Part 36

23 2 0
                                    

"Byeee korang aku balik dulu." Hyorin melambaikan tangan ke arah Jimin, Soyoung dan Yein Ae manakala Taehyung sudah pulang awal kerana tidak berapa sihat.

Selepas memastikan ketiga-tiga yeoja itu masuk ke dalam kereta dengan selamat, Jimin terus berjalan pulang ke rumah Namjoon yang tidak berapa jauh dengan kafe.

"Sejuknya malam ni." Sweater yang diikat di pinggang dibuka lalu Jimin menyarungkannya ke tubuh. Barulah tubuhnya berasa sedikit hangat.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba matanya tertancap ke arah seorang namja yang sedang berjalan seorang diri.

"Macam kenal." Jimin mengfokuskan pandangan bagi memastikan siapakah namja yang begitu familiar itu.

"Yoongi hyung? Dia buat apa malam-malam ni." Jimin yang curious terus mengikuti Yoongi dari belakang namun tidak disedari oleh Yoongi.

Night Club

Yoongi memberhentikan langkah di hadapan sebuah kelab malam mewah. Tanpa berfikir panjang, Yoongi terus menapak masuk.

Suasana yang bingit tidak dihiraukan oleh Yoongi malah dia berasa lebih lega berbanding tadi.

Selepas mengorder arak, Yoongi terus duduk di suatu tempat yang agak tersorok.

Botol arak dipandang seketika sebelum diteguk rakus. Satu botol, dua botol, tiga botol...

"Yah hyung, stop it!" Jimin yang muncul tiba-tiba terus merampas botol di tangan Yoongi yang sudahpun mabuk.

"Ba..gi..ba.hiks...lik." kata Yoongi diselangi sedunya.

"Apa yang hyung buat ni?" Jimin memandang tajam Yoongi kerana dia tahu sebelum ini namja itu tidak pernah masuk ke kelab malam.

"Bukan urusan kau. Pergi balik." Halau Yoongi sambil menolak lemah tubuh Jimin.

"Hyung, kajja kita balik." Jimin memegang lengan Yoongi tetapi ditepis kasar.

"Taknak!"

"Hyung janganlah macam ni. Kalau Jin hyung tahu mesti dia mengamuk." Pujuk Jimin.

"Pergi matilah!" Jerit Yoongi membuatkan Jimin agak terkejut.

"Kau boleh berambus sekarang." Yoongi kembali mengambil botol arak di atas meja. Jimin hanya memerhati kerana sudah penat untuk menghalang.

"Taknak, Chim takkan balik selagi hyung tak balik." Jimin berpeluk tubuh.

Yoongi mengabaikan Jimin lalu sambung meneguk wain merah.

"Apa yang kau fikir ni hyung. Takkan sebab perempuan kau jadi camni." Gumam Jimin sendirian kerana dia boleh agak mengapa Yoongi jadi begitu.

"Aku...sa..hiks...yang di..a Chim." Luah Yoongi.

"Ya, Chim tau tapi hyung tak bolehlah macam ni. Kalau Rin tahu mesti dia rasa bersalah." Bersungguh Jimin menasihati Yoongi.

"Aku..." Yoongi mula teresak.

Jimin bangun lalu menghampiri Yoongi. Tubuh namja itu dipeluk erat oleh Yoongi.

"Shh jangan nangis hyung. Chim tau hyung Chim ni kuat." Bisik Jimin sambil menggosok perlahan belakang badan Yoongi.

"Apa perlu aku buat Chim?" Soal Yoongi dengan suara seraknya.

"Lupakan Rin dan move on."

"Tak semudah tu Chim. Kau tak tahu apa yang aku rasa." Yoongi menolak tubuh Jimin agar menjauhinya.

"Cinta tak semestinya dimiliki hyung."

💕 💕 💕

Rumah Keluarga Hyorin

"Seok duduk dulu ya. Makcik panggil Rin kejap." Kata Puan Choi sebelum berlalu ke bilik anaknya.

Hoseok tersenyum panjang apabila mengingati bahawa tidak lama lagi Hyorin akan menjadi isterinya. Mujurlah appa dan omma gadis itu mempercayai cerita yang disampaikan oleh Hyorin mengenai perangai sebenar Daehan. Hal ini kerana appa Hyorin pernah terserempak dengan Daehan bersama yeoja lain.

Hoseok membuka beg sandangnya lalu sebuah buku berwarna hijau dikeluarkan. Dia berfikir sejenak sebelum mencoret sesuatu.

"Hoseok, mianhaeyo saya lambat. Baru bangun." Hyorin tersengih malu.

"Takpa, saya dah biasa. Dari dulu sampai sekarang awak kuat tidur." Usik Hoseok.

"Eeee jahat." Hyorin memicit geram pipi Hoseok.

"Auchh sakitlah sayang." Hoseok pout manakala Hyorin tergelak besar. Sudah lama dia merindui keadaan sebegini.

"Awak tulis apa tu?" Soal Hyorin sambil mengerling buku di tangan Hoseok.

"Diary."

"Jinjja? Nak baca, nak baca." Pinta Hyorin excited.

"Tak boleh." Hoseok cepat-cepat menyimpan buku tersebut.

"Hmm alaaaa." Hyorin menarik muka masam.

Hoseok tersenyum melihat tunangnya itu merajuk. Yes, diaorang dah bertunang minggu lepas.

"Bila tiba masanya awak akan dapat baca juga." Pujuk Hoseok sambil membelai rambut Hyorin yang semakin panjang.

"Jinjja? Bila-bila?" Hyorin tersenyum lebar.

"Bila saya dah takda."

Senyuman Hyorin terus mati apabila mendengar bicara serius Hoseok.

"Apa awak cakap ni? Saya tak suka." Marah Hyorin.

"Itu hakikatnya sayang. Kita semua akan mati." Balas Hoseok tenang.

"Kalau saya yang mati dulu?" Hyorin sengaja mahu menduga Hoseok.

"Saya cari lain." Jawab Hoseok selamba.

"Yah berani ya awak. Dasar kuda tak guna." Hyorin terus melepaskan cubitan berbisa yang dipelajari dari Seohyun kepada Hoseok.

Memikirkan Seohyun hatinya menjadi sayu tiba-tiba.

"Rin, kenapa ni?" Hoseok bingung melihat Hyorin tiba-tiba muram.

"Saya rindu Yun." Keluh Hyorin.

"Saya pun." Sokong Hoseok.

"Yah! Awak tak boleh rindu Yun. Saya je boleh." Hyorin bercekak pinggang.

"Pulak dah." Hoseok menepuk dahinya.

Kemudian, tawa mereka terburai. Begitulah mereka, jika suasana menjadi sayu tiba-tiba, pasti ada seorang di antara mereka akan cepat-cepat menukar mood dengan membuat lawak yang kadangkala agak bodoh.

[C] Cinta Where stories live. Discover now