Petikan Diari Cik Puan Ramona (Mei 1993)

568 73 16
                                    

Votes tak sampai lagi actually but I think I gave up with that system. So now, when I satisfied with the votes, I will posted it hahax. Kesian kat some of yalls yang mungkin ada yang tunggu (ada ke masalahnya?)...

Niwey, putchohansap if you think Ramona and Mahmud is actually having a toxic marriage and relationship!!! Also putchohansap for those yang rasa sebenarnya Mahmud seorang suami yang baik!!!

____________________

           

Semasa aku memandu ke sebuah restoran pada petang itu, aku dihantui oleh keputusan yang aku baru lakukan. Aku risau juga sekiranya keputusan yang aku buat ini akhirnya menjerat diri sendiri. Tapi aku terpaksa juga demi memastikan aku dapat bergelar ibu. Walaupun aku tahu yang perkara akan aku lakukan ini sangat berdosa.

Aku memparkir kenderaan aku jauh sedikit daripada restoran yang akan aku pergi. Bimbang sekiranya ada mata-mata Mahmud berhampiran. Walaupun aku pasti yang Mahmud sedang menghadiri kuliah, rasa bimbang itu sepatutnya ada. Bukan boleh percaya sangat dia tu kadang-kadang.

"Ramona!" Seseorang memanggil aku dari sudut hujung restoran itu. Aku hanya melambaikan tangan menandakan yang aku perasan akan dirinya. Dia tersenyum.

"Awal sampai?"

"Lah, awal pun tak boleh? I'm following Japanese culture."

"Good for you! Sure orang Mahmud takde nearby?"

"Ramona, sayang sangat kat Mahmud tu. He just your husband, okay. Not God who have rights to tell you what is right and wrong."

"That's right. He's my husband and I have to respect him. Can we just focus on our inbtention today?"

"Well, my intention is to see your face so dah settle kut."

Aku memandang wajah lelaki di depan aku ini dengan menunjukkan betapa aku berasa jengkel dengannya. Tapi aku malas hendak mencari masalah memandangkan aku memerlukannya untuk menjayakan misi aku ini.

"Faris, I really need your help. I mean, it is something that probably kau takkan setuju..."

"Apa dia? Stalk Mahmud punya skandal."

Aku menjegilkan bola mataku kepadanya menandakan aku kurang senang dengan bait ayatnya. Tapi dia nampaknya terkejut dengan reaksi aku itu. Aku sudah mula mengecam ada sesuatu yang tak kena di sini.

"Faris, why? What's that expression tells?"

"Jangan cakap yang you tak tahu?"

"Tahu apa?!"

"Okay, first thing for sure that I want you to know that I'm not creating things. You know that Mahmud ada assistant kan kat office? I mean, the one that take care of all his work when he is busy with class and so on?"

Aku menggeleng. Selama ini memang aku membayangkan Mahmud bekerja seorang diri sahaja.

"You don't say he doesn't tell you at all?"

Aku menggeleng.

Faris menghela nafas berat. Wajahnya seperti dia baru sahaja mengatakan sesuatu yang dia tak sepatutnya untuk ceritakan.

"Ramona, okay the girl name is Olivia. She's our senior worker. Dia muda lagi if tak salah, approaching 30 kut this year. And you know, for some part, I also kena cover kerja Mahmud jugak. So, this girl usually memang akan sangat efisien when it comes to your husband. And..."

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now