Part 26

26 2 2
                                    

"Tsk tsk, kenapa dia tipu aku." Seohyun teresak-esak.

Seohyun melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Mujurlah kereta yang lalu lalang sempat menekan brek.

"Woii nak mati ke?"

"Kalau nak bunuh diri jangan kat sinilah bodoh."

Kata-kata makian dari pengguna jalan raya hanya diabaikan oleh Seohyun. Dia berjalan tanpa arah tuju sambil fikirannya melayang  mengingati peristiwa di rumahnya tadi.

Tidak disangka Hoseok dan Hyorin sudah lama saling mengenali, yang paling Seohyun terkilan apabila mereka berdua berpura-pura tidak pernah kenal sebelum ini.

Seohyun terduduk di tepi jalan raya lalu menangis teresak-esak. Orang ramai yang memandangnya langsung tidak diendahkan oleh Seohyun.

💕 💕 💕

"Ahjumma, bagi saya bubur ayam satu. Bungkus ya." Pinta Namjoon.

"Baik." Ahjumma itu laju menyiapkan pesanan Namjoon.

Sementara menunggu pesanannya siap, Namjoon memerhatikan suasana sekeliling sebelum pandangannya jatuh kepada seorang yeoja yang sedang duduk di tepi jalan sambil menekup mukanya ke lutut.

"Eo? Apa yeoja tu buat memalam kat tepi jalan ni?" Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak Namjoon terus mengorak langkah menghampiri yeoja itu.

"Cik, apa awak buat dekat sini?" Soal Namjoon pelik.

'Dia sesat ke?' Fikir Namjoon.

Yeoja itu perlahan-lahan mengangkat wajahnya membuatkan mata Namjoon membulat.

"Seohyun?!"

"Namjoon?" Seohyun juga agak terperanjat tetapi tidak lama apabila dia kembali teresak.

"Yah! Kau kenapa ni?" Kalut Namjoon bertanya lalu dia mengambil tempat di sebelah Seohyun.

"Ho...hoseok." Kata Seohyun dengan suara yang tersekat-sekat.

"Kenapa dengan Hoseok?"

Seohyun menarik nafas dalam-dalam sebelum menceritakan segala-galanya kepada Namjoon, sesekali esak tangisnya kedengaran.

"Dia tipu aku Joon, tsk tsk."

"Shuhh uljima." Namjoon mengelap air mata Seohyun menggunakan jarinya.

"Aku sayang dia tapi kenapa dia buat aku macam ni. Dia.. dia..."

Namjoon yang tidak sanggup mahu mendengar rintihan Seohyun terus menarik yeoja itu ke dalam dakapannya.

"Menangislah puas-puas kalau tu boleh buat kau tenang." Bisik Namjoon sambil membelai lembut rambut Seohyun.

Mendengarkan bisikan Namjoon, Seohyun kembali teresak di dada Namjoon.

Dan Namjoon hanya pasrah apabila tshirt mahal yang baru dibelinya dibasahi air mata Seohyun. 😂

💕 💕 💕

Banglo Seokjin & Yoongi

[C] Cinta Where stories live. Discover now