Bangtan Cafe
"Weh Rin, kau boleh duduk tak?" Soal Taehyung yang pening melihat Hyorin asyik mundar mandir sedari tadi.
"Wehh camne ni Tae?" Hyorin akhirnya mengambil tempat berhadapan dengan Taehyung.
"Camne apa?" Taehyung blur.
"Aku buntu sekarang ni Tae." Hyorin membuka cap yang dipakai lalu rambutnya diserabutkan.
"Weh pebenda kau ni? Aku tak fahamlah." Taehyung pula yang stress apabila tidak tahu hujung pangkal cerita yang memeningkan Hyorin.
"Alaaa kau tak tau ke si Rin ni ada dua orang peminat. Tu yang konfius nak pilih." Jimin mula menyibuk.
"Mwo? Siapa2?" Taehyung excited nak tahu.
"Siapa lagi kalau bukan Jung Hoseok and Min Yoongi." Balas Jimin.
"Uishh gila lah."
"Korang, tolong lah aku." Hyorin mengetuk perlahan dahinya ke meja.
"Kau suka siapa?"
Soalan cepumas dari Taehyung membuatkan Hyorin terdiam. Sesungguhnya hanya ada seorang sahaja bertakhta di hatinya. Now and forever.
"Aku tau kau suka siapa Rin. Cinta pertama memang susah nak dilupakan." Balas Taehyung.
"Apa perlu aku buat Tae?" Hyorin memandang tepat namja itu.
"Bagitau perasaan sebenar kau dekat Yoongi. Aku taknak hyung aku sorang tu mengharap." Ujar Taehyung bersungguh.
"Tapi aku tak sanggup nak lukakan hati Yoongi." Keluh Hyorin.
" Lebih baik berterus terang daripada kau bagi dia harapan palsu." Nasihat Taehyung membuatkan Hyorin termenung jauh.
💕 💕 💕
Tasik Novem
"Nah." Yoongi menghulurkan sekotak air kepada Hyorin sebelum mengambil tempat di sebelah yeoja itu.
"Gomawo Yoongi."
Selepas itu, masing-masing mendiamkan diri sehinggalah Yoongi membuka mulut.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Soal Yoongi.
Hyorin menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.
"Pasal luahan hati kau tu..."
"Yes, kenapa?"
"Aku...aaa..se..se..."
"Kau pilih Hoseok kan?" Tanya Yoongi membuatkan Hyorin terkejut.
"Ma..na kau..tau?"
"Yun dah citekan semuanya kat aku. Rin, kau memang dah ditakdirkan untuk Hoseok." Yoongi sedaya upaya mengukirkan senyuman yang paling ikhlas.
"Aku tak nak sesiapa terluka tetapi aku cuma manusia biasa. Maafkan aku." Hyorin menunduk sambil kakinya menguis tanah.
"Gwenchanna, cinta tak semestinya perlukan balasan."
"Yoongi, kau memang namja yang baik. Aku harap kau dapat yeoja yang lebih baik dari aku." Mata Hyorin berkaca-kaca.
'Tak, hanya kau yeoja yang paling aku suka walaupun seribu lagi yeoja baik datang melutut kat aku.'
"Yoongi ah, kita still chingu kan?" Soal Hyorin sekaligus menyedarkan Hoseok dari menungan.
"Yes of course."
'Kita bermula sebagai seorang kawan dan begitu juga pengakhirannya.' Yoongi mengeluh dalam diam.