Part 18

26 1 2
                                    

Kriukk~

Seohyun yang sedang membaca novel terganggu dengan perutnya yang berbunyi mintak diisi.

"Haihh malasnya nak masak." Keluh Seohyun memandangkan dia keseorangan sahaja di rumah pada malam itu.

Nak masak ramen tetapi sudah kehabisan stock pula. Yang ada pun cuma biskut dan roti.

"Biskut pun biskutlah." Seohyun bingkas bangun lalu menapak ke dapur tetapi loceng yang berdenting membuatkan langkahnya mati.

"Ehh Rin dah balik ke? Kata nak tido sana dua malam."  Detik hati kecil Seohyun.

Seohyun menguak daun pintu dan dia dikejutkan dengan sebuah teddy bear yang agak besar.

"Nuguya?" Soal Seohyun memandangkan orang yang memegang bear itu terselindung.

"Haii, saya nak cari yeochin saya. Nama dia Kim Seohyun, dia ada tak?" Soal Hoseok lalu dia menjengukkan kepala sambil tersengih.

"Seok, apa awak buat ni?" Seohyun tergelak dengan aksi comel Hoseok yang menjenguk dari belakang bear tersebut. Rasa nak cubit je pipi chubby namja itu.

"Hehe, nah untuk awak." Hoseok menghulurkan teddy bear tersebut kepada Seohyun.

"Thank you. Jomlah masuk." Pelawa Seohyun lalu dia ke sofa untuk meletakkan teddy bear yang saiznya hampir sama dengan Seohyun.

"I miss you, sayang."

Secara tiba-tiba Hoseok memeluk Seohyun dari belakang lalu dia meletakkan dagunya di atas bahu yeochinnya.

"I miss you too." Balas Seohyun sambil tersenyum.

"Saya minta maaf sebab abaikan awak." Bisik Hoseok.

"Gwaenchanna. Saya tak ambik hati pun." Seohyun menepuk-nepuk tangan Hoseok yang melingkar di pinggangnya.

Hoseok melepaskan pelukan lalu memusingkan tubuh Seohyun agar menghadapnya, "terima kasih sebab faham saya."

"Sama-sama kasih."

"Sayang, kenapa rumah ni sunyi je? Mana kawan awak tu?" Soal Hoseok.

"Rin takda, dia balik kampung."

"Good, awak pergi naik atas and mandi. Nanti saya siapkan dinner."

"Jinjja?" Mata Seohyun bersinar apabila mendengar perkataan dinner memandangkan perutnya tengah berkeroncong hebat.

"Yup. Biar Chef Hoseok masak harini." Hoseok mendabik dadanya.

"Yeayyy...jakkaman, mana awak tau saya belum mandi?" Seohyun membuat muka curiga. Takut-takutlah Hoseok ada memasang cctv tersembunyi di rumahnya.

"Emm bau awaklah busuk sangat." Balas Hoseok bersahaja.

"Eee awak jahat." Seohyun memukul manja dada Hoseok.

K, Yun gedik.

"Ehh dah dah. Awak pergi siap cepat." Hoseok menolak tubuh Seohyun ke arah tangga.

"Yelah. Awak pun sama, masak cepat sikit. Saya dah lapar ni."

💕 💕 💕

Selepas siap berpakaian Seohyun terus keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah.

"Ehh kenapa gelap ni? Aku tak bayar bil elektrik ke bulan ni?" Bebel Seohyun sambil menuruni tangga dengan berhati-hati disebabkan oleh keadaan rumah yang gelap gelita.

Sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu, hidungnya mula terhidu sesuatu yang harum dan keadaan di situ juga sedikit cerah.

"Emm bau lavender." Seohyun tersenyum melihat banyak lilin aromaterapi disusun sepanjang laluan menuju ke dapur. Pastinya kerja Jung Hoseok.

"Sayang, come." Panggil Hoseok yang sedang menuangkan air ke dalam gelas di meja makan.

"Seok, kenapa tak buka lampu ni?" Seohyun bertanya pelik.

"Malam ni kita candle light dinner. Romantik kan saya?" Hoseok tersengih bangga lalu menarikkan kerusi untuk Seohyun.

"Macam-macamlah awak ni." Seohyun malas mahu melayan sikap romantik Hoseok kerana dia lebih tertarik dengan pasta di atas meja.

"Sphagetti carbonara favourite awak." Kata Hoseok lalu mencedokkan pasta tersebut ke dalam pinggan Seohyun.

"Wahh nampak macam sedap." Seohyun terus mencapai garfu dan mula menikmati sphagetti air tangan Hoseok.

"Macam mana sayang?" Tanya Hoseok dengan debaran di dada.

"Sedapnya." Seohyun menaikkan ibu jarinya.

"Saya tau saya masak sedap." Hoseok mula membangga diri.

"Eeee berlagaknya dia." Seohyun membuat muka menyampah.

"Cuba awak rasa kek ni pula. Ni saya buat semalam. Penat tau google." Hoseok menyuakan sesudu kek red velvet kepada Seohyun.

"Nyumnyum, sedap juga." Puji Seohyun bersungguh.

"Kalau sedap makanlah banyak-banyak."

"Memang nak makan pun." Jawab Seohyun dan kembali menikmati sphagetti dengan berseleranya.

Hoseok tersenyum melihat gaya yeochinnya yang seperti kebuluran. 😂

"Seohyun, seohyun." Hoseok menggelengkan kepalanya.

"Kenapa?" Tanya Seohyun pelik lalu mengangkat wajahnya.

Hoseok bangun merapati Seohyun dan terus mencium bibir Seohyun membuatkan pipi Seohyun kemerahan.

"Makan pun comot." Kata Hoseok sambil tersengih nakal.

"Yah! Awak ni suka ambik kesempatan." Seohyun berpura-pura marah walaupun dalam hati dah berbunga-bunga.

Yun gatal iyewww.

[C] Cinta Where stories live. Discover now