Part 33

22 2 0
                                    

"Saeng, takda barang yang tinggal kan?" Soal Seokjin sambil memasukkan bagasi milik Seohyun ke dalam bonet.

"Takda dah."

"Okayy jom gerak." Seokjin menutup bonet kereta lalu masuk ke tempat pemandu.

Seohyun memandang lama rumah banglo di hadapannya sebelum masuk ke dalam kereta di tempat duduk belakang.

"Yun, kau ada nak singgah mana-mana dulu tak?" Soal Yoongi yang sudah lama menunggu di dalam kereta.

"Takda."

💕 💕 💕

Incheon Airport

"Are you okay saeng?" Soal Seokjin sambil memandang adiknya yang asyik merenung ke luar tingkap.

Yoongi yang mahu memberi peluang kepada dua beradik itu terus keluar dari kereta untuk mengeluarkan bagasi dan barang-barang Seohyun.

"Hmmm nae." Jawab Seohyun sambil tersenyum hambar.

"Kadang-kadang lebih baik untuk menerima orang yang mencintai kita daripada orang yang kita cintai." Kata Seokjin tiba-tiba.

"Maksud oppa?" Seohyun memandang abangnya pelik.

"Oppa tau Namjoon suka saeng kan?"

"Hmm."

"Apa salahnya saeng buka hati untuk Joon pulak." Nasihat Seokjin.

"Ntahlah oppa. Yun malas nak fikir soal cinta sekarang. Yun nak kejar cita-cita Yun dulu." Balas Seohyun.

Tiba-tiba Yoongi membuka pintu kereta dan menjenguk ke dalam.

"Hyung, Yun. Kajja, dah lambat ni."

Kemudian, Seokjin, Yoongi dan Seohyun berjalan masuk ke dalam lapangan terbang.

Setelah setengah jam menunggu, akhirnya terdengar pengumuman kapal terbang yang akan dinaiki Yun.

"Saeng, i will miss you." Seokjin sudah teresak-esak sambil memeluk erat tubuh Seohyun kerana ini merupakan kali pertama mereka akan berjauhan.

"Hyung ni berialah. Nanti kita pergilah melawat Yun." Yoongi menggelengkan kepalanya melihat drama air mata Seokjin.

"Betul tu oppa. Dah, dah stop crying." Pujuk Seohyun.

"Seohyun!" Kelihatan empat orang namja berlari laju ke arah mereka.

"Huff..huff..na..sib sem..pat." Taehyung tercungap-cungap.

"Ni semua salah kereta Namjoon hyung, tetiba rosak." Bebel Jungkook membuatkan Seohyun tertawa kecil.

"Diminta kepada penumpang bla bla.."

"Gaiss, aku pergi dulu." Kata Seohyun.

Terus maknae line memeluk Seohyun.

"Kook akan rindukan noona."

"Aku pun." Jerit Jimin dan Taehyung serentak.

"Oii dahlah tu." Yoongi menarik maknae line.

"Sini budak." Yoongi menarik Seohyun ke dalam pelukannya.

"Jaga diri elok-elok. Study betul-betul okay?" Nasihat Yoongi.

"Nae oppa." Seohyun mengangguk lalu meleraikan pelukan. Dia beralih ke arah Namjoon pula.

"Kau jaga diri tau." Kata Namjoon.

"Baik. Jangan lupakan aku tau." Seohyun tersenyum. 

Namjoon hanya mengangguk.

"Btw, jangan lupa sampaikan surat aku tu." Pesan Seohyun.

"Baik bos."

Seohyun menjengket sedikit lalu dia mencium pipi Namjoon.

"Jumpa lagi chingu." Seohyun mengenyitkan mata sebelum berlalu pergi.

Namjoon memegang pipinya dan tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman.

"Hyung sukalah tu." Usik Jimin.

"Mestilah, aku berharap suatu hari nanti dia nampak cinta aku." Kata Namjoon.

"Dont give up hyung." Jungkook memberi semangat.

Namjoon memandang kelibat Seohyun yang semakin menjauh sebelum menggumam di dalam hati, 'aku tunggu kau.'

[C] Cinta Where stories live. Discover now