Epilog

26 2 0
                                    

Empat tahun kemudian

Incheon Airport

Seohyun menanggalkan kaca mata hitamnya lalu disangkut di poket handbag. Dia menolak troli yang mengandungi bagasi dan beg2nya menuju ke balai menunggu.

"Kim Seohyun!" Yoongi yang melihat Seohyun terus meluru ke arah yeoja itu.

"Aku rindu kau Yun." Yoongi memeluk Seohyun erat.

"Yun pun rindu oppa." Seohyun membalas pelukan abang sepupunya itu yang sudah dianggap sebagai abangnya sendiri.

"Mana Jin oppa?" Mata Seohyun melilau mencari Seokjin.

"Dia pergi toi..."

"Oppa!"

Yoongi tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Seohyun sudah berlari mendapatkan Seokjin. Yoongi mencebikkan bibirnya melihat dua beradik itu membuat jejak kasih di situ.

💕 💕 💕

"Baju dah basuh, pinggan dah cuci, lantai dah mop, hmm nak buat apa lagi ehh?" Bebel Hyorin seorang diri.

"Ahaa, baik aku bersihkan bilik." Hyorin berlari anak menuju ke kamar utama.

Dia menuju ke arah almari lalu lacinya dibuka satu persatu.

"Maigadd sepahnya." Hyorin mengeluarkan semua barang yang terdapat di dalamnya.

"Okay ni buang, yang ni buang juga haa yang ni ehh wait, ni bukan ke diary Hobie?" Hyorin membelek-belek diary tersebut sebelum membukanya. Hanya ada satu coretan di dalam.

"Bila tiba masanya awak akan dapat baca juga."

"Jinjja? Bila-bila?"

"Bila saya dah takda."

Hyorin menarik nafas panjang sebelum mula membacanya.

To; my true love

Sayang, bila awak baca ni mungkin saya dah pergi jauh dari awak. Tetapi hanya jauh dari mata kerana saya sentiasa dekat di hati awak. Saya harap awak takkan lupakan saya sebab bukan senang nak jumpa kuda yang kacak macam saya. :p

Hyorin,

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.
Terima kasih kerana mewarnai hidup saya.
Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yang baik.
Terima kasih kerana menjadi seorang pendengar dan penasihat yang baik.
Terima kasih kerana menjadi teman istimewa saya.
Terima kasih kerana menerima saya seadanya.
Walau berjuta kali saya membuat salah, awak tetap maafkan saya.
Awak memang seorang yeoja yang baik.

Terima kasih untuk segalanya,

Choi Hyorin.

Hyorin menangis teresak-esak sambil memeluk diary itu erat-erat bagaikan memeluk Hoseok. Sesungguhnya dia sangat merindui suaminya ketika itu.

Tiba-tiba Hyorin merasakan ada seseorang memeluknya dari belakang.

"Hobie?"

"Kenapa awak baca diary ni? Kan saya dah pesan kalau saya dah takda awak baru boleh baca." Bisik Hoseok.

"Taknak. Kalau awak takda siapa nak lap air mata saya." Hyorin bersuara serak.

[C] Cinta Where stories live. Discover now