Selepas kejadian di Pulau Jeju tempoh hari, Seohyun membiarkan sahaja apa yang dia lihat tanpa berkongsi dengan sesiapa. Malah, dia langsung tidak bertanya kepada Hoseok atau Hyorin mengenai gambar yang diterimanya.
Namun, dalam diam dia terus memerhatikan Hoseok dan Hyorin. Apa yang dia dapat simpulkan sepanjang pemerhatiannya, Hoseok dan Hyorin semakin rapat dari hari ke hari. Cara mereka berbual juga seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.
💕 💕 💕
Ting tong~
"Duhh, siapa pulak yang datang pepagi buta ni?" Seohyun yang sedang memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh membebel perlahan.
Langkah diatur malas menuju ke pintu rumah.
"Daehan? Apa kau buat kat sini?"
"Nah." Daehan tiba-tiba menghulurkan sebungkus plastik yang Seohyun tidak tahu apa isinya.
"Apa ni?" Seohyun ragu-ragu untuk mengambilnya.
"Breakfast." Jawab Daehan ringkas.
"Emm okay." Akhirnya Seohyun mengambil juga plastik itu.
"Errr ada apa-apa lagi ke?" Tanya Seohyun apabila melihat Daehan masih lagi tercegat di situ.
'Ishh bila mamat ni nak blah.'
"Rin mana?"
"Tidur."
"Okay, nanti cakap kat dia suruh call aku. Aku nak ajak dia keluar cari baju kahwin."
"Ohh oka...y... what?! Kahwin?!" Seohyun terlopong.
"Yelah kahwin. Opps, i think Rin belum bagitau kau lagi kan. Maybe dia nak buat surprise. Mianhae, aku terbocorkan." Daehan menepuk lembut bibirnya.
Seohyun hanya diam tanpa membalas apa-apa kerana masih dalam mood terkejut.
"Okaylah aku balik dulu, jangan lupa suruh Rin call aku." Pesan Daehan untuk kali yang kedua sebelum memboloskan diri ke dalam keretanya.
Selepas melihat kereta Daehan hilang dari pandangan, Seohyun bergegas ke bilik Hyorin.
"Choi Hyorin!"
Seohyun menceroboh bilik Hyorin yang tidak berkunci. Kelihatan yeoja itu masih sedap berselumbung di dalam selimut tebalnya.
"Yah, palli ireona." Jerit Seohyun kuat hingga menyebabkan Hyorin terjaga dari mimpi lenanya.
"Weh kau dah kenapa? Pagi-pagi dah memekak." Marah Hyorin.
"Kau tak cite pun kan." Seohyun menarik selimut yang menutupi tubuh Hyorin lalu dicampak ke lantai.
"Cite apa ni?" Hyorin blur. Ada gosip hangat yang dia lupa bagitahu Seohyun ke?
"KAU TAK CAKAP PUN YANG KAU NAK KAHWIN DENGAN DAEHAN!" Senafas Seohyun menjerit.
"Ma..mana kau tau ni?" Soal Hyorin seraya terus bangun dari tidurnya.
"Tadi Daehan datang weh! Dia siap hantar sarapan lagi." Terang Seohyun bersungguh.
"Apa? Kau ada makan tak sarapan dia?" Tanya Hyorin kalut.
"Tak lagi. Apasal?"
"Fuhh nasib baik. Aku takut dia letak racun je." Mulalah tu otak negatif Hyorin keluar.
"Ahh nevermind. Yang sekarang ni aku nak tau, macam mana pula kau setuju nak kahwin dengan dia? Dia tu jahat tau tak! Rin, apa yang kau fikir ni haa...dia tu kan....hmmp hmph."
"Woi bisinglah." Hyorin menekup kuat mulut Seohyun yang tidak berhenti membebel. Macam peluru berpandu pun ya juga. Mana taknya, Seohyun bercakap dalam satu nafas tanpa fullstop.
"Huff huff lemas." Seohyun tercungap-cungap mengambil nafas setelah Hyorin mengalihkan tangan dari mulutnya. Mana tak semput, Hyorin tekup hidung sekali. -,-
"Okay back to the story, kenapa kau still nak kahwin ngan jantan tu?" Soal Seohyun setelah berjaya menenangkan dirinya.
"Aku buat semua ni demi parents aku." Hyorin melepaskan keluhan berat.
"Maksudnya?"
Lalu Hyorin menceritakan tentang ugutan Daehan tempoh hari.
"Eee tak guna siaa jantan tu." Seohyun menumbuk tilam bagi melepaskan geram.
"Apa perlu aku buat Yun? Aku taknak kahwin ngan dia." Hyorin bersuara resah.
"Takpa-takpa, kita sama-sama cari jalan untuk selesaikan masalah ni. Ara?" Seohyun memujuk Hyorin.
"Gomawo chingu ah. Kau selalu ada untuk aku." Hyorin lantas memeluk Seohyun.
"I always be there for you bestfriend."
"Me too."
"Dah, dah takyah nak emo pepagi ni. Jom turun bawah." Seohyun menukar topik perbualan.
"Hmm alaa, aku nak tidur lagi. Kau turunlah dulu." Hyorin menghempaskan tubuhnya semula ke atas tilam empuk.
"Ahh takda, takda. Semalam cakap nak kemas rumah sama-sama.
"Aku ada cakap ke?" Hyorin tersengih menayangkan giginya.
"Rin!" Seohyun yang geram terus menggeletek Hyorin membuatkan yeoja itu ketawa kegelian.
Pada masa itu, semua masalah yang bertandang seolah-olah dilupakan sebentar.