"Okay saya nak kamu semua hantar assignment ni dua minggu lagi. Faham?" Soal Mr Ahn tegas kepada para pelajarnya.
"Nae, saem."
"Okay kamu semua boleh bersurai."
Seohyun dengan pantas menyumbat segala buku dan alat tulis ke dalam beg sandang. Semangat betul nak balik.
"Yun." Paggil seseorang.
"Namjoon ah, waeyo?" Soal Seohyun tanpa memandang wajah Namjoon, teman baiknya dari zaman persekolahan.
"Kau ada nak pergi mana-mana tak lepas ni?" Soal Namjoon sambil membantu Seohyun mengemas barang. Dia memang dah faham dengan tabiat Seohyun yang suka menyepahkan barang ketika study.
"Emm balik rumah, rehat jap lepas tu gi kafe kot. Kenapa?" Seohyun menyandang beg ke bahu lalu menarik Namjoon keluar dari kelas yang sudah tidak berpenghuni.
"Ingatkan nak ajak kau study sama-sama. Tapi kalau tak free takpalah. Lain kali pun boleh." Kata Namjoon.
"Haaa boleh kot. Lagipun aku nak minta tolong kau ajarkan bab tadi. Kurang fahamlah." Pinta Seohyun. Maklumlah Namjoon kan pandai.
"Haaa boleh boleh. Tapi kafe camne? Kesian pula Tae sensorang kat sana." Namjoon seperti berfikir-fikir.
"Haaa lantak dia. Jom gi library." Ajak Seohyun lalu mengubah laluan ke blok bertentangan.
"Yah Yun! Kejamnya kau. Malang betul siapa dapat bos macam kau ni." Namjoon tergelak sakan.
"Hoho. Takdalah nanti aku mesejlah Jimin suruh tolong Tae." Seohyun turut tergelak.
"Lama ke budak berdua tu cuti sem?"
"Dalam dua bulan lebih kot." Jawab Seohyun yang tidak berapa nak pasti.
"Ehh Yun, kau tak bagitahu Hoseok ke kau nak balik lambat ni?" Tanya Namjoon tiba-tiba sekaligus dia berhenti berjalan.
"Nak buat apa bagitau dia?" Seohyun bertanya pelik.
"Yelah selalu kan kau balik dengan dia. Karang dia tunggu pulak." Balas Namjoon.
"Ohh, Seok ada classlah. Kul 5 baru habis." Kata Seohyun lalu sambung berjalan diikuti oleh Namjoon.
"Pfttt lambatnya. Gila kesian." Namjoon membuat muka acah-acah kesian.
"Padan muka dia haha. Mari gelakkan Hoseok."
Makanya, tawa Namjoon dan Seohyun bergema di lorong itu. Nasib baik takda orang lain, kalau tak mesti orang ingat si Namjoon dengan Seohyun ni tak betul.
Tapi kalau dah dengan BFF, semua orang jadi tak betul. Kan?
💕 💕 💕
"Hmm ni tambah ni lepastu kuasakan dia bla bla. Ish apasal tak dapat jawapan ni. Stressnya aku arghhhh." Seohyun menjerit sambil berguling-guling di atas katil kerana dari tadi lagi dia masih belum berjaya menyelesaikan soalan addmath tersebut.
Fire~
"Opocot." Latah Seohyun apabila sahaja phone yang betul-betul berada di sebelah telinganya berbunyi. Sampai jatuh katil dibuatnya.
"Aduhhhh." Seohyun menggosok-gosok pinggangnya.
Incoming call
DivaJin 😜
Answer| Decline"Yeobsaeyo." Sahut suara di hujung talian setelah Seohyun menjawab panggilan.
"Oppa!" Jerit Seohyun membuatkan Seokjin terpaksa menjauhkan phone dari telinganya.