Ting~
Seohyun yang sedang mengeringkan rambut terkejut dengan bunyi whatsapp yang masuk. Hair dryer diletakkan di atas meja solek lalu handphone di atas katil dicapainya.
Namjoon
Morning Seohyun☀
9:05 a.m. √√Seohyun
Nak apa pepagi dah mesej ni 😒
9:05 a.m √√Namjoon
Jom keluar, bosan duhh.
9:05 a.m. √√Seohyun
Malaslah, aku nak study harini.
9:06 a.m. √√Namjoon
Takyah gedik sangat ah, bukan aku tak tau kau nak layan kdrama -_-
9:06 a.m. √√Seohyun
😂
9:06 a.m. √√Namjoon
Dah gi siap cepat.
9:06 a.m. √√Seohyun
Aku taknak keluarlah.
9:07 a.m. √√Namjoon
No excuse, lagipun aku dah ada kat depan rumah kau ni.
9:07 a.m. √√Mata Seohyun membulat lalu dia terus berlari ke arah tingkap. Langsir berwarna ungu muda diselaknya.
Di luar kelihatan seorang namja berbaju sweater kuning sedang melambai-lambaikan tangannya ke arah Seohyun.
Seohyun menepuk dahinya sebelum menunjukkan buku lima ke arah Namjoon yang sedang bersandar di keretanya.
Dengan malasnya Seohyun menukar baju untuk keluar bersama Namjoon. Ingatkan hari Ahad nak lepak-lepak dekat rumah tapi dah kena paksa keluar pula.
Seohyun memakai skinny jeans, tshirt purple yang sedikit besar dan rambutnya diikat ekor kuda. Tanpa mencalit sebarang mekap, Seohyun terus keluar dari bilik.
"Yun, jom breakfast." Kata Hyorin yang kebetulan mahu memanggil chingunya turun makan.
"Takpalah, aku nak keluar ni." Kata Seohyun tanpa memandang Hyorin kerana sibuk mengikat tali kasut.
Semenjak peristiwa hari itu, Seohyun jarang meluangkan masa bersama dengan Hyorin. Dia lebih suka terperap di dalam bilik dengan alasan perlu menyiapkan assignment yang diberikan saemnya. Seohyun masih terasa hati dengan Hyorin. Yelah siapa tak sakit hati kena tipu dengan chingu sendiri. Tetapi tidak pula terdetik di hati Seohyun untuk membenci Hyorin. Cuma, buat masa sekarang Seohyun memerlukan masa untuk menenangkan diri.
Selepas siap mengikat tali kasut, Seohyun bangun dan berjalan menuju ke kereta sport Namjoon tetapi kemudian dia berpatah balik.
Chup~
Seohyun mencium laju pipi Hyorin sebelum melambaikan tangannya, "aku pergi dulu Rin."
Sesungguhnya Seohyun rindu untuk bermanja dengan chingunya itu.
Hyorin tersenyum lebar sambil matanya memandang kereta Namjoon yang mula meninggalkan perkarangan rumahnya.
Dia berasa gembira apabila perangai ceria Seohyun telah kembali. Hyorin perasan sejak dua menjak ini Seohyun seperti mengelak dari berbual dengannya. Di dalam hatinya sering bertanya, 'aku ada buat salah dengan Yun ke?'