"Rin." Panggil Seohyun dari muka pintu bilik Hyorin.
"Ehh Yun, asal tak siap lagi?" Soal Hyorin apabila terpandang Seohyun masih lagi berbaju tidur.
"Aku tak pergi kafe kot harini." Seohyun masuk ke dalam bilik Hyorin dan duduk di atas kerusi meja belajar. Nak duduk atas katil takut pula Hyorin mengamuk sebab dia dah mengemas katilnya.
"Kenapa pula?" Hyorin mengerutkan dahinya kerana tak pernah-pernah chingunya itu tak ke kafe kecuali dia ada kelas.
"Aku rasa tak sedap badan sikit hari ni." Kata Seohyun sambil memicit-micit kepalanya yang pening.
"Kau demam ke?" Hyorin meletakkan sikat yang dipegang lalu dia menghampiri Seohyun. Hyorin meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi Seohyun.
"Weh panas ni. Jom pergi klinik." Hyorin bersuara risau.
"Takpalah. Nanti aku makan panadol." Tolak Seohyun. Walaupun Seohyun mengambil jurusan perubatan tetapi dia tidak suka ke klinik.
"Are you sure?" Hyorin inginkan kepastian.
"Nae, kau jangan risaulah. Demam sikit je, maybe semalam kena hujan time balik dari u."
"Aku takyah gi kafelah harini." Hyorin memberi kata putus.
"Ehh jangan-jangan. Aku risau je kafe aku tu meletup kalau biar budak berempat tu jaga. Kau faham jelah perangai hyper diaorang tu." Kata Seohyun merujuk kepada Taehyung, Jimin, Yein dan Soyoung.
"Haihh yelah. Breakfast aku dah siapkan tadi. Lepas sarapan terus makan ubat then rest. Jangan ngengada nak keluar." Pesan Hyorin persis seorang ibu.
"Ya makcik. Aku taulah. Dah-dah pergi cepat, shuhh shuhh." Halau Seohyun yang semakin pening mendengar bebelan Hyorin.
"Cehh menghalau. Okaylah aku caww dulu bro." Hyorin mencapai beg sandang dan berlalu keluar dari biliknya.
💕 💕 💕
Ting! Tong!
Seohyun yang sedang enak diulit mimpi di atas sofa terjaga disebabkan oleh loceng rumah yang berbunyi. Jam dinding dijeling sekilas. 3 petang.
"Hmm takkan Rin dah balik. Awal lagi ni." Detik hati Seohyun.
Ting tong! Ting tong! Ting tong!
Sekali lagi loceng ditekan.
"Aduhh kacau je aku tidur." Dengan pening-pening lalat Seohyun ke muka pintu untuk melihat siapa yang datang.
Pintu dikuak lebar dengan kasar oleh Seohyun yang bengang dengan tetamu yang tidak diundang itu. Dahlah kepala pening plus demam, Seohyun rasa nak maki je manusia yang menekan loceng bertalu-talu.
"Cari siapa?" Soal Seohyun kasar kepada seorang namja yang memakai cermin mata hitam.
Namja itu tersenyum lalu dia membuka specnya.
"Haii Yun, long time no see."
Serta merta mata Seohyun terbuka luas apabila melihat Daehan. Terus hilang sakit kepalanya akibat terkejut dengan kehadiran Daehan yang tidak diduga.
"Daehan, ma...macam mana kau tau rumah aku?" Soal Seohyun tergagap.
"Aku follow Rin haritu." Jawab Daehan selamba.