Petikan Diari Ramona (September 1990)

785 110 9
                                    

           

Perpustakaan Universiti Awam Bitara.

Aku meluangkan masa senggang dua jam sementara menunggu kelas seterusnya di dalam perpustakaan. Hendak pulang ke rumah, terasa rugi pula masa perjalanan yang bakal diambil nanti. Jadi di situ sahajalah tempat untuk aku meluangkan masa.

Aku secara dasarnya bukanlah seorang yang ulat buku. Perpustakaan ini pun, hanya pada pertengahan semester satu yang lepas sahaja barulah aku menjejakkan kaki ke dalamnya. Entahlah, aku memang bukan dilahirkan untuk berada di tempat seperti ini. Aku sendiri tidak tahu apa angin yang melanda aku pada hari itu.

Pada pengamatan aku sendiri, perpustakaan sebuiah tempat yang sangat selalu disalah guna dan dipandang terlalu tinggi. Kalau betul seruan kerajaan adalah untuk menggalakkan rakyatnya membaca, dirikan tempat membaca yang lebih kasual di mana-mana sahaja yang tak memerlukan mobiliti yang tinggi.

Cukup itu. Aku mengeluarkan buku nota yang berada di dalam beg aku lalu diletakkan di atas meja. Buku itu biasanya tempat aku menulis segala idea-idea liar aku yang seterusnya akan aku coretkan menggunakan mesin taip ke atas kertas. Ya, aku juga seorang penulis. Dan kerana itulah aku turut bercerita melalui diari ini.

Biasanya, aku tidak sendirian. Aku biasanya akan berdua dengan Lavender, rakan baik sejak sekolah rendah lagi. Tapi musibat itu hari ni pergi dating dengan abang senior yang juga pembantu kedai koperasi di kampus kami. Entah apa yang handsome sangat dengan abang senior itu pun aku tak tahu.

Dia menyuruh aku untuk menunggu dia di perpustakaan ini sementara menunggu kehadirannya untuk menyertai aku bersama. Maka sebagai rakan yang baik, aku pun menurut permintaannya itu.

Bertentangan dengan meja aku terdapat seorang pelajar lelaki. Dia memakai cermin mata dan rambutnya disisir kemas. Kemeja berwarna putihnya nampak sangat sesuai dengan seluar slack yang dipakainya. Wajahnya juga turut boleh kupuji sebagai kacak.

Aku mengangkat sedikit bukuku dan mula mencuri pandang wajahnya. Dia nampaknya sangat sibuk menelaah buku teksnya yang tebal sambil mencatat nota. Nampaknya dia masih tidak perasan akan aku yang memandangnya.

Tapi selepas itu, wajahnya mendongak memandang wajahku. Aku cemas seketika tapi aku masih berjaya untuk mengawalnya sehabis baik. Melalui ekor mata, aku dapat melihat yang dia tersenyum memandang ke arah aku sebelum menyambung kerjanya semula.

Aku memberi tekaan awal bahawa dia adalah pelajar senior kerana wajahnya nampak sedikit matang berbanding pelajar batch aku sendiri. Tapi dia juga tidaklah cukup matang wajahnya untuk aku menebaknya sebagai pensyarah. Mungkin pelajar tahun akhir.

Melalui cermin matanya, aku meneka bahawa dia seorang yang mempunyai rabun jauh. Tapi aku juga tak rasa dia seorang pelajar nerda. Mungkin dia mempunyai peribadi yang seperti sedari asalnya.

Dia kemudian bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah aku. Aku mulai nanar tentang apa yang hendak aku lakukan. Aku kemudian sekadar buat bodoh menunggu dia berjalan ke arah aku.

"Maaf mengganggu awak tapi boleh tak kalau saya pinjam pen merah awak? Saya nak proofread kawan saya punya assignment."

Aku menggagaukan tangan ke dalam bekas pensel merah aku yang berwarna merah. Sebatang pen merah dikeluarkan dan diserahkan kepadanya. Dia menyambutnya dengan cermat dan dihadiahkan senyuman lagi terhadap aku.

"Awak junior eh?" Dia memulakan langkah bicara.

"Semester dua."

"Oh, patut rasa macam tak pernah nampak. Fakulti?"

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now