Royale Hall
Semua tetamu berdiri apabila melihat pengantin lelaki memasuki dewan tersebut. Hyorin yang sudah lama berada di atas pentas terpaku melihat ketampanan Hoseok yang memakai sut berwarna hitam.
Hoseok berhenti seketika memerhati Hyorin sebelum dia menghampiri yeoja itu.
"You looks so pretty dear." Bisik Hoseok membuatkan pipi Hyorin merona merah. Dia tertunduk malu.
Selepas itu acara menyatukan pasangan tersebut dimulakan. Setelah selesai, pengantin dikehendaki menukar cincin.
Hoseok baru sahaja mahu menyarungkan cincin emas yang bertakhtakan berlian ke jari manis Hyorin sebelum satu jeritan mematikan pergerakannya.
"Stop it!" Seorang namja berlari masuk ke dalam dewan tersebut bersama sepucuk pistol membuatkan seisi dewan terkejut lebih-lebih lagi pasangan pengantin.
"I..itu Daehan." Hyorin gugup.
"Apa kau nak lagi Daehan?" Soal Hoseok sambil menahan debaran di dada.
"Aku nak tunang aku yang kau rampas!" Daehan menjerit kuat.
"Dia bukan tunang kau lagi. Baliklah Daehan." Hoseok berkata lembut.
"Aku takkan balik selagi aku tak dapat apa yang aku nak. Aku nak Choi Hyorin aku!" Daehan bagaikan histeria.
"Kau takkan dapat dia Daehan..." Hoseok mengerling Hyorin seketika sebelum menyambung, "because she's mine."
"Ooo kau tetap taknak lepaskan Hyorin? Takpa-takpa. Ini pelihan kau Jung Hoseok." Daehan tiba-tiba mengacukan pistol ke arah Hyorin membuatkan yeoja itu menggigil.
Picu pistol ditarik, "kalau dia tak jadi milik aku, orang lain pun takkan dapat memiliki dia."
Bang!
Bang!
Serentak Hoseok dan Daehan rebah ke lantai. Beberapa orang pengawal keselamatan meluru masuk menghampiri Daehan yang sudah kaku tidak bergerak akibat ditembak di kepala.
Hyorin pula sudah tersedu-sedu sambil dia memeluk Hoseok. Baju pengantin Hoseok telah dicemari dengan darah.
"Ja..ngan...na..na..nangis." Hoseok berkata dengan payah.
"Shuhh jangan bercakap." Gumam Hyorin sambil dia menekup perut Hoseok yang ditembak dengan harapan dapat menghentikan pendarahan.
"Sa..ya...o..okay."
"Kenapa awak selamatkan saya?" Hyorin teresak.
"Se...sebab..sa...ya...sayang awak." Dengan susah payahnya Hoseok meraih tangan Hyorin lalu cincin yang masih berada di dalam genggamannya disarung ke jari Hyorin. Para tetamu yang melihat adegan itu menjadi sebak.
"Saya sayang awak juga." Hyorin tunduk dan mencium dahi Hoseok yang berpeluh akibat menahan sakit.
"Go..gomawo Hyo..rin."
Tiba-tiba tangan Hoseok yang tadinya di pipi Hyorin terkulai ke bawah. Hyorin mengangkat wajah lalu dia dapati mata Hoseok telah terpejam rapat.
"Ho..hoseok." Hyorin menampar lembut pipi Hoseok namun namja itu tetap kaku.
"Tak..tak mungkin." Hyorin menekup mulut apabila melihat dada Hoseok tidak bergerak menandakan pernafasannya telah terhenti.
BTS terus meluru ke atas pentas bagi melihat keadaan Hoseok. Mereka terkejut dengan apa yang berlaku kerana baru tiba di situ akibat kereta Seokjin tayar meletup.
"Hyung ireona." Jerit maknae line yang sudah mengalirkan air mata.
Yoongi dan Namjoon pula hanya mampu terkaku manakala Seokjin sedang berusaha menenangkan Hyorin yang sudah meraung.
"Sila beri laluan." Jerit pasukan paramedik yang baru tiba.
"Ho..hoseok." Hyorin menyebut perlahan sebelum dia pengsan.
"Hyorin!" Jerit Seokjin.