnya.

"Hyo...rin huf huf." Namja itu tercungap-cungap.

Hyorin hanya memandang namja itu tanpa sebarang suara.

"Rin, betul ke awak nak sambung study dekat luar negara?" Soal namja itu.

"Mana awak tau ni Hoseok?" Soal Hyorin mengerutkan dahinya.

"Tae yang cakap. Betul ke?"

"Hmmm."

"Sampai hati awak tak cakap dengan saya. Kenapa saya perlu tahu dari orang lain?" Hoseok mencerlung tajam ke arah Hyorin.

Hyorin hanya mengeluh perlahan.

"Hoseok, saya ada benda nak cakap dengan awak." Hyorin bersuara dalam nada yang serius.

"Apa?" Hoseok pelik.

"Sa..saya nak kita putus." Kata Hyorin perlahan sambil menundukkan wajahnya. Dia takut untuk merenung wajah Hoseok.

"A..apa?! Are you kidding me? Awak bergurau kan Rin. Tolong cakap yang ini semua gurauan." Hoseok menggoncang-goncang bahu Hyorin.

"Ni bukan gurauan." Balas Hyorin dengan wajah yang masih lagi tertunduk. Sedaya upaya dia menahan air matanya daripada tumpah.

"Kenapa Rin? Pandang saya Rin." Hoseok memegang dagu Hyorin dan mengangkat wajahnya. Mata mereka bertentangan, lama.

"Kenapa Rin? Apa salah saya? Tiga tahun Rin, tiga tahun kita couple dan sekarang awak nak tinggalkan saya. Sampai hati awak." Sambung Hoseok bersama air mata yang mengalir laju.

Hyorin cepat-cepat mengalihkan pandangannya daripada terus menatap wajah Hoseok. Sesungguhnya dia tidak kuat melihat Hoseok dalam keadaan begitu. Kalau boleh Hyorin mahu mendakap erat tubuh namja itu.

"Maafkan saya Hoseok. Ini keputusan saya." Hyorin menepis lembut tangan Hoseok yang masih lagi berada di dagunya.

Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan Hyorin dan Hoseok. Seorang namja tinggi lampai keluar dari kereta dan menuju ke arah Hyorin.

"Chagi, mianhae oppa terlambat."

Kata-kata namja tersebut membuatkan Hoseok terkedu.

"Oppa? Chagi? Apa ni Rin?" Tanya Hoseok yang keliru.

"Hoseok, kenalkan ni bakal tunang aku. Kim Daehan." Kata Hyorin tenang.

"What?!" Mata Hoseok membulat dan dapat dia rasa bagaikan dadanya ditikam dengan sebilah pisau. Sangat sakit.

"Daehan." Daehan menghulurkan tangannya untuk bersalaman tetapi tidak disambut oleh Hoseok.

"Errr, emm chagi oppa tunggu dalam keretalah. Cepat sikit tau." Kata Daehan lalu masuk kembali ke dalam keretanya.

"Rin...kenapa awak buat saya macam ni? Kalau saya buat salah, saya minta maaf. Tapi tolong jangan tinggalkan saya. Jebal." Rayu Hoseok sambil melutut di hadapan Hyorin.

"Ho..hoseok apa awak buat ni? Bangunlah." Hyorin kaget dengan perbuatan Hoseok.

"Tak, saya takkan bangun selagi awak tak bagitau apa salah saya." Hoseok berdegil.

"Awak tak salah Hoseok."

"Then? Kenapa awak nak tinggalkan saya?" Hoseok mengangkat wajahnya yang sudah sembab.

"Sa..saya dah tak cintakan awak." Jawab Hyorin lalu memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Awak kejam Rin, awak kejam. Awak tau tak saya sangat cintakan awak?" Rintih Hoseok bersama tangisan.

Hyorin duduk melutut lalu memegang kedua-dua belah pipi Hoseok dan mengelap air mata namja itu.

"Tolong jangan menangis." Kata Hyorin sambil menahan air matanya yang turut mahu mengalir.

"Jebal Rin, jangan tinggalkan saya." Rayu Hoseok sambil menggenggam erat tangan Hyorin.

"Mianhae, tolong lupakan saya Jung Hoseok."

Chup!

Hyorin mencium lembut pipi Hoseok sebelum berlari ke arah kereta Daehan.

"Jangan pergi Hyorin!" Jerit Hoseok lalu bangun ingin mengejar kereta Daehan yang semakin menjauh.

"Hyung!" Taehyung memeluk tubuh Hoseok dari belakang.

"Lepaskan aku, aku nak kejar Rin." Hoseok meronta-ronta di dalam pelukan Taehyung.

"Hyung, janganlah macam ni." Pujuk Taehyung.

"Dia jahat Tae, dia dah tinggalkan aku." Rintih Hoseok.

"Hyung, dahlah tu. Chim dengan Tae tak suka tengok hyung macam ni." Pujuk Jimin pula sambil menggosok lembut bahu Hoseok.

"Gomawo chingu ah." Hoseok mengukirkan senyuman kepada Taehyung dan Jimin.


[C] Cinta Where stories live. Discover now