Ada sesuatu yang tak kena dengan Tuan Mahmud. Perkara ini memang daripada dulu lagi aku sudah tahu sejak aku mula berkahwin dengannya lagi. Ada kalanya, dia bagaikan malaikat baiknya. Ada masanya, syaitan pun cuak akan kejahatannya. Tapi itulah lumrah manusia. Ada baik dan ada juga buruknya.
Semasa aku mula berkahwin dengan Tuan Mahmud, kami berdua masih muda. Muda untuk segalanya. Muda dari segi usia. Muda dari segi pemikiran. Muda dari segi emosi. Pendek kata, semua aspek.
Tuan Mahmud sangat menyayangi dan mencintai aku. Ya, aku tahu akan hal itu. Masakan boleh dia berkahwin dengan aku kalau tidak ada rasa cinta di dalamnya, bukan? Lagipun, dia sendiri yang melamar aku di bawah sinaran cahaya bulan di sebuah taman bunga pada malam yang begitu indah itu.
Cinta kami bahagia. Cinta kami suci. Cinta kami sangat teratas tempatnya dalam apa jua keadaan antara kami berdua.
Andainya aku mati, tidak akan ada pengganti untuk Tuan Mahmud. Kerana aku tetap aku. Dan aku tetap akan dicintai oleh Tuan Mahmud.
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...