Pantai
"Seohyun! Mianhae aku lambat." Namjoon berlari-lari anak menghampiri Seohyun yang sedang duduk di atas tikar menghadap ke arah laut.
Namjoon mengambil tempat di sebelah Seohyun lalu terus menyambar air mineral dari tangan yeoja itu dan diteguk rakus.
"Yah! Tu air akulah!" Marah Seohyun apabila melihat Namjoon sudah menghabiskan air mineralnya.
"Oyemgi! Aku dah indirect kiss ngan kaulah kiranya." Namjoon membuat muka terkejut.
"Blah lah kau." Seohyun menumbuk perlahan bahu namja di sebelahnya.
Namjoon hanya tersengih, "btw, kenapa tiba-tiba ajak aku datang sini?"
"Kau ingat tak lagi dulu time sekolah tinggi kita selalu lepak sini sebab nak lepaskan stress belajar." Kata Seohyun sambil matanya menatap ke arah laut yang membiru.
"Mestilah aku ingat. Time tu kau jerit macam orang gila sebab gagal addmath." Namjoon tergelak kecil.
Seohyun hanya tersenyum sebelum dia kembali berdiam diri. Entah apa yang difikirkan yeoja itu.
Namjoon memerhati Seohyun dengan ralit. Wajah Seohyun yang bersih tanpa sebarang makeup ditenung lama. Sesekali kelihatan gadis itu menyelitkan rambutnya ke celah telinga kerana ditiup angin.
"Joon." Seohyun memalingkan wajahnya ke sebelah membuatkan Namjoon cepat-cepat mengalihkan pandangan. Takut terkantoi tengah skodeng anak dara orang. 😂
"Aku dah ambil keputusan."
Namjoon memandang Seohyun dengan wajah keliru, "keputusan apa?"
"Aku nak putuskan hubungan dengan Hoseok." Seohyun berkata perlahan.
"Mwo?? Kenapa pula?" Namjoon kaget.
"Aku tau Hoseok still cintakan Rin, and Rin pun cintakan Hoseok. Aku taknak jadi penghalang hubungan diaorang." Jelas Seohyun.
"Walaupun hati kau terluka?" Duga Namjoon.
" Aku tak nak tengok sahabat aku bersedih. Jadi, aku rela mengundurkan diri." Kata Seohyun.
"Kau memang seorang kawan yang baik Seohyun." Namjoon tersenyum.
Seohyun memandang Namjoon sebelum membalas senyuman namja itu. Nafas ditarik dalam-dalam lalu Seohyun mula menaip mesej untuk Hoseok.
Hoseok
Lupakan saya dan kembali pada Hyorin.
4:45 p.m. √√Apabila melihat Hoseok telah membaca mesej tersebut, Seohyun cepat-cepat mengeluarkan sim kad phonenya. Seohyun bangun menghampiri laut lalu membuang sim kad tersebut ke dalam laut.
Namjoon hanya memerhati yeoja itu dari jauh, "aku harap kau kuat Seohyun."
"Namjoonnie, come here." Panggil Seohyun sambil melambai-lambaikan tangan ke arah Namjoon.
"Im coming." Namjoon bangun lalu menghampiri Seohyun.
"Jom jalan-jalan." Ajak Seohyun.
"Jom, jom." Namjoon mula membuka langkah tetapi dia berhenti semula apabila melihat Seohyun tidak berganjak dari tempatnya berdiri.
"Kenapa?"
"Joon...nak dukung." Seohyun tersengih-sengih.
"Yah! Kau bukan baby lagi nak kena dukung bagai." Namjoon membuat muka pokernya.
"Hmm alaaa. Dulu selalu je kau piggyback aku time balik dari sekolah." Seohyun pout.
"Haipp jangan buat muncung camtu. Rasa nak kiss." Namjoon tersengih nakal.
"Iyeww gatalnya kau."
"Haha, dah ah cepat naik. Tadi nak piggyback sangat." Namjoon mencangkung membelakangi Seohyun.
Seohyun terus naik ke belakang Namjoon lalu leher Namjoon dipeluk erat dan mereka mula berjalan di tepi pantai.
"Maybe ni last kita jumpa." Seohyun memecah kesunyian.
"Mwo? Kenapa pula? Kau dah taknak kawan ngan aku lagi ke?" Namjoon bertanya kalut.
"Aku nak pindah."
"Pindah?"
"Hmm. Amsterdam. Aku sambung study sana." Jelas Seohyun.
"What?! Wehh asal pula. U kita tak cukup bagus ke? Weh kalau aku rindu kau camne? Kau tak siankan aku ke? Nanti siapa nak kawan ngan aku?" Soal Namjoon bertalu-talu.
"Yah, gediklah kau. Macamlah tak boleh skype." Seohyun memukul bahu Namjoon.
"Skype dengan jumpa mana sama." Gumam Namjoon perlahan.
Seohyun hanya tersenyum sambil kepalanya dilentokkan di bahu Namjoon.
"Yun, kau tau kan aku sayang kau?" Tanya Namjoon tiba-tiba.
"Mestilah, aku kan kawan kau."
"Ani, bukan tu maksud aku." Sangkal Namjoon.
"Then?"
"Aku sayang kau lebih dari seorang kawan."