"Arghhhhh. Masa ni lah kau nak buat hal!"
"Hoi hoi apa jerit2 ni?" Soal seorang namja yang sedang berdiri di muka pintu rumah dengan wajah yang kaget apabila melihat seorang yeoja sedang menendang tayar kereta.
"Tayar nilah. Time orang nak cepat jugaklh dia nak pancitnya." Bebel yeoja tersebut.
"Haihhh Kim Seohyun, pagi-pagi dah bising."
"Yoongi oppa." Panggil Seohyun dengan mata yang sengaja dikelipkan berkali-kali.
"Apa?" Yoongi cuak. Setahunya kalau Seohyun membuat muka manja adalah tu yang nak dimintaknya.
"Boleh tak tolong hantar Yun pergi kafe?"
"Malas, baik aku tidur." Yoongi menapak masuk ke dalam rumah dengan rasa tidak bersalah.
Seohyun yang tidak berpuas hati terus mengejar abang sepupunya itu.
"Oppa, bolehlah bolehlah." Rengek Seohyun manja.
"Suruh Jin hantar."
"Ishh Jin oppa dah pergi kerjalah." Seohyun pout. Merajuklah tu kononnya.
"Haaa entah-entah Jin yang pancitkan tayar kereta kau." Tebak Yoongi.
"Ehh suka hati je nak tuduh abang kita." Seohyun memukul kuat bahu Yoongi yang sedap berbaring di atas sofa.
"Auchhh." Yoongi terjerit. Berbisa betul penangan adik sepupunya yang seorang itu.
"Oppa, cepatlah hantar Yun. Lambat dah ni." Desak Seohyun bersungguh-sungguh.
"Kalau tak nak?" Yoongi menaikkan kening kanannya.
"Hmm Yun cakap dengan Jin oppa yang oppa sebenarnya malas nak pergi kerja harini dan bukannya sakit perut." Seohyun smirk.
Mata Yoongi membulat. Okay tapi mata dia still nampak sepet sebenarnya.
'Alamak kalau Jin tau habislah dia bagitau omma. Nanti mesti limit kad kredit aku kena potong. Andwae!'
"Haishh yelah-yelah, aku mandi jap." Yoongi dengan malasnya menapak ke biliknya di tingkat atas.
"Hehe, tau takut." Seohyun tersengih.
Yoongi dan Seokjin bekerja di syarikat milik keluarga diaorang. Maklum sahajalah anak orang kaya, tak payah susah-susah nak cari kerja kat tempat lain. Tapi Yoongi sebenarnya lebih berminat dengan bidang muzik. Namun, omma Yoongi tetap berkeras mahu anak tunggalnya mewarisi syarikat yang diusahakan selama ini dengan appa Seokjin dan Seohyun, iaitu abang kepada omma Yoongi sendiri. Itulah sebabnya Yoongi selalu ponteng kerja.
"Woi termenung apa lagi tu?" Yoongi menyergah Seohyun yang sedang merenung televisyen. Nak kata sedang menonton tapi tv tu tak dipasang pun.
"Ehh hehe terberangan pula." Seohyun tersengih lalu mencapai handbag.
Selepas mengunci pintu banglo milik Seokjin dan Yoongi, Seohyun berjalan ke arah Yoongi yang sedang memanaskan enjin superbike miliknya.
"Alaaa kenapa tak naik kereta?" Tanya Seohyun.
"Jimat minyak." Jawab Yoongi selamba.
"Ceh kedekut." Seohyun mencebikkan bibir sambil memakai helmet ke kepala.
"Eeee budak ni, bising je. Dah naik cepat." Yoongi menjeling tajam.
"Yelah."
Seohyun melompat naik ke atas superbike hitam putih itu lalu Yoongi mula memecut menuju ke kafe milik Seohyun.
💕 💕 💕
"Gomawo oppa." Seohyun menyerahkan helmet kepada Yoongi.
"Hmm. Ni balik nanti nak aku ambik ke?" Soal Yoongi.
"Tak payahlah. Harini Yun balik rumah sewa jelah." Kata Seohyun memandangkan rumah sewanya berdekatan dengan kafe. Jalan kaki 10 minit je.
"Okayy, haa lagi satu jangan bocorkan rahsia aku dekat Jin." Pesan Yoongi.
"Aduyai mamat ni. Oppa, ni dah masuk lima kali oppa ingatkan benda yang sama." Bebel Seohyun geram.
"Oh yeke hehe. Kbyee, caww dulu."
Yoongi terus memecut laju.
Seohyun hanya menggelengkan kepalanya lalu berjalan ke muka pintu kafe. Di hadapan pintu terdapat seorang namja yang sedang mencangkung sambil menghisap lolipop.
"Taehyung ah, mianhae aku lambat." Kata Seohyun sambil membuat muka bersalah.
"Ehh mana ada lambat. Tapi sempatlah aku habiskan tiga batang lolipop." Perli Taehyung.
"Woi perli nampak. Emm tapi apa aku kisah, aku kan bos. Haa potong gaji baru tau." Ugut Seohyun sambil tangannya ligat mencari kunci kafe di dalam handbag.
"Mulalah tu perangai ditektor dia keluar." Taehyung mencebikkan bibirnya.
"Ehh kejap, bukan kau ada kunci kafe ke? Pahal tak bukak?" Seohyun pelik.
"Tertinggal kunci hehe." Taehyung tersenyum petak.
"Eee budak ni. Apa yang kau ingat?" Marah Seohyun sambil bercekak pinggang.
"Aku ingat kau, cia cia." Taehyung berpickup line.
"Ehem ehem." Tiba-tiba seseorang berdehem.
"Ehh hyung!" Sapa Taehyung.
"Amboii seronok nampak ngorat yeochin aku." Hoseok acah-acah marah.
"Eleh hyung, gurau je. Tu pun jeles." Taehyung membuat muka menyampah.
"Mestilah, ni kan kesayangan kita." Hoseok mencubit lembut pipi gebu Seohyun.
Taehyung yang malas mahu melihat aksi sweet pasangan kekasih itu terus masuk ke dalam kafe.
"Seok, bukan awak cakap ada class ke hari ni?" Soal Seohyun pelik.
"Class cancel lah huhu. So, saya datanglah sini nak tolong awak." Kata Hoseok sambil tersenyum lebar. Kyeopta!
"Good. Nanti teman saya beli stock bahan mentah. Lagipun kereta saya tayar pancit."
"Nae, saya menurut perintah tuan puteri." Hoseok menunduk hormat.
"Macam-macamlah awak ni." Seohyun tergelak kecil.
"Yang kat luar tu kalau nak bersweet, sila buat lain kali. Kat dalam ni banyak kerja tau tak!" Jerit Taehyung dari dalam.
"Sayang, saya curious ni. Awak bos ke dia yang bos?" Soal Hoseok bersama kerutan di dahi.
"Tu lah saya sendiri pun kadang-kadang keliru. Dahlah jom masuk, nanti 'bos besar' tu mengamuk habis terbakar pula dapur." Seohyun terus menarik lengan Hoseok dan mereka melangkah bersama-sama ke dalam kafe.