Banglo tiga tingkat milik Encik Kim sudah dipenuhi dengan tetamu yang menghadiri majlis ulangtahun kelahiran anak perempuannya.
"Oppa, diaorang ni datang ke tak?" Soal Seohyun sambil kepalanya terjenguk-jenguk mencari kelibat ahli BTS.
"Seohyun!" Jerit Jimin. Kelihatan lima orang namja berlari-lari anak menghampiri Seohyun.
"Haa panjang umur." Kata Seohyun sambil tersenyum.
"Pendek akal." Sambung Seokjin.
"Eee oppa ni tak baik tau." Marah Seohyun.
"Happy birthday sayang." Ucap Hoseok lalu dia memeluk Seohyun.
"Wish je? Hadiah mana hadiah?" Gurau Seohyun.
Chupp~
Secara tiba-tiba Hoseok mencium pipi kanan Seohyun.
"Itu hadiah." Hoseok tersengih-sengih.
"Hoseok hyung kedekut nak beli hadiah tu yang bagi kiss je." Ejek Taehyung.
"Taehyung!" Jerit Hoseok lalu dia mengejar Taehyung yang sudah pun berlari menjauhinya.
"Eee macam budak-budak." Seokjin menggelengkan kepalanya.
"Nah noona." Jungkook menyerahkan dua kotak hadiah kepada Seohyun.
"Ehh kenapa dua?" Seohyun pelik.
"Yang ni dari Hoseok hyung and yang ni dari aku, Kook and Tae." Sampuk Jimin.
"Ohhh. Thanks korang." Seohyun mengambil hadiah itu lalu diletakkan di atas meja bulat yang sudah pun dipenuhi dengan hadiah.
"Aduhh lapar pulak. Siapa nak ikut hyung makan?" Soal Seokjin sambil menggosok-gosok perutnya.
"Aku." Jerit Jungkook dan Jimin serentak lalu mereka membuntuti Seokjin ke meja hidangan.
Tinggallah Namjoon dan Seohyun sahaja di situ.
"Happy birthday Kim Seohyun." Kata Namjoon lalu menghulurkan hadiah yang berbalut cantik kepada Seohyun.
"Thanks Joon." Seohyun tersenyum manis.
Namjoon hanya tersenyum sambil memandang Seohyun yang kelihatan anggun memakai dress purple separas lutut.
"Cantik." Tanpa sedar ayat itu keluar dari mulut Namjoon.
"Cantik? Apa yang cantik?" Tanya Seohyun.
"Baju kau cantik." Tutur Namjoon laju.
'Bukan, kau sebenarnya yang cantik Seohyun.' Detik hati Namjoon.
"Ohhh."
Seohyun agak kecewa mendengar balasan daripada Namjoon. Entah mengapa dia berharap Namjoon memujinya.
"Jom pergi makan." Kata Seohyun dengan suara yang mendatar.
Namjoon berjalan mendekati Seohyun lalu berkata perlahan, "Yun, kau cantik. Tapi lagi cantik kalau kau lepaskan rambut."
"Mwo?" Seohyun tergamam mendengar kata-kata Namjoon.
Namjoon yang sudah melangkah meninggalkannya dipandang lama sebelum tiba-tiba Seohyun mengukirkan senyuman. Hatinya rasa berbunga pula apabila mendapat pujian dari Namjoon.
'Ehh dah kenapa aku rasa happy semacam ni. Kalau Seok tau merajuk pulak dia nanti. Ehh haahlah, mana pula Hoseok ni." Seohyun mula mencari Hoseok dan kejadian sebentar tadi terus lenyap dari minda tetapi tidak bagi Namjoon.
💕 💕 💕
Hyorin termenung jauh sambil memandang langit yang dipenuhi bintang.
"Ishh lambatnya Yoongi ni. Padahal ambik makanan je pun." Gumam Hyorin perlahan.
Tiba-tiba Hyorin merasakan ada seseorang melabuhkan duduk di sebelahnya. Alangkah terkejutnya Hyorin apabila yang duduk di sebelahnya itu adalah Hoseok.
"Hoseok, apa kau buat dekat sini?" Soal Hyorin kalut sambil matanya melilau melihat sekeliling, dia khuatir jika Seohyun nampak dan nanti pasti berlakunya salah faham.
"Kenapa? Tak boleh? Ke takut ada orang marah?" Soal Hoseok sinis.
"A..apa maksud kau?" Tanya Hyorin lalu menutaskan pandangan ke arah Hoseok.
"Kau...suka Yoongi hyung?" Tanya Hoseok tiba-tiba membuatkan Hyorin terdiam sejenak.
"Kalau ya pun kenapa?"
"Aku cuma taknak chingu aku rasa apa yang pernah aku rasa. Sebuah kesakitan."
Selepas itu, Hoseok terus bangun dan meninggalkan Hyorin yang terkedu.
'Dia tak boleh maafkan aku lagi rupanya.' Keluh Hyorin dan tanpa dapat ditahan air mata Hyorin mengalir laju.
"Rin, kenapa ni?" Yoongi tercengang melihat Hyorin sedang tersedu-sedu.
"Yoongi." Lirih suara Hyorin memanggil.
"Kenapa ni? Kau sakit ke?" Soal Yoongi lembut.
Dan tanpa Yoongi duga, Hyorin tiba-tiba memeluknya dan menangis di bahu Yoongi. Habis basah baju kemeja yang dipakai Yoongi dengan air mata Hyorin.
Dup dap dup dap.
Jantung Yoongi berdetak laju.