"Aduhh mana minyak angin ni." Seohyun menggeledah laci almari.
"Haihhh time-time camni pula dia nak hilang." Bebel Seohyun sambil memicit-micit kepalanya yang pening.
"Pinjam Rin punyalah." Seohyun bingkas bangun menuju ke bilik Hyorin di sebelah.
Laci dibuka satu persatu bagi mencari minyak angin.
"Yeayy ada pun." Seohyun mencapai minyak angin tersebut sebelum tiba-tiba sebuah buku berwarna hitam menarik perhatiannya.
Diariku
"Pftt Rin ada diary rupanya." Seohyun tergelak kerana tidak menyangka Hyorin yang brutal ada menyimpan diari.
Seohyun yang tertanya-tanya isi kandungan diari tersebut terus menyelak helaian pertama. Terpapar gambarnya bersama Hyorin semasa kecil.
"Cute juga ehh aku dulu." Seohyun memuji diri sendiri.
Satu persatu helaian diselaknya dan sesekali dia tertawa kecil apabila membaca part-part yang lawak.
Gerak tangan Seohyun terhenti kepada muka surat bertarikh tiga tahun lepas.
14 Februari 2014
Hari ni genap tiga tahun aku couple dengan dia. Happy anniversary sayang and also happy valentines day.
I love you, Jung Hoseok.Seohyun menyelak halaman seterusnya.
29 Oktober 2014
Hari ni aku terpaksa melukakan hati orang yang aku cintai. Jung Hoseok, maafkan saya. Saya terpaksa putuskan hubungan kita. Aku harap dia tak bencikan aku.3 April 2017
Finally, aku kembali ke Korea setelah dua tahun menetap di London. Aku pergi ke kafe Seohyun, sahabat baik aku untuk memberi kejutan kepada dia tapi tak aku sangka ada kejutan yang telah menanti aku di sana. Aku jumpa dia. Jung Hoseok.11 November 2017
Hari ini sesuatu yang tidak disangka berlaku. Hoseok meminta aku kembali pada dia. Dia masih mencintai aku seperti mana aku mencintai dia. Tetapi maaf, aku tak boleh terima kau. Aku takkan sakitkan hati chingu aku, Kim Seohyun.30 November 2017
Aku gembira sangat hari ni sebab Seohyun telah sedar dari komanya. Aku pergi ke hospital untuk melawatnya tetapi kehadiran Hoseok di situ membuatkan langkah aku mati di hadapan pintu wad. Aku mencuri dengar perbualan diaorang. Kau ambil keputusan yang tepat Hoseok. Walaupun hati aku pedih tetapi aku rela mengalah demi kebahagiaan sahabat aku. Biarlah aku tetap terus mencintai kau dalam diam. Aku cintakan kau selamanya, Jung Hoseok.Seohyun cepat-cepat menutup diari tersebut apabila mendengar keretanya yang dipandu Hyorin masuk ke dalam perkarangan rumah. Sepantas kilat Seohyun berlari ke biliknya lalu menutup pintu rapat. Dia bersandar di pintu bilik sebelum melepaskan keluhan berat.
'Rin masih cintakan Hoseok.'