Part 5

35 2 0
                                    

"Huarghh ngantuknya." Hyorin menggeliat malas di atas katil. Cuaca yang agak dingin membuatkan Hyorin berat hati mahu meninggalkan katil dan selimutnya.

"Dah pukul berapa ni?" Hyorin mengerling jam loceng di sebelah.

"Eo? Dah pukul 9 rupanya."

Dengan malasnya Hyorin bangun lalu menapak ke kamar mandi yang terletak di sudut bilik.

Selepas siap berpakaian, Hyorin keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Dari jauh lagi dia sudah terhidu bau haruman masakan Seohyun.

"Morning Yun!" Jerit Hyorin setelah sampai di muka pintu dapur.

"Morning Rin. Meh sini makan." Ajak Seohyun sambil meletakkan semangkuk nasi goreng kimchi yang masih lagi berasap ke atas meja makan.

"Mianhae aku terlewat bangun." Hyorin menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Seohyun.

"Its okay. Mesti kau penat kan baru sampai semalam." Kata Seohyun sambil mencedokkan nasi untuk Hyorin.

"Emmm e..dap...ne." Puji Hyorin dengan mulut yang penuh dengan makanan.

"Woii telan dulu makanan, baru bercakap." Marah Seohyun sambil menjegilkan matanya.

"Hehe mianhae." Hyorin membuat peace dan sambung melahap nasi goreng air tangan Chef Seohyun, hoho.

"Weh Yun, hari ni kau takda class ke?" Soal Hyorin setelah menghabiskan tiga pinggan nasi goreng.

Seohyun pula hanya mampu terkebil-kebil melihat cara Hyorin makan yang mengalahkan pemandu F1. Laju namateyy. Dah macam 10 tahun tak makan pun ya juga.

"Pahal pandang-pandang aku? Taulah aku lawo. Tapi sorry, aku straight. Taste aku namja bukan yeoja." Hyorin mengflipkan rambut perangnya yang separas bahu.

"Yah Choi Hyorin! Aku bukan lesbianlah." Marah Seohyun lalu dia menendang kuat kaki Hyorin di bawah meja.

Terjerit-jerit yeoja itu apabila kaki gebunya ditendang tiba-tiba. Dahlah dia pakai seluar pendek je.

"My gojes legs, huwaaaaa." Hyorin membelek-belek kakinya takut-takut jika ada kecederaan yang boleh meninggalkan kesan. Dia tak rela kakinya berparut. Diva kau Hyorin.

"Padan muka kau, kata aku lesbo lagi." Seohyun tidak sedikit pun berasa kasihan malah boleh pula dia menggelakkan chingunya itu. Apa lagi masam mencukalah wajah Hyorin dibuatnya.

"Apa gelak-gelak? Tak lawak okay." Hyorin melemparkan jelingan maut kepada Seohyun.

Seohyun pula hanya menjelirkan lidahnya.

"Tapi kan manalah tahu dua tahun aku takda kau dah bertukar selera. Maklumlah terlampau rindukan aku." Hyorin terkekeh-kekeh ketawa.

"Ishh kau ni. Habis Hoseok tu bukan namja ke?"

Hyorin terus terdiam apabila mendengar nama Hoseok disebut oleh Seohyun.

"Rin, asal kau diam tiba-tiba ni? Aku ada salah cakap ke?" Seohyun pelik melihat wajah yeoja di hadapannya itu bertukar muram dalam sekelip mata.

"Ani. Hmm citerlah macam mana kau kenal Hoseok tu." Hyorin cepat-cepat kembali tersenyum bagi mengelakkan Seohyun mengesyaki apa-apa.

"Ohh aku kenal dia dekat uni."

Flashback

Seohyun P.O.V

"Haishhh tinggilah pula buku ni." Aku berusaha untuk mencapai buku rujukan perubatan yang berada di tingkat atas sekali. Almaklumlah aku ni pendek orangnya. Huhu.

[C] Cinta Where stories live. Discover now