Bangtan Cafe
"Now you love me boy so that I love you~"
Seohyun menyanyi kecil sambil tangannya ligat mengelap meja-meja yang berada di dalam kafe miliknya itu.
Ding~
Bunyi loceng tersebut menandakan seseorang membuka pintu kafe.
"Maaf cik tapi kedai kami dah tutup." Kata Seohyun lalu mengangkat wajahnya dan serta merta matanya terbuntang luas melihat yeoja yang sedang berdiri di hadapannya bersama sebuah bagasi besar.
"Hyorin!"
"Seohyun!"
Kemudian, kedua-dua gadis itu berpelukan sesama sendiri bagi melepaskan rindu yang terpendam selama dua tahun.
"Wehh rindunya aku dengan kau." Jerit Seohyun.
"Aku pun weh. Rasa macam 20 tahun tak jumpa kau." Balas Hyorin sambil memeluk bahu Seohyun.
"Tau pun rindu. Yang kau pergi tukar no fon and padam segala media sosial tu apasal?" Marah Seohyun.
"Mianhae, Yun. Kau tau kan kenapa aku buat macam tu?"
"Hmm at least bagilah no fon baru kat aku." Seohyun menarik muncung panjang.
"Opsss ada orang merajuklah." Usik Hyorin sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.
"Haaaa cepat pujuk." Seohyun memalingkan wajahnya lalu berpeluk tubuh.
"Hmm hmm maafkan lah aku. Aku kan dah balik ni." Pujuk Hyorin.
"Dahlah kau bagitau Jin oppa dulu baru aku pasal nak balik sini. Huh double merajuk." Seohyun masih tidak berpuas hati.
"Ohh pasal tu. Dah kau tukar nombor baru macam mana aku nak mesej. Tu yang aku call abang kau." Terang Hyorin.
"Hmm."
"Yun ohh yun." Panggil Seohyun.
"Apa?" Tanya Seohyun acuh tak acuh. K Yun, apasal kau gedik sangat nak merajuk bagai.
"Yun, kalau aku cakap aku nak tinggal ngan kau, kau maafkan aku tak?" Bisik Hyorin betul-betul di telinga Seohyun.
"Jeongmal? Wahhhhh akhirnya aku tak kesunyian." Seohyun mula melompat-lompat akibat terlalu excited.
"Woii gila ke?" Hyorin tergelak-gelak melihat Seohyun yang seperti seorang anak kecil mendapat mainan setelah puas memujuk ommanya.
"Sayang, sayur ni nak susun kat ma..." Kata-kata Hoseok terhenti apabila pandangannya bertembung dengan Hyorin yang kelihatan terkejut.
Hoseok P.O.V
Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku nampak sekarang.
Kenapa? Kenapa kau muncul balik Hyorin? Kenapa baru sekarang?
"Ohhh Seok. Kenalkan ni Hyorin, sahabat saya dari kecik." Kata Seohyun sambil tersenyum lebar.
Aku hanya mendiamkan diri sambil terus menatap tajam wajah Hyorin.
Kenapa selepas aku dah mula mencintai orang lain, kau muncul semula Hyorin? Kau memang nak buat aku jatuh cinta balik ke?
Tak, tak, aku tak boleh jatuh cinta dengan orang yang telah lukakan hati aku. Lagipun aku dah ada Seohyun. Ya, aku takkan sakitkan hati Yun. Aku taknak dia rasa apa yang pernah aku rasa.
"Rin, ni Hoseok...."
"Namchin Seohyun." Hoseok memotong percakapan Seohyun lalu memeluk pinggang gadis itu dengan erat.
"Ishh awak ni selalu menyampuk." Marah Seohyun sambil menjeling Hoseok di sebelahnya.
"Apa? Betullah sayang." Hoseok tersenyum sambil mengerling manja ke arah Seohyun.
Hyorin P.O.V
Senyuman tu, senyuman yang paling aku rindu. Namun kini senyuman tu bukan untuk aku lagi tapi untuk sahabat baik aku, Kim Seohyun.
Nampaknya Hoseok dah boleh lupakan aku. Gomawo, Seohyun ah sebab kembalikan balik senyuman yang telah aku hilangkan dari wajah dia. Terima kasih juga sebab bahagiakan Hoseok.
Aku tahu Hoseok bahagia sekarang. Tapi, kenapa aku sakit bila tengok kebahagian diaorang. Andwae, kau tak boleh macam ni Hyorin. Hoseok kini milik Seohyun dan Seohyun milik Hoseok. Kisah aku dan Hoseok dah tamat dua tahun lepas.
End of P.O.V
"Yah hyung! Nak dating pun nanti-nantilah. Banyak lagi kerja kat dapur tu. Banyak stock yang belum susun ni bla bla bla." Taehyung tiba-tiba sahaja keluar dari dapur sambil bercekak pinggang.
Dan Taehyung terus membebel.
"Diamlah alien." Hoseok mencampak kubis yang berada di tangannya ke arah Taehyung.
Buk! Kubis tersebut mendarat tepat di muka Taehyung.
"Jung Hoseok!"
"Sayang, help me. Taelien dah mengamuk." Hoseok terus menyorok di belakang Seohyun apabila dia melihat Taehyung mahu membaling semula kubis tersebut.
"Stop it! Kubis tu bukan mainan okay, dahlah sekarang barang mahal!" Seohyun menjegilkan mata ke arah Taehyung.
"Eeee Hoseok hyung yang mula dulu. Aku pula yang kena." Taehyung menghentakkan kaki tak puas hati.
"Wek wek kena marah." Ejek Hoseok.
"Awak pun samalah Seok. Siapa ajar baling makanan ni?" Seohyun menarik kuat telinga Hoseok. Terjerit-jerit namja itu dibuatnya.
"Aduhh sayang appo! Ampun, ampun janji tak buat lagi." Jerit Hoseok.
Maaf, Hyorin dilupakan seketika. 😂
"Padan muka." Taehyung dengan gembiranya menggelakkan Hoseok yang sudah merah telinganya.
"Tae, apa gelak macam tu? Tak malu ke dengan kawan aku ni." Marah Seohyun.
"Opsss tak sengaja." Taehyung mengalihkan pandangan ke arah Hyorin dan matanya membulat.
"Hyorin?"
"Mwo? Kau kenal Rin ke Tae?" Seohyun terkejut.
"Mestilah dia kan ex..."
"Kitaorang sama sekolah tinggi." Potong Hyorin lalu menjegilkan matanya kepada Taehyung yang bermaksud 'jangan bocorkan rahsia'.
"Ahh ya, ya. Kitaorang EX-student Daegu Highschool." Fulamak, pandai kau cover Taehyung.
"Jinjja? Wahhh tak sangka. Mesti Seok pun kenal Hyorin kan?" Pertanyaan Seohyun menyebabkan Hyorin, Hoseok dan Taehyung terkedu.
"Emm tak. Saya tak pernah kenal dia." Balas Hoseok dingin.
Hyorin menundukkan wajahnya selepas mendengar kata-kata Hoseok. Hatinya bagai dihiris dengan sesuatu yang tajam.