Part 34

22 2 0
                                    

"Hoseok."

"Nae omma. Kenapa?" Soal Hoseok.

"Nah ada surat untuk kamu." Puan Jung menghulurkan dua pucat surat kepada Hoseok.

"Surat dari siapa ni omma?" Soal Hoseok pelik kerana tiada nama pengirim di sampul surat tersebut.

"Molla. Surat ni Namjoon yang bagi tadi." Jelas Puan Jung sebelum berlalu ke dapur.

Hoseok mengambil tempat di sofa sebelum mencapai sampul surat yang tertera namanya manakala yang lagi satu tertera nama Hyorin.

Dear Jung Hoseok,

Ketika awak membaca surat ini, saya sudah berada jauh dari Korea. Saya minta maaf kerana memutuskan hubungan kita hanya melalui whatsapp. Saya harap dengan keputusan saya ini awak akan dapat kembali bersama Hyorin, cinta pertama awak. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya walaupun hanya untuk dua tahun. Saya takkan lupakan kenangan antara kita berdua. Hoseok, kembalilah kepada Hyorin dan jaga dia sebaiknya. :)

Hoseok melipat semula surat tersebut lalu tersenyum, "gomawo Kim Seohyun."

💕 💕 💕

Hyorin melilau mencari kelibat seseorang sebelum matanya tertancap ke arah seorang namja yang sedang duduk di bangku berhadapan dengan tasik. Hyorin mengatur langkah perlahan menuju ke arah namja berambut hitam itu.

"Rin, aku ingat kau tak datang." Namja itu bingkas bangun apabila menyedari kedatangan Hyorin.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni Hoseok? Aku kena cepat ni, ramai pelanggan kat kafe." Balas Hyorin.

"Kau dah fikirkan pasal tu?" Soal Hoseok lalu duduk semula di bangku. Wajahnya jelas kecewa dengan layanan dingin Hyorin.

"Seok please. Aku kan dah cakap aku takkan terima kau lagi dan keputusan aku muktamad. Full stop." Hyorin kemudian ingin berlalu pergi sebelum tiba-tiba tangannya ditarik oleh Hoseok.

"Lepaslah, aku nak balik." Hyorin merentap tangannya dari pegangan Hoseok.

"Please dengar dulu penjelasan aku." Rayu Hoseok.

"Takda apa lagi untuk kau jelaskan."

Balasan daripada Hyorin membuatkan Hoseok mengeluh berat. Dia menyeluk poket lalu menghulurkan sesuatu kepada Hyorin.

"Aku harap surat ni dapat ubah fikiran kau." Hoseok meletakkan surat tersebut di atas bangku apabila Hyorin berdegil tidak mahu mengambilnya.

Kemudian, dia berlalu meninggalkan yeoja itu.

Hyorin memandang surat tersebut lama sebelum akhirnya dia ambil dan baca.

Dear sahabatku,

Aku minta maaf  sebab ke luar negara tanpa memaklumkan kepada kau terlebih dulu. Aku harap kau tak marahkan aku. Hyorin, aku dah tau semua kisah kau dengan Hoseok. Jangan marah Tae and Chim sebab aku yang paksa diaorang cerita. Aku tau kau banyak terluka sepanjang melihat aku dan Hoseok. Kau juga rela berkorban cinta kau demi aku. Lagi sekali maafkan aku sebab terbaca diari kau. Jadi, tak salah bukan aku berkorban untuk kau pula. Untuk sahabat baik aku. Terimalah Hoseok semula dan jangan buatkan dia terluka lagi. Aku doakan kebahagiaan korang. One more thing, aku serahkan kafe tersebut untuk kau jaga. Kalau aku balik nanti kafe aku dah meletup, siap kau. Haha i gurau je baby. Hyorin, i have to go. Take care chingu.
I love you to the moon and back.

Hyorin menggenggam erat surat daripada Seohyun itu bersama linangan air mata. Hoseok yang semakin menjauh dipandang seketika sebelum dia berlari laju ke arah Hoseok.

Hoseok agak terkejut apabila secara tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang.

"Maafkan aku Jung Hoseok." Hyorin teresak.

Hoseok tersenyum sebelum meleraikan pelukan lalu dia menghadap Hyorin.

"Choi Hyorin, will you be mine again?" Soal Hoseok sambil menatap dalam anak mata Hyorin.

"I will because Choi Hyorin milik Jung Hoseok selamanya." Balas Hyorin sambil mengukirkan senyuman manis.

Hoseok terus menarik yeoja itu ke dalam dakapannya. Hoseok punya gembira sampai rasa nak menari lagu Touch My Body. 😝

"Saranghae Hyorin."

"Nado saranghae Hoseok."

[C] Cinta Where stories live. Discover now