Part 13

21 2 0
                                    

Taman tema

"Taman tema? Apa kita buat dekat sini?" Soal Hyorin kepada Yoongi yang sedang mencari parking.

"Disebabkan kau dah basahkan baju kemeja aku haritu, aku nak denda kau belanja aku harini." Jawab Yoongi sambil mengenyitkan mata kepada Hyorin yang sudah merah mukanya apabila mengingati kejadian minggu lepas. Ni semua salah Hoseok.

"Eeee takyahlah ingatkan pasal tu. Malu aku." Hyorin menumbuk bahu Yoongi membuatkan namja itu mengaduh sakit.

"Aduhhh sakitlah Rin." Rungut Yoongi sambil menggosok-gosok bahunya.

"Padanlah muka kau. Kan aku dah cakap jangan ungkit pasal haritu lagi." Bebel Hyorin geram.

"Haihh yelah yelah." Yoongi mengalah lalu dia keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Hyorin.

"Thanks." Hyorin tersenyum melihat sikap Yoongi yang seringkali mengalah dengannya. Boyfriend material betul. 💞

"Kajja." Yoongi pantas menarik tangan Hyorin lalu mereka bersama-sama masuk ke dalam taman tema yang luas itu.

Tanpa disedari seseorang sedang memerhatikan gelagat mereka.

"I found you Hyorin."

💕 💕 💕

"Aduhhh penatnya." Hyorin melabuhkan duduk di kerusi yang memang telah disediakan oleh bahagian pengurusan taman tema tersebut bagi memudahkan pengunjung untuk berehat.

"Hallah kau baru main 5 game dah penat." Bebel Yoongi sambil berkira-kira mahu bermain apa pula selepas ini.

"Yoongi."

"Haaa apa?" Soal Yoongi lantas mengangkat wajah memandang Hyorin.

"Nak tu."

Hyorin menunjukkan gerai yang menjual aiskrim kepada Yoongi. Yoongi membulatkan mata apabila melihat ramai kanak-kanak beratur di situ.

"Weh budak-budak je kot yang beli. Malulah aku nak beratur situ." Yoongi menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak mahu.

"Alaaa bolehlah Yoongi." Pujuk Hyorin.

"Beli sendiri." Yoongi masih berkeras.

"Alahhh kau ni tak gentleman langsung." Hyorin menarik muka masam.

"Tak gentleman takpa asalkan swag."

"K fine." Hyorin berura-ura mahu meninggalkan Yoongi tetapi dengan pantas namja itu menghalangnya.

"Hallah kau ni, aku gurau je kot. Okaylah aku belikan. Tunggu sini." Yoongi bangun dan berjalan ke arah gerai aiskrim yang bertentangan dengan tempat mereka duduk.

"Perempuan, perempuan. Sikit-sikit merajuk."

Hyorin hanya tersengih mendengar bebelan Yoongi. Walaupun perlahan masih boleh ditangkap oleh telinganya. Dia sengaja mahu membuli Yoongi sebenarnya.

"Choi Hyorin."

Sengihan Hyorin mati apabila tiba-tiba sahaja seorang namja muncul di hadapannya.

"Nae? Awak siapa?" Soal Hyorin sambil mengerutkan dahi kerana namja itu mengetahui namanya.

Namja itu perlahan-lahan membuka mask yang dipakai.

"Haii, miss me?" Namja itu tersenyum senget.

Mata Hyorin terbuntang melihat wajah yang amat dikenalinya itu.

"Dae..daehan?" Hyorin tergagap.

"Yeahh its me. Your beloved fiance."

[C] Cinta Where stories live. Discover now