"Kim Seohyun, palliwa!" Jerit Hyorin dari tingkat bawah.
"Im coming." Seohyun berlari menuruni tangga sambil membawa beg bajunya yang agak kembung.
"Banyaknya kau bawak baju. Kita gi sana dua hari je kot." Hyorin sudah mula membebel.
Seohyun hanya memekakkan telinga dan berjalan selamba melintasi Hyorin menuju ke arah kereta Seokjin yang sudah lama menunggu di hadapan rumah.
"Yah! Tunggu aku." Hyorin mencapai beg galasnya yang tersadai di atas sofa lalu berlari keluar dari rumah.
Selepas memastikan pintu rumah berkunci rapat, Hyorin memboloskan diri ke dalam BMW hitam milik Seokjin.
💕 💕 💕
Pulau Jeju
"Finally sampai pun." Namjoon mendepakan tangannya menikmati bayu laut yang bertiup lembut.
"Yeayy yeayy dah sampai." Jerit Jungkook sambil terlompat-lompat.
"Nak mandi laut yeayyyy." Taehyung sudah mula berlari di persisiran pantai dengan gembira.
Seokjin menggelengkan kepala melihat telatah chingu-chingunya. Macam ni lah jadinya kalau dah lama tak bercuti. Padahal dulu selalu sahaja mereka bertujuh datang ke situ.
"Korang tunggu sini jap ehh. Hyung nak tempah chalet." Kata Seokjin.
"Chim nak ikut!" Jimin meletakkan begnya di atas pasir lalu mengekori Seokjin.
"Hyung, gwaenchannayo?" Hoseok menyoal Yoongi yang sedari tadi memejamkan matanya.
Yoongi hanya mengangguk lemah kerana kepalanya masih lagi berpinar akibat duduk di dalam feri selama satu jam. Yoongi mabuk laut. 😝
Seohyun dan Hyorin pula sibuk berselca memandangkan pemandangan senja di situ sangat cantik.
"Joon, tolong ambikkan gambar kitaorang." Pinta Seohyun lalu menyerahkan kamera DSLRnya kepada Namjoon.
"Haihh korang ni. Asyik-asyik tangkap gambar." Bebel Namjoon tetapi dia tetap menyambut kamera yang dihulurkan oleh Seohyun.
"Satu, dua..."
Seohyun memeluk pinggang Hyorin sambil membuat peace manakala Hyorin meletakkan tangannya di bahu Seohyun.
Klik!
"Weh selca tak ajak!" Jerit Taehyung dari jauh.
"Gaiss palliwa kita selfie." Jerit Namjoon sambil mengeluarkan Iphonenya dari poket seluar.
Taehyung dan Jungkook yang tadinya bermain air terus berlari mendapatkan hyung mereka. Seokjin dan Jimin yang kebetulan sudah selesai urusan di kaunter juga turut menyertai yang lain. Yoongi yang masih pening-pening lalat turut tidak ketinggalan apabila dipaksa oleh Hoseok.
Klik! Klik!
Dan pelbagai aksi selca mereka berjaya dirakam. Walaupun baru tiba tetapi sudah berpuluh gambar terhasil.
"Kajja kita masuk chalet. Rest dulu, and esok kita start enjoy." Kata Seokjin mengajak gengnya.
"Hyung sewa berapa bilik?" Soal Jungkook yang berjalan di sebelah Seokjin.
"Memandangkan chalet tu kecik, hyung sewa tiga bilik."
Mendengarkan hal itu, Hoseok sudah terloncat-loncat.
"Kau dah kenapa?" Namjoon menolak perlahan bahu Hoseok.
"Bolehlah aku sebilik ngan Yun." Hoseok tersengih.
"Eeee Hobie hyung gatal." Serentak, maknae line mengejek Hoseok.
"Ehh kau jangan ngengada. Abang dia ni hidup lagi tau tak! Dah, kau bilik ngan aku. Joon and Yoongi pun sama. Maknae line sebilik, Rin and Yun sebilik." Arah Seokjin lalu dia menarik telinga Hoseok menuju ke bilik mereka.
"Arghh hyung appo, appo." Jerit Hoseok sambil memukul-mukul tangan Seokjin.