Part 19

27 2 0
                                    

Rumah keluarga Hyorin

"Morning omma." Sapa Hyorin.

"Morninglah sangat. Sekarang dah pukul 12 lebih Hyorin oii." Bebel Puan Choi sambil mengacau sup di dalam periuk.

"Hehe sorry omma, Rin ngantuk sangatlah." Hyorin memeluk bahu Puan Choi manja.

"Ni dah mandi ke belum?" Soal Puan Choi apabila melihat Hyorin masih lagi memakai baju semalam.

"Belum lagi. Rin lapar, nak makan dulu." Rengek Hyorin.

"Ehh takda-takda. Rin pergi mandi sekarang." Arah Puan Choi.

"Alaaaa, Rin la..."

"Choi Hyorin! Pergi mandi sekarang atau omma yang akan mandikan kamu." Puan Choi sudah bercekak pinggang di hadapan Hyorin.

"Okaylah okay." Hyorin menghentakkan kaki lalu keluar dari dapur.

"Rin, pakai lawa-lawa sikit. Kita ada tetamu istimewa hari ni." Sempat lagi Puan Choi berpesan.

💕 💕 💕

Tok! Tok!

Hyorin yang terlelap di atas sofa cepat-cepat bangun apabila mendengar pintu rumah diketuk.

"Mungkin kawan omma tu kot." Hyorin sempat menyisir rambutnya menggunakan jari sebelum membuka pintu rumah.

Hyorin tergamam apabila melihat sepasang suami isteri yang amat dikenalinya. Appa dan omma Daehan.

"Rin, kenapa balik sini tak cakap? Haihhh rindunya aunty dengan kamu." Puan Kim menarik Hyorin ke dalam dakapannya.

Hyorin tidak membalas pelukan wanita separuh usia itu kerana dia masih terkejut dengan kehadiran bakal mertuanya itu.

"Haii Rin." Daehan muncul tiba-tiba membuatkan mata Hyorin terbuntang luas.

Daehan menghampiri Hyorin lalu menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Hyorin. Dengan terpaksanya Hyorin mengambil bunga tersebut memandangkan kedua ibu bapa Daehan ada di situ.

"Rin, kenapa balik awal sangat? Kalau balik sekali dengan Han kan senang." Sampuk Encik Kim pula.

Hyorin terpinga-pinga tidak tahu mahu membalas apa-apa. Hal ini kerana ibu bapa Daehan dan juga ibu bapanya sendiri tidak tahu peristiwa gadis itu hampir menjadi mangsa rogol Daehan. Dan ini bermaksud Hyorin masih lagi tunangan kepada Daehan.

"Appa, Han yang suruh Rin balik dulu sebab dia dah rindu sangat dengan Korea. Lagipun semester Han habis lambat sikit. Kan chagi." Daehan melirikkan matanya ke arah Hyorin.

"Err ya uncle."

"Haaa dah sampai pun." Tiba-tiba omma muncul dengan masih memakai apron.

Puan Kim dengan Puan Choi berpelukan sambil melagakan pipi.

"Hyunsik mana?" Soal Encik Kim apabila tidak nampak kelibat appa Hyorin.

"Hyun pergi kedai, beli ais. Ehh masuklah apa yang sembang kat sini." Puan Choi menjemput tetamunya masuk.

"Aunty." Sapa Daehan lalu memeluk Puan Choi.

"Aigoo dah dua tahun aunty tak jumpa kamu. Makin hensem." Puji Puan Choi membuatkan Daehan tersipu malu.

'Hensem tapi perangai cam setan buat apa.' Kutuk Hyorin lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah kerana muak melihat lakonan Daehan yang kononnya dialah namja paling baik di bumi Korea ni.

"Han, kajja kita masuk. Aunty dah siapkan lunch."

"Jinjja? Wahh Han memang rindu masakan aunty." Balas Daehan teruja sambil memeluk bahu Puan Choi dan mereka bersama-sama ke ruang tamu.

"Jomlah makan." Ajak Puan Choi.

"Ehh takpalah. Tunggu Hyunsik dulu, nanti kita makan sama-sama." Balas Encik Kim.

"Okaylah kalau camtu. Duduk dulu ya, aku pergi siapkan air kejap." Puan Choi mahu ke dapur tetapi pantas dihalang oleh Hyorin.

"Omma duduklah. Biar Rin buatkan air." Kata Hyorin lalu bingkas bangun kerana dia tidak betah untuk duduk di situ menatap wajah Daehan.

"Eeee geramnya aku." Bebel Hyorin sambil membancuh air sirap.

"Bebel apa tu chagi?" Tiba-tiba ada tangan yang melingkar di pinggang Hyorin. Siapa lagi kalau bukan Daehan.

"Eee lepaslah." Hyorin meronta-ronta untuk melepaskan diri dari pelukan Daehan.

"Shuhhhh. Jangan bising, chagi nak ke parents kita dengar?" Bisik Daehan.

"Biarkan, aku memang nak diaorang tau." Balas Hyorin berani tetapi suaranya masih dikawal agar tidak sampai ke ruang tamu.

Daehan semakin mengeratkan pelukan lalu dia meletakkan dagu di bahu Hyorin.

"Bagitaulah kalau kau nak tengok syarikat appa kau muflis macam dulu." Ugut Daehan.

Perlahan-lahan Hyorin berhenti meronta apabila mendengar ugutan Daehan.

"Thats my girl. Chagi cuma ikut cakap oppa and syarikat appa chagi akan selamat." Kata Daehan sambil mengusap rambut Hyorin.

"A..apa..ka..u nak?" Soal Hyorin dengan suara yang menggigil.

"Just marry me dear." Daehan mengucup pipi Hyorin sebelum berlalu meninggalkan Hyorin yang masih lagi terkaku.

'Aku akan pastikan kau jadi milik aku Choi Hyorin." Tekad Daehan.

[C] Cinta Where stories live. Discover now