Part 10

27 2 0
                                    

|7 idiot|


JinCute: korang~

KookieMaknae: nae hyung

JinCute: mana yang lain?

Jhorse: sini

SwagSuga: kau ganggu tido aku hyung -_-

DimpleMon: wae jin hyung?

JinCute: sabtu depan datang rumah family aku ya

Mochichim: untuk apa hyung?

JinCute: birthday party Yun

Taelien: yeayyy party 💃

DimpleMon: start kul brpe?

JinCute: 8 malam

KookieMaknae: alaaa sapa nak amik Kook kat asrama 😭 time tu omma ngan appa outstation

Mochichim: nanti aku ambik

KookieMaknae: yeayyyyy sayang hyung 😘

Jhorse: first time Kookie sayang Chim😂

💕 💕 💕


Ting tong!

Loceng pintu yang berbunyi membuatkan Hyorin terkocoh-kocoh keluar dari bilik dan berlari ke muka pintu.

"Nuguya?" Soal Hyorin apabila melihat seorang namja sedang mengikat tali kasut.

Namja itu mengangkat wajah dan langsung berdiri.

"Yoongi?"

"Hai Rin." Sapa Yoongi bersama senyuman manisnya.

"Err hai. Nak jumpa Yun ehh? Jap aku panggil dia." Hyorin yang sudah memusingkan badan untuk ke bilik Seohyun terhenti pergerakannya apabila Yoongi memegang lengannya.

Perlahan-lahan Hyorin kembali menghadap Yoongi membuatkan pandangan mereka bertembung. (asyik buat eyes contact je diorang ni 😒)

"Err sorry." Cepat-cepat Yoongi melepaskan tangan Hyorin.

"Emm takpa." Jawab Hyorin perlahan.

"Sebenarnya, aku datang sini nak jumpa kau." Kata Yoongi sambil tersengih malu. Pfttt Yoongi malu hahahaha.

"Jumpa aku?" Hyorin tersentak.

"Haah, aku ingat nak ajak kau keluar." Lancar sahaja ayat itu keluar dari mulut Yoongi.

"Err keluar ke mana?"

"Pergi mall. Bolehlah kita cari baju untuk birthday party Yun nanti and beli hadiah sekali."

"Ehh Yoongi oppa. Buat apa kat sini? Kaki tu dah baik ke?" Tiba-tiba Seohyun muncul di situ menyampuk perbualan Yoongi dan Hyorin.

"Kalau tak baik, takda maknanya si Jin tu bagi aku drive." Kata Yoongi.

"Ohhh hehe. Wait, wait. Apa mimpi oppa bawa kereta harini? Selalu naik motor je." Seohyun pelik apabila melihat kereta mewah Yoongi terparkir di hadapan rumahnya.

"Motor aku kat bengkel. Kan aku eksiden haritu." Yoongi mencipta alasan. Dia membawa kereta harini kerana mahu mengajak Hyorin keluar. Yelah takkan nak bawak Hyorin naik motor, konfem-konfemlah yeoja tu taknak.

"Emm okay." Seohyun terus berjalan ke sofa dan menonton tv.

"So, macam mana Rin?" Soal Yoongi yang masih menanti jawapan.

"Kalau aku ajak Yun boleh tak?" Tanya Hyorin yang segan mahu keluar berdua dengan Yoongi.

"Errr nanti kantoilah pula kita beli hadiah apa untuk dia." Yoongi mencipta alasan.

"Ohh haahlah. Hmm jap aku gi siap."

Hyorin pun berlalu ke biliknya meninggalkan Yoongi yang seperti mahu melompat mendengar persetujuan Hyorin.

"Beli hadiah konon." Perli Seohyun yang mendengar semua perbualan dia antara Yoongi dan Hyorin. Dia bangun dan mendekati Yoongi di muka pintu. Sengaja taknak bagi Yoongi masuk haha.

"Biarlah." Yoongi menjeling adik saudaranya itu.

"Oppa, dah alang-alang tu belikan hadiah yang mahal tau untuk Yun." Pinta Seohyun.

"Banyak cantik muka kau." Marah Yoongi.

"Yun memang cantik pun." Seohyun mengibas-ngibas rambutnya ke muka Yoongi.

"Woiii. Habis muka hensem aku." Yoongi menarik kuat rambut Seohyun membuatkan yeoja itu terjerit-jerit. Mana taknya baru dua hari lepas dia ke saloon untuk merapikan rambutnya.

"Haha padan muka." Yoongi gelak jahat.

"Haa gelaklah gelak. Nanti Yun bagitahu Rin oppa su...umpp umpp."

Dengan pantas Yoongi menekup mulut Seohyun apabila dia ternampak Hyorin sedang menuruni tangga.

"Nanti aku beli hadiah mahal tapi dengan syarat zip mulut kau."

Bisikan dari Yoongi membuatkan Seohyun tersenyum lebar.

"Baik bos." Seohyun menabik hormat kepada Yoongi.

Yoongi mengabaikan Seohyun lalu mengalihkan pandangan ke arah Hyorin. Penampilan Hyorin yang simple tetapi menawan telah menyebabkan Yoongi terpana. Hyorin memakai skinny jeans, tshirt hitam berserta dengan topi di kepala.

"Oppa, jangan tenung anak dara orang lama-lama." Bisik Seohyun.

"Err..Rin, kajja." Kata Yoongi lalu dia berlalu ke keretanya.

"Byee oppa, byee Rin. Have fun!" Jerit Seohyun sambil melambaikan tangannya.

[C] Cinta Where stories live. Discover now