Malam tadi, aku bermimpi yang aku kini tinggal di sebuah villa indah dan di dalamnya tinggal aku bersama Mahmud. Di situ, kami tinggal dengan sangat bahagia. Macam tahu-tahu sahaja yang pada siangnya nanti, aku memang akan disatukan dengan Mahmud.
Kami bertunang pada Disember 1990 iaitu enam bulan yang lepas. Aku tidak membuat entri dalam diari ini pada hari itu kerana aku kehilangan diari ini. Setelah puas dicari, barulah aku menjumpai diari ini iaitu tercicir di rumah nenekku di Singapura. Itupun jumpa selepas hampir tiga bulan ianya hilang.
Jadi, inilah harinya. Hari dimana aku akan disahkan sebagai isteri kepada Mahmud Shah bin Muhammad Shah. Lelaki yang berjaya mencuri hati aku dan masih belum memulangkannya lagi. Walau begitu, aku rela hatiku dicuri begitu.
"Mahmud Shah, aku nikahkan kau dengan anak perempuanku, Laura Ramona binti Rahiman dengan mas kahwinnya RM 10000 tunai..."
"Aku terima nikahnya Laura Ramona binti Rahiman dengan mas kahwinnya RM 10000 tunai..."
Sekali lafaz, sah aku isterinya!
Pada hari penuh bahagia ini, aku memilih Lavender untuk menjadi pengapit aku. Aku memakai sepasang dress flamenco berwarna merah jambu. Dress itu siap genap seminggu sebelum majlis perkahwinanku pada hari ini.
Lavender sebagai pengapit memakai sepasang dress satin yang berwarna pastel pink. Cantik rakanku seorang ini. Mahmud pula memakai sepersalinan lengkap tuksedo hitam dan bow tie berwarna merah. Jujur kuakui, dia memang kacak dan ini bukan sekadar pujian biasa.
Mama sendiri menatariaskan aku pada hari bersejarah ini. Sentuhannya sangat lembut dan aku sendiri merasakan sentuhan keibuan yang dia letakkan kepada aku. Aku berharap agar aku dapat menjadi seorang ibu yang hebat sepertinya juga suatu hari nanti.
"Thank you for agree to be my wife, Ramona."
"It's like a dream. Wait, better than a dream..."
Cuma satu yang aku perasan. Melinda, adik kepada Mahmud seolah bersikap dingin dengan diriku. Aku cuba untuk masuk kepala dengannya tapi nampaknya seperti dia mengelak sahaja daripadanya. Wajahnya yang cantik pada pandangan aku itu nampak kejung dengan ekspresi beku yang sering ditunjukkannya itu.
Dari awal Mahmud memperkenalkan aku kepada ibu dan adiknya, mereka seolah tidak menyenangi kehadiranku ke dalam keluarga mereka. Aku takut untuk membicarakan hal itu kepada Mahmud bimbang ianya mungkin menjejaskan hubungannya dengan keluarganya sendiri.
Semasa makan beradab tadi pun, aku cuba untuk berborak dengan Melinda tapi dia masih dengan gaya dinginnya. Wajahnya yang jelita itu seolah terhalang dengan keangkuhan yang ditunjukkannya kepada aku.
"Mud, may I say something?"
Mahmud yang sudah tidak berbaju dan bersedia di atas katil untuk malam pertama kami memandangku pelik. Yalah, aku masih lagi dengan gaun satinku daripada tadi dan langsung kelihatan tidak bersedia untuk apa yang dia inginkan.
"Really, Mona? You want to be serious on our first day of marriage?"
"Mud, I just nak tanya something je. And I harap sangat soalan ni takkan offend you whatsoever as I memang takde niat pun nak buat macam tu?"
"What is it, then? Ask me while lying on my arm."
Aku tersenyum. Aku akur sahaja pada perintahnya itu. Aku menukar pakaian aku kepada sepasang lingerie berwarna merah terang sebelum menyertainya berbaring di atas katil. Walaupun nafsuku agak terusik melihatnya dalam keadaan begitu, rasa inkuiriku lebih daripada itu.
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...