Daripada pagi, Lisa menghabiskan masa mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai pada majlis malam nanti. Tidak banyak pakaian yang boleh muat dengan tubuhnya memandangkan semua dress arwah Cik Puan Ramona berukuran lebih tinggi daripadanya. Tingginya yang sekadar 158 cm itu nampaknya tidak muat untuk dress arwah Cik Puan Ramona yang ukurannya 170 cm ke atas. Kalau ada sekalipun, dia pula yang tidak berkenan dengan warna dan designnya.
Mak Biah masuk ke dalam bilik wardrobe itu dengan wajah masam seperti biasanya tapi kehadirannya tidak diendahkan oleh Lisa. Dia malas hendak mencari pasal dengan wanita tua tersebut. Baginya, ianya tidak akan membuahkan apa-apa hasil daripada pertengkarannya nanti.
"Tema malam ni warna kuning."
Lisa tidak menjawab. Dia tahu yang Mak Biah sengaja mencari poin untuk ditunjuk terang kesalahannya. Tapi dia tahu yang dia lebih bijak daripada itu. Mustahillah Mak Biah boleh bertukar baik sesingkat masa itu.
Lisa tidak memandang langsung ke arah Mak Biah. Baginya, pasti wanita tua itu terdapat agenda buruk di sebalik kebaikannya itu. Bukannya boleh dipercayakan sangat hati manusia macam Mak Biah itu. Sehitam bontot kuali!
Tapi itu semua tidak dapat mengelaknya daripada terus memandang ke arah dress yang ditunjukkan oleh Mak Biah itu. Dia tahu bahawa itu adalah dress yang dimaksudkan oleh Mak Biah kerana di dalam almari yang dia sedang geledah itu, hanya satu sahaja dress yang berwarna kuning.
Lisa mencapainya dan dipadankan dengan dirinya. Memang dress itu cukup muat dan letaknya elok pada tubuhnya. Lisa tersenyum sendiri memandang dirinya yang anggun memakai dress tersebut.
"Pakai jelah. Bukankah Cik Puan Muda sendiri yang kata arwah Cik Puan Ramona takkan kisah pun sebab dia dah meninggal dunia."
Lisa pura-pura tidak mendengar. Dia ambil dress tersebut lalu terus membawanya terus ke dalam bilik tidurnya. Sempat dia menjeling penuh benci ke arah Mak Biah yang sememangnya ketara, sangat membenci dirinya.
Apa yang dia tidak tahu adalah, dress kuning itu adalah dress yang sama dipakai oleh arwah Cik Puan Ramona semasa majlis ulang tahun perkahwinannya yang pertama dengan Tuan Mahmud. Di situ sahaja, Lisa sudah tersilap langkah.
Pada malamnya, rata-rata tetamu wanita memang memakai mengikut tema iaitu warna kuning. Hadirin semua terdiri dari kalangan rakan-rakan Tuan Mahmud daripada zaman universiti sehinggalah ke rakan bisnes. Sebahagian besar mereka kenal dengan arwah Cik Puan Ramona dan sebahagian kecilnya lagi paling tidak pernah mendengar cerita mengenai arwah Cik Puan Ramona.
Lisa mengikat rambutnya ala fesyen 40an kerana menurut Kak Gee, itulah fesyen yang paling digemari oleh Tuan Mahmud. Dia berharap agar penampilannya pada malam ini berjaya untuk menambat hati suaminya itu.
Ketika dia memunculkan dia di anak tangga menuju ke ruang tamu semasa majlis baru bermula, semua mata mula tertumpu ke arahnya. Lisa tersenyum sebaik perasan akan perkara itu. Dia tidak menyangka sebegitu hebat sekali perhatian yang diberi oleh semua tetamu yang hadir. Itu baru tetamu, belum lagi suaminya.
Tuan Mahmud yang baru tiba daripada pintu depan tergamam melihatnya yang sedang berdiri di tangga. Tergamamnya itu pula bukanlah dalam rupa yang bagus. Wajah perengusnya muncul dan hal itu sedikit sebanyak membuatkan Lisa cuak.
"Lisa!" serunya tegas.
"Ya...?" Lisa menyahutnya dengan senyuman di bibir.
"Ikut abang!"
Lisa mengikut suaminya pergi ke bilik tidur mereka. Di situ, Tuan Mahmud terus mengunci mereka berdua dan muka masamnya mula jelas kelihatan. Lisa mulai bingung dan tercari-cari mana silapnya kali ini.
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...