Part 16

26 2 0
                                    

Seoul University

"Hoseok!"

Hoseok yang baru sahaja mahu membuka pintu kereta terhenti perbuatannya apabila melihat Seohyun berlari-lari anak ke arahnya.

"Kenapa tak tunggu saya?" Soal Seohyun selepas mengambil nafas kerana penat berlari.

"Tunggu?" Hoseok bertanya pelik.

"Awak cakap nak teman saya pergi beli buku harini."

Hoseok terus menepuk dahinya kerana terlupa akan janji mereka.

"Mianhaeyo Yun, saya betul-betul lupa." Hoseok menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Its okay. So, nak pergi sekarang ke?" Soal Seohyun.

"Err...err..."

"Kenapa Seok?" Seohyun pelik melihat Hoseok seperti teragak-agak.

"Yun, kalau awak pergi dengan Joon boleh tak? Sebab saya ada hal lah harini." Kata Hoseok serba salah.

"Hal apa?"

"Hal peribadi. Okaylah saya gerak dulu. Love you." Hoseok mencubit lembut pipi Seohyun sebelum masuk ke dalam kereta.

Seohyun pula hanya memandang kereta Hoseok yang semakin menjauh sebelum satu keluhan berat dilepaskan. Dia perasan yang Hoseok seperti mahu menjauhkan diri darinya sejak kebelakangan ini.

"Whats wrong with you Hoseok?" Seohyun menggumam perlahan sebelum mengeluarkan phone dari poket dan mula menaip mesej.

Seohyun
Joon, jom pergi beli buku. Jumpa kat bookstore yang selalu kita pergi.

Namjoon
Okay, lagi setengah jam aku sampai.

💕 💕 💕

Bangtan Cafe


"Ehh dah pukul 2. Yeayy yeayy rehat." Taehyung terlompat-lompat apabila melihat jam sudah menunjukkan ke angka dua petang menandakan waktu rehatnya dan Seohyun.

Taehyung membuka apron lalu disangkutkan di tempat yang disediakan sebelum ke kaunter untuk mencari Seohyun.

"Yun!" Taehyung menepuk kaunter membuatkan Seohyun yang tengah termenung terperanjat.

"Ishh kau ni, boleh tak sehari jangan terkejutkan aku. Boleh sakit jantung aku nanti." Marah Seohyun lalu dia mengetuk dahi Taehyung menggunakan pen.

"Alaaa sorrylah aku tak sengaja. Lagipun kau tu yang berangan apa ntah sampai aku terpacak kat sini pun tak perasan." Bebel Taehyung.

"Yelah Tae oiiii. Nak apa kau kacau aku ni?" Soal Seohyun yang malas mahu bertengkar dengan Taehyung memandangkan moodnya tidak berapa baik ketika itu.

"Jom teman aku makan aiskrim kat kedai yang baru bukak tu." Ajak Taehyung sambil tersengih comel.

"Kau nak belanja ke?" Seohyun menaikkan keningnya. Sekali sekali pau orang.

"Memandangkan aku banyak OT bulan lepas, so harini aku belanja kau."

"Jinjja? Okay jom." Seohyun dengan pantas mengheret Taehyung ke kedai aiskrim di seberang jalan.

Terjerit-jerit namja itu apabila ditarik secara tiba-tiba.

"Hishh kau ni tak menyempat betul." Taehyung mengrollkan matanya.

"Hehe, kau gilah order. Aku cari tempat." Seohyun terus berlalu ke sebuah meja yang berada di tepi dinding manakala Taehyung pula pergi ke kaunter untuk mengorder aiskrim.

Sepuluh minit kemudian, Taehyung menuju ke meja sambil membawa dua mangkuk aiskrim yang berlainan perisa. Dari jauh dia nampak Seohyun seperti termenung jauh.

'Kenapalah dengan minah tu? Dari pagi tadi asyik termenung je.' Detik hati Taehyung.

"Nah, aiskrim orea kegemaran kau." Taehyung meletakkan mangkuk yang sederhana besar di hadapan Seohyun.

"Emm thanks." Kata Seohyun perlahan lalu mula menjamah aiskrim tersebut.

Taehyung pula hanya memerhati Seohyun yang seperti tidak bermaya. Baru dua sudu aiskrim masuk ke dalam mulut Seohyun dan yeoja itu kembali termenung. Sesekali Taehyung perasan kawannya itu melepaskan keluhan.

"Yun, kau ada masalah ke?" Soal Taehyung setelah lama suasana sunyi menyelembungi mereka berdua namun Seohyun tidak memberikan apa-apa respon.

"Seohyun, kau dengar tak apa aku cakap ni?" Taehyung menyentuh tangan Seohyun yang berada di atas meja.

"Eo? Kau cakap apa tadi?" Seohyun menayangkan wajah blur kerana dia memang langsung tidak mendengar apa yang dikatakan oleh namja di hadapannya itu.

"Seohyun, seohyun." Taehyung menggelengkan kepala melihat Seohyun yang terpinga-pinga.

"Kau ada masalah kan Yun?" Sekali lagi Taehyung mengulangi pertanyaannya.

"Ehh mana ada." Cepat-cepat Seohyun menyangkal hal tersebut.

"Haihh Kim Seohyun, kau takyah nak bohonglah. Nampak sangat kau tengah menipu sekarang ni." Taehyung menayangkan wajah geram kerana Seohyun masih lagi mahu menyembunyikan masalahnya.

"Entahlah Tae. Aku pun tak tau nak cakap camne. Aku serabut sangat sekarang ni." Luah Seohyun.

"Mind to share with me?" Soal Taehyung lembut.

Seohyun memandang wajah Taehyung sejenak sebelum menyambung bicaranya, "Pasal Hoseok."

"Kenapa dengan Hoseok hyung?" Soal Taehyung berminat.

Mangkuk aiskrim yang sudah kosong ditolak ke tepi dan perhatian diberikan sepenuhnya kepada Seohyun.

"Aku tengok Seok tu macam dah lain." Ngadu Seohyun.

"Lain macam mana tu? Aku tak faham."

"Lainlah. Sekarang ni dia dah jarang contact aku, bila ajak jumpa asyik busy je memanjang. Kau tengoklah dah dua minggu dia tak datang kafe. Nak kata busy dengan class padahal sekarang tengah cuti sem."

Taehyung terdiam mendengar luahan hati Seohyun.

"Tae, kau rasa Hoseok ada perempuan lain ke?" Soal Seohyun apabila melihat Taehyung hanya membisu.

"Ishh apa kau mengarut ni. Maybe dia ada masalah peribadi kot." Cepat-cepat Taehyung menyangkal dakwaan Seohyun itu. Dia tak nak Seohyun berfikir yang bukan-bukan.

"Aku harap macam tulah. Tae, aku rindu Seok." Mata Seohyun berkaca-kaca.

"Kau sabar ehh." Pujuk Taehyung lalu dia menggenggam tangan Seohyun.

"Thanks Tae sebab sudi dengar masalah aku. Lega sikit hati aku bila dah luahkan kat kau ni." Kata Seohyun terharu.

"Gwaenchanna, aku kan kawan kau." Taehyung tersenyum lebar.

"Ehh dah lambat ni. Jom balik kafe." Ajak Seohyun lalu cepat-cepat menghabiskan baki aiskrimnya.

"Alaaa sekali sekala lewat apa salahnya." Taehyung mengenyitkan matanya.

[C] Cinta Where stories live. Discover now