Bangtan Cafe
"Weh Rin, aku keluar jap tau." Seohyun tiba-tiba muncul di bilik stor yang menempatkan bahan-bahan kering kafenya.
"Pergi mana?" Soal Hyorin tanpa memandang chingunya itu kerana dia sibuk menyusun rempah ratus di kabinet.
"Pergi u kejap. Grup aku tiba-tiba ajak bincang pasal assignment. Jagakan kafe ehh." Seohyun menitipkan pesan untuk Hyorin.
"No hal bro." Balas Hyorin sambil tersengih.
💕 💕 💕
Ding~
Hoseok melangkah masuk ke dalam kafe sambil matanya melilau mencari kelibat Seohyun.
"Yein, Seohyun mana?" Soal Hoseok kepada Yein Ae yang sedang membancuh kopi untuk pelanggan.
"Yun unnie keluar, pergi u."
"Tae and Chim?" Soal Hoseok sambil mencari dua orang chingunya itu.
"Chim keluar pergi bank kejap, Tae pula ada class." Terang Yein Ae sebelum berlalu untuk menghantar pesanan pelanggannya.
Hoseok yang tiba-tiba rasa hendak terkucil terus berlari ke toilet di bahagian belakang.
Stor makanan
"Aihh tingginya lahai." Bebel Hyorin sambil dia berjengket-jengket untuk meletakkan peket-peket milo di rak bahagian atas sekali.
Walaupun sudah memanjat kerusi tetapi Hyorin tetap tidak berapa nak sampai. Selalunya kerja menyusun ni dibuat oleh Taehyung dan Jimin. Memandangkan kedua-dua namja itu takda, dengan rela hatinya Hyorin mahu mengemas stor tersebut memandangkan banyak stok yang masih lagi tidak disusun. Rimas pula dia tengok.
"Apa pasal lah Yun tak sediakan tang...ahhhhh."
Hyorin menjerit kuat apabila tiba-tiba sahaja kerusi yang dipanjatnya bergoyang membuatkan tubuhnya tidak stabil. Hyorin hanya mampu menutup mata apabila terasa dirinya akan terjatuh ke lantai.
'Ehh kenapa tak rasa sakit ni?'
Perlahan-lahan Hyorin membuka mata dan dia baru menyedari bahawa ada seseorang telah menyambutnya. Hyorin mengangkat wajah dan orang itu adalah...
"Haihh lain kali hati-hatilah." Bebel Hoseok sambil membantu Hyorin untuk berdiri.
"Go..gomawo." Balas Hyorin sambil menggaru belakang lehernya.
Tiba-tiba Hoseok merampas pek milo di tangannya lalu namja itu memanjat kerusi dan mula menyusunnya di atas rak.
"Dah tau diri tu pendek, tak payahlah ngengada nak buat. Ni kan kerja Tae and Chim. Biarlah diaorang buat. Kalau aku takda tadi macam mana?" Bebel Hoseok panjang lebar.
'Dia dah maafkan aku?'
Tanpa sedar Hyorin mengukirkan senyuman.
"Rin! Kau senyum-senyum apa? Kau dengar tak aku cakap apa?" Hoseok melompat turun dari kerusi lalu bercekak pinggang di hadapan Hyorin.
"A..pa?" Soal Hyorin terpinga-pinga.
"Eee berangan je tau." Hoseok meluku perlahan dahi Hyorin.
"Woii kepala jangan main ya." Hyorin menepis tangan Hoseok.
"Ada aku kisah?" Hoseok menguak rambutnya ke belakang.
Hyorin pun apa lagi, melting habis siott. 😍
"Ehh jap tadi aku nak pergi toilet sebenarnya." Sepantas kilat Hoseok berlari keluar dari stor itu memandangkan hajatnya belum terlunas.
'Hati, kenapa kau mesti jatuh cinta lagi dengan orang yang sama?'
Hyorin mengeluh sambil memegang dadanya.