💞 Special Chapter 💞

34 2 0
                                    

"Aduhh aku nak pakai apa ni?" Seohyun mundar mandir di dalam bilik tidurnya.

Semua baju-bajunya dikeluarkan dari dalam almari dan dicuba tetapi tiada satu pun yang menarik hati Seohyun. Katilnya juga sudah penuh dengan baju yang menimbun.

Ting!

Namjoon
10 minit lagi aku sampai.

Kelam kabut Seohyun dibuatnya apabila membaca mesej Namjoon. Dengan pantas dia mencapai sehelai tshirt putih dan skinny jeans lalu terus menukar pakaian.

"Saeng, palliwa." Jerit Seokjin dari luar bilik.

"Nae oppa."

Seohyun mengambil getah lalu mengikat rambutnya tetapi tidak lama apabila dia membuka semula getah tersebut.

"Yun, kau cantik. Tapi lagi cantik kalau kau lepaskan rambut."

Seohyun tersenyum apabila teringat semula kata-kata Namjoon.

Selepas puas hati dengan penampilannya pada malam itu, Seohyun terus berlari keluar dari bilik.

"Chim? Apa kau buat dekat sini?" Soal Seohyun pelik apabila melihat Jimin sedang duduk di buaian di halaman rumah.

"Namjoon hyung suruh jemput kau." Kata Jimin.

"Buat susah kau je. Aku boleh je drive sendiri." Balas Seohyun sambil menyarung kasut converse berwarna merah.

"Mana ada susah, lagipun Namjoon hyung bagi upah." Jimin tersenyum menampakkan eyesmilenya.

"Nae kajja."

💕 💕 💕

Hotel Scarlet

Jimin memberhentikan keretanya di hadapan lobi hotel. Kelihatan Taehyung sudah sedia menunggu di situ. Taehyung membukakan pintu untuk Seohyun dan mempersilakan yeoja itu keluar dengan hormatnya.

"Duhh korang kenapa?" Seohyun nak tergelak melihat Jimin dan Taehyung yang memberi layanan istimewa kepadanya. Dahlah kedua-dua namja itu memakai pakaian yang sama.

"Palli kita dah lambat ni." Taehyung menarik tangan Seohyun menuju ke lif.

Rooftop Hotel Scarlet

"Pergi masuk." Arah Taehyung sambil menahan pintu lif untuk Seohyun yang masih lagi terpaku melihat keadaan di rooftop hotel tersebut.

Sebuah meja bulat yang diletakkan lilin di tengah-tengah, candle light dinner katanya. Belon berbentuk love juga bertaburan di lantai rooftop. Lilin disusun di lantai membentuk bentuk love dan di dalam love tersebut berdirinya seorang namja yang sedang tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Dia memakai jeans hitam, baju tshirt kelabu dan kemeja biru yang dibiarkan  tidak berbutang. Walaupun simple tetapi mampu membuatkan jantung Seohyun berlari laju.

Perlahan-lahan Seohyun menghampiri namja itu.

"I love your style." Kata Namjoon sambil memerhatikan Seohyun.

Seohyun hanya tersenyum malu. Entah kenapa dia rasa kekok sangat pada malam itu.

"Btw kau suka tak semua ni?" Namjoon bertanya sambil memandang hasil kerjanya.

"Eung, aku suka. Nice sangat." Puji Seohyun.

"Emm." Namjoon gelisah.

"Namjoon ah, waeyo?" Soal Seohyun pelik.

"Dance with me?" Namjoon menyoal perlahan sambil menggosok belakang lehernya. Dia segan.

Seohyun tergelak kecil melihat Namjoon yang malu-malu.

"Sure."

Dengan teragak-agak Namjoon memaut pinggang Seohyun manakala Seohyun memaut leher Namjoon.

Secara automatiknya lagu berkumandang perlahan menjadikan suasana lebih romantik. Ni mesti kerja si Tae and Chim kena pasang lagu. 😂

Setelah beberapa minit mereka menari, Namjoon tiba-tiba memberhentikan gerakan mereka.

Namjoon menyeluk poket seluar jeansnya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna purple.

"Kim Seohyun."

"Nae?"

"Will you marry me?"

Soalan yang tidak disangka keluar dari mulut Namjoon. Seohyun memandang tepat wajah Namjoon membuatkan mata mereka bertatapan, lama.

Perlahan-lahan Seohyun melarikan pandangan sebelum mengangguk menyatakan persetujuannya.

Namjoon sudah tersenyum lebar. Tangan kanan Seohyun dicapai lalu sebentuk cincin disarung ke jari manis Seohyun.

"Pandai kau pilih saiz aku." Seohyun membelek-belek cincinnya yang terukir huruf JY. Joon dan Yun.

"Namjoonnie."

"Nae?"

"Terima kasih kerana tunggu aku." Mata Seohyun berkaca-kaca kerana terharu dengan kesetiaan Namjoon.

Namjoon tidak membalas sebaliknya hanya menatap wajah Seohyun. Namjoon menundukkan sedikit kepalanya sebelum dia tiba-tiba mencium bibir Seohyun. Pada mulanya Seohyun tergamam tetapi akhirnya dia membalas ciuman itu.

"I love you Kim Seohyun."

"I love you too Kim Namjoon."

💞 💞 💞

[C] Cinta Where stories live. Discover now