Setelah seminggu Seohyun berada dalam keadaan koma, akhirnya dia membuka mata. Kecederaan di kepalanya tidak terlalu serius kerana pembedahan cepat dilakukan.
"Seohyun!"
Seohyun yang sedang berbual dengan Seokjin dikejutkan dengan jeritan lima orang namja.
"Datang dah." Seokjin menggumam perlahan.
"Yun, kau okay kan?" Namjoon orang pertama yang menerpa ke arah Seohyun.
Seohyun memandang Namjoon lama sebelum bertanya, "awak siapa?"
Soalan daripada Seohyun membuatkan semua namja itu terkejut besar.
"Aku Namjoonlah, kawan baik kau. Kau tak kenal aku ke?" Kalut Namjoon bertanya.
Seohyun menggeleng perlahan.
"Weh Yun janganlah memain." Kata Jimin dengan muka cuak.
Seohyun hilang ingatan?
"Saya kenal awak semua ke?" Soal Seohyun dengan wajah keliru.
Jungkook terus menerpa ke arah Seohyun lalu memegang kedua belah pipi yeoja itu, "noona, ni kookie. Noona kenal Kookie kan?" Tanya Jungkook bersungguh.
"Saeng, dahlah tu." Seokjin menjeling Seohyun.
Seketika kemudian bilik tersebut dipenuhi dengan gelak tawa Seohyun.
"Duhh, lawak gila muka korang." Seohyun gelak bersungguh kerana berjaya mengenakan chingu-chingunya.
"Kau ni kan eeeee geramnya aku." Taehyung menghentak-hentak kakinya.
"Pabo." Yoongi meluku kepala Seohyun yang masih berbalut.
"Auchh. Sakitlah oppa." Seohyun menarik muka masam.
"Padanlah muka lain kali main-main lagi." Yoongi menjegilkan matanya.
"Hehe sorry, tak sengaja bro." Nampaknya Seohyun dah terikut gaya Hyorin, berbro bagai.
"Kau nak apa lagi?" Seokjin bangun tiba-tiba sambil memandang ke muka pintu wad.
Semua turut mengalihkan pandangan ke arah pintu di mana Hoseok sedang berdiri di situ.
"Hobie nak jumpa Yun." Kata Hoseok perlahan.
"Aku dah cakap jangan datang sini lagi." Marah Seokjin.
"Jebal hyung." Rayu Hoseok.
"Ehh kau ni tak..."
"Oppa." Seohyun menggelengkan kepalanya sambil memegang lengan Seokjin.
"Tolong tinggalkan Yun dengan Hoseok sekejap." Pinta Seohyun.
Perlahan-lahan seorang demi seorang meninggalkan bilik wad Seohyun.
Hoseok menutup pintu lalu mendekati Seohyun yang sedang duduk bersila di atas katil.
"Seohyun, mianhaeyo." Hoseok memulakan bicara.
Seohyun hanya diam sambil memandang jari jemarinya.
"Saya bodoh kan. Bodoh sebab dah khianati cinta awak." Luah Hoseok.
"Awak." Hoseok mengangkat wajah Seohyun agar mata mereka bertentangan.
"Maafkan saya?"
Seohyun memandang tepat mata Hoseok sebelum dia mengeluh perlahan. Setelah lama mendiamkan diri akhirnya Seohyun bersuara, "nae, saya maafkan awak."
Hoseok terus menarik Seohyun ke dalam pelukannya.
"Saya janji saya takkan lukakan hati awak lagi sayang sebab awaklah pengubat kesedihan saya." Bisik Hoseok.
'Patut ke aku bagi dia peluang kedua?' Hati Seohyun ragu-ragu.
Hyorin yang berada di luar mendengar semua perbualan antara Hoseok dan Seohyun.
"Kau ambil keputusan yang tepat Hoseok. Seohyun lebih layak untuk kau." Hyorin tersenyum sebelum meninggalkan bilik tersebut. Niatnya ingin melawat Seohyun dibatalkan bagi memberi ruang kepada pasangan kekasih itu.