Day 1
Kring~
Hyorin menutup jam loceng yang berbunyi lalu dia menggeliat malas. Hyorin mengalihkan pandangan ke tepi dan terlihat Seohyun masih lagi lena diulit mimpi.
Hyorin bangun dan membuka sliding door di balkoni. Dia menjerit excited apabila melihat pemandangan di luar yang cantik. Hyorin berlari masuk semula ke dalam dan melompat ke atas katil.
"Yun, palli ireona. Jom jalan-jalan kat pantai." Hyorin mengejut Seohyun sambil menggoncang-goncang tubuh yeoja itu.
"Emm awal lagi. Sejuk." Seohyun menggumam perlahan sebelum kembali terlelap.
Hyorin yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan matahari terbit lantas mencapai sweater dan keluar dari bilik.
"Wahhh cantiknya." Hyorin mengeluarkan phone dan mula merakam pemandangan pantai di waktu pagi yang tersangat cantik dan indah.
💕 💕 💕
"Semua liat nak bangun." Bebel Hoseok lalu melangkah keluar dari chalet.
Tanpa mengunci pintu, Hoseok terus menyarung selipar dan berjalan ke arah pantai.
"Ahhhh nyamannya." Hoseok mendepakan tangan sambil berpusing-pusing menikmati suasana pagi di situ.
Sedang dia asyik berpusing, tiba-tiba matanya terarah kepada seorang yeoja yang sedang menangkap gambar menggunakan phone.
"Emm macam kenal." Hoseok berjalan ke arah yeoja itu dengan perlahan.
"Hyorin." Sapa Hoseok membuatkan Hyorin terperanjat.
"Ho..hoseok?" Penampilan Hoseok yang simple dengan hanya berseluar pendek dan bertshirt membuatkan Hyorin terpana. Walaupun rambut Hoseok sedikit serabut tetapi namja itu tetap kelihatan kacak.
"Awalnya kau bangun." Kata Hoseok lalu melabuhkan duduk di atas pasir beralaskan seliparnya.
"Saja, nak tengok pemandangan kat sini. Cantik." Balas Hyorin dengan kekok kerana sudah lama tidak bersembang mesra dengan Hoseok.
"Yup, cantik sangat." Hoseok menjeling Hyorin sekilas sebelum menyambung perlahan, "cantik macam kau."
"Nae? Kau cakap apa? Aku kurang dengar." Tanya Hyorin yang tidak jelas dengan ayat terakhir Hoseok.
"Aniya. Weh kau lapar tak? Jom breakfast." Hoseok bingkas bangun dan menepuk-nepuk pasir yang melekat di seluarnya.
"Taknak tunggu diaorang ke?" Soal Hyorin.
"Kalau tunggu diaorang boleh mati kebuluran aku." Balas Hoseok sambil tersengih menampakkan lesung pipit kecil.
'Kyeopta.' Hyorin memuji di dalam hati.
"Kajja." Hoseok sudah membuka langkah untuk ke gerai yang berdekatan.
"Jakkaman." Jerit Hyorin.
"Wae?" Hoseok memberhentikan langkah dan memandang Hyorin pelik.
"Sebenarnya...aku belum mandi lagi." Hyorin tersengih malu. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.