Seokjin menuruni anak tangga sambil menyanyi kecil. Yoongi yang sedang menonton music bank mengerutkan dahi apabila melihat Seokjin berpakaian santai sahaja. Jeans dan tshirt putih dengan gambar mickey mouse di tengah.
"Jin hyung." Panggil Yoongi.
"Apa?" Seokjin yang mahu ke dapur berhenti melangkah apabila mendengar panggilan Yoongi.
"Hyung, kau tak pergi ofis ke harini?" Yoongi berwajah hairan. Setahunya hari ni hari Selasa.
"Malas." Jawab Seokjin ringkas.
"Mwo? Sejak bila hyung pandai ponteng kerja ni?" Yoongi membuat muka terkejut beruknya. Beruk pun kalah.
"Heh ingat kau sorang je pandai ponteng? Aku pun boleh." Perli Seokjin membuatkan Yoongi mencebikkan bibirnya.
"Weh, jap lagi aku nak keluar tau." Kata Seokjin lalu menyambung langkah ke dapur untuk menyediakan sarapan.
"Kau nak pergi mana?" Soal Yoongi dari ruang tamu.
"Pergi kafe Yun. Dah lama tak gi sana. Mesti customer rindu masakan Chef Jin."
Yoongi yang sedang berbaring terus duduk tegak di atas sofa apabila dia mendengar ayat 'pergi kafe Yun'. Ayat yang seterusnya hanya bagaikan angin lalu di telinga Yoongi.
"Hyung, aku nak ikut!" Jerit Yoongi.
"Ehh kaki kau tu belum sembuh lagilah." Seokjin muncul kembali di ruang tamu sambil menatang dua mug air teh panas dan setin biskut. Simple breakfast.
"Alaaa bolehlah hyung. Jebal." Rayu Yoongi sambil membuat muka comel.
"Hmmm let me think."
"Please hyung." Yoongi tidak putus asa merayu.
"Wait, yang kau nak pergi sana sangat kenapa? Sebelum ni aku kena paksa baru nak pergi." Seokjin memandang Yoongi dengan curiga.
Yoongi terdiam seketika mencari ayat.
"Errr...errr aku bosanlah duduk rumah." Yoongi sedikit menggelabah.
"Hmm yelah cepat siap." Seokjin akhirnya mengalah walaupun dalam hati masih tertanya-tanya dengan perubahan drastik Yoongi.
Hal ini kerana Min Yoongi yang dia kenal lebih rela terperap di dalam bilik daripada keluar berjalan-jalan. Nak membantu di kafe memang sampai tahun depan pun belum tentu si namja swag tu rajin.
"Jinjja? Yeayyy." Sepantas kilat Yoongi mencapai tongkat dan berjalan perlahan-lahan ke arah bilik tetamu. Memandangkan kaki Yoongi belum pulih sepenuhnya, Seokjin mengarahkan Yoongi tidur di bilik bawah sahaja.
"Hmm apasal mamat ni excited sangat. Pelik ni." Seokjin mengerutkan dahi.
Its weird.
💕 💕 💕
Bangtan Cafe
"Sayang, ni macam mana nak buat?" Soal Hoseok kepada Seohyun di sebelah.
Ketika itu Seohyun, Hoseok dan Namjoon sedang study group memandangkan peperiksaan semakin hampir.
"Seok, saya tak ambik subjek tu." Seohyun menjeling Hoseok yang sengaja mahu mengada.
Hoseok tersengih-sengih sebelum mengalihkan pandangan ke arah Namjoon yang sedang khusyuk membaca buku. Sebenarnya membaca komik yang disorokkan di sebalik buku bio.
"Joon, tolonglah aku." Hoseok mengerdipkan matanya berkali-kali.
Namjoon yang melihat aksi Hoseok itu terus mencampak pen yang sedang dipegangnya ke arah Hoseok.