Ding dong~
"Yoongi, tolong buka pintu jap! Hyung busy ni." Jerit Seokjin dari dalam dapur.
Dengan langkah yang malas Yoongi menuju ke pintu dan membukanya.
"Hyung!" Jerit maknae line serentak.
"Eee apa peluk-peluk ni. Dah masuk cepat." Yoongi yang rimas dengan pelukan Taehyung, Jimin dan Jungkook terus menolak tubuh ketiga-tiga namja itu agar menjauhinya.
"Jin hyung masak apa harini?" Soal Namjoon lalu membuntuti Yoongi menuju ke ruang tamu diikuti oleh Hoseok manakala maknae line sudah berlari ke dapur.
"Entahlah aku pun tak tauu. Entah apa mimpi dia nak ajak korang semua lunch sini. Pagi-pagi lagi dah paksa aku teman dia pergi pasar." Rungut Yoongi.
"Yoongi hyung tabah." Hoseok tergelak kecil kerana sedia maklum dengan perangai Yoongi yang malas bangun pagi. Bila Seokjin dah terpekik terlolong barulah Yoongi akan bangun. Itu pun sebab tak tahan dengan bebelan Seokjin yang mengalahkan mak-mak.
"Korang, aku naik atas jap. Nak mandi." Kata Yoongi lalu bangun menuju ke tangga.
"Iyewww patut lah bau busuk." Usik Namjoon sambil menutup hidungnya dan Yoongi hanya menjelirkan lidahnya.
"Aduhhh haus pulak." Namjoon berlalu ke dapur meninggalkan Hoseok keseorangan.
"Joon, ambilkan aku air sekali." Pesan Hoseok dan Namjoon membuat tanda okay menggunakan jarinya.
Hoseok kembali menghadap Iphonenya setelah kelibat Namjoon hilang dari pandangan.
"Hoseok hyung, nah." Taehyung tiba-tiba muncul di ruang tamu lalu meletakkan segelas fresh orange di atas meja berhadapan dengan Hoseok.
"Gomawo Taetae." Hoseok dengan rakus meneguk air tersebut sehingga habis. Haus sangat gamaknya.
Taehyung tersenyum kecil melihat Hoseok sebelum mengambil tempat di sebelah chingunya itu. Remote dicapai lalu tv dipasang oleh Taehyung. Tersiarlah cerita spangebob kesukaan Taehyung.
"Hyung." Panggil Taehyung yang tidak betah dengan suasana sunyi yang menyelembungi ruang tamu itu.
"Nae?"
"Aku nak tanya sikit boleh tak?" Soal Taehyung tanpa memandang Hoseok di sebelah.
"Tanya apa?" Hoseok pelik kerana tidak pernah-pernah Taehyung meminta izin untuk bertanya kerana selalunya namja itu main redah je.
"Emm hyung dengan Yun ada masalah ke?"
"Mwo? Kenapa kau tanya macam tu? Kitaorang okay je." Hoseok mengerling sekilas ke arah Taehyung yang masih lagi terpaku di kaca tv.
"Takdalah, semalam Yun ada ngadu ngan aku yang hyung sekarang ni dah tak layan dia sangat." Jelas Taehyung.
"Yeke? Aku rasa macam biasa je. Maybe sebab aku busy sikit kot." Hoseok mencipta alasan.
"Bukan sebab Hyorin?" Sinis Taehyung bertanya.
Hoseok terus memalingkan wajah dan merenung tepat ke wajah Taehyung sebelum bertanya, "apa maksud kau Tae?"
"Hyung, kau still cintakan Hyorin kan?" Taehyung merenung tepat ke dalam anak mata Hoseok untuk mencari kejujuran daripada namja di hadapannya.
"Tak, mana ada." Dalih Hoseok lalu mengalihkan pandangan dari wajah Taehyung dan berpura-pura bermain telefon.
Taehyung mengeluh kecil, "hyung, aku kenal kau bukan sehari dua. Aku tau kau tipu."
"Aku...aku...arghh aku keliru Tae." Hoseok menyerabutkan rambutnya.
Taehyung hanya diam sambil menggosok perlahan bahu Hoseok bagi menenangkan diri Hoseok yang sedang berserabut.
"Seorang cinta pertama aku dan seorang lagi pengubat hati aku. Siapa yang perlu aku pilih?" Soal Hoseok meminta pendapat Taehyung.
"Tae, Hoseok hyung." Sapaan daripada Jimin mematikan perbualan Hoseok dan Taehyung.
"Nae Chim, kenapa?"
"Jin hyung panggil makan." Kata Jimin lalu berlalu ke tingkat atas untuk memanggil Yoongi pula.
"Hyung, kau tanya hati kau betul-betul. Aku harap kau tak buat pilihan yang salah. Ohh ya, nanti jumpalah Yun, kesian dia." Nasihat Taehyung sebelum dia bangun dan berlalu ke dapur.
"Yun, mianhae." Gumam Hoseok perlahan sambil menatap gambar Seohyun di wallpaper handphonenya.