Sehari sebelum majlis perkahwinannya dan Tuan Mahmud, Lisa mengunjungi Villa MahMona untuk tujuan melawat. Rata-ratanya semua ahli keluarga Tuan Mahmud dan Cik Puan Ramona akan pergi ke majlis perkahwinan tersebut. Walaupun Cik Puan Ramona sudah meninggal dunia, tapi hubungan diplomatik keluarga Tuan Mahmud dan Cik Puan Ramona masih utuh.
Ibu kepada Cik Puan Ramona, Nyonya Fatma hampir terkena serangan jantung tatkala terpandang akan wajah Lisa. Selepas 20 tahun kematian anak tunggalnya Laura Ramona, inilah kali pertama dia berjumpa semula dengan anaknya itu walaupun sekadar pelanduk dua serupa.
"Serupa dengan anak dara saya tu. Pandai Mahmud pilih isteri baru."
Sehari sebelum majlis bersanding, Lisa dan Tuan Mahmud bernikah. Mereka diwalikan oleh seorang wali hakim dan bersaksikan pegawai dari jabatan agama. Dalam hanya sekali lafaz, mereka sah menjadi pasangan suami isteri. Tuan Mahmud yang sudah berusia 47 tahun kini beristerikan Lisa yang baru berusia 23 tahun.
Semua tetamu memberikan impresi yang baik terhadap Lisa. Walaupun masih sukar untuk mereka membezakan wajah jelita Ramona dan wajah Lisa, mereka tetap melayan Lisa sepatutnya yang layak diterima oleh seorang Cik Puan Muda. Ya, Cik Puan Muda itulah gelaran yang diberikan oleh Lisa setelah sah menjadi isteri kepada Tuan Mahmud.
Semua pekerja di dalam Villa MahMona kemudian diarahkan untuk memberikan tunduk hormat kepada Cik Puan baru mereka iaitu Cik Puan Muda Lisa. Tapi dalam kepatuhan mereka semua, ada seorang yang membantah idea tersebut.
"Mana Mak Biah?!"
Tapi tiada siapa pun yang tahu di mana Mak Biah pergi ketika itu jadi mereka memutuskan untuk membiarkan sahaja pembantu tua itu melakukan urusannya sendiri. Lagipun, semua mereka sedia maklum yang Mak Biah masih dibayangi oleh arwah Cik Puan Ramona. Mana mungkin dia hendak bersalaman dengan Lisa.
Majlis persandingan penuh gilang-gemilang diadakan di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. Hampir 1000 orang tetamu datang bagi meraikan majlis persandingan yang menjadi penantian bagi hampir kesemua tetamu. Siapa sahaja yang tidak mahu melihat siapa dia isteri baru Tuan Mahmud?!
Hampir semua yang pernah mengenali arwah Cik Puan Ramona tergamam tatkala melihat wajah Lisa. Ada yang terkucam, ada yang menjerit, ada yang terus memeluk sambil menangis malah ada yang hampir pengsan.
"Ya Allaaaahhh!!! Tuhan, Kau hidupkan balik hambaMu yang sempurna itu rupanya..." Begitulah antara pujian yang Lisa peroleh hasil daripada peminat-peminat atau sebenarnya kenalan-kenalan arwah Cik Puan Ramona yang mempunyai obsesi kepada arwah.
Malah, ketika dia diberi peluang untuk berucap, semua tetamu menepuk tangan dan daripada menyebut Lisa, mereka hanya menyebut nama Ramona. Tapi walau apapun, Lisa masih cuba untuk bertahan. Mungkin dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan panggilan seperti itu semua.
Sejujurnya, Lisa tidak merasa gembira pada hari itu. Walaupun dia berjaya mempamerkan senyuman kepada semua yang hadir, tapi pada dalamannya, dia agak terluka. Tiada siapa suka dibandingkan!
Malam itu, mereka menggunakan peluang malam pertama mereka di bilik Minister's Suite sebagai destinasi malam bulan madu mereka. Memang seriau jugalah Lisa dibuatnya apabila hendak berdua-duaan dengan lelaki yang sangat tidak dikenali di dalam sebuah bilik.
Tuan Mahmud dengan hanya memakai bath robe kelihatan sedang menaip sesuatu di laptopnya. Wajahnya kelihatan sangat khusyuk tanpa menghiraukan Lisa yang sedang berbaring di atas katil. Lisa juga kelihatan langsung tidak kisah untuk melayan suaminya itu.
"Lisa, you aren't 23 anymore. Be like an adult."
"Apa maksud Tuan yang saya bukan 23 tahun lagi? Saya memang dah dewasa pun."
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...