Lisa terjaga dan di sekelilingnya penuh dengan warna putih. Seolahnya, kawasan tersebut berada di kawasan ufuk yang kontang dan hanya diterangi cahaya putih yang entah dari mana datangnya. Lisa bangun dan duduk. Hatinya bertanya tempat apakah yang dia sedang berada ini.
"Laura..." Walaupun suara itu bukan memanggilnya, entah kenapa dia tetap menyahut.
Seorang wanita yang mempunyai wajah sepertinya datang dan duduk di sebelahnya. Bezanya dengan wanita tersebut adalah wanita tersebut memakai dress satin yang sangat tradisional manakala Lisa memakai baju kasual yang biasa.
"Laura..."
Lisa diam.
"Sekarang Laura dah tahu kan?"
"Ramona, kau mak aku."
Wanita itu mengangguk.
"Bacalah diari tu sampai habis. Semua jawapan ada kat dalam tu. Laura hanya perlu baca dan hadam semua cerita tu. Kalau tak faham, tanyalah pada Mahmud."
"Tapi dia..."
Wanita itu meletakkan jari telunjuknya pada bibir Lisa. "Dia tetap suami mama. Dan dia ada jawapan kepada semua soalan Laura."
Lisa tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi.
"Bacalah diari tu ya."
Lisa terjaga sekali lagi. Kali ini, dia kembali ke alam realiti.
____________
It's a very short chapter and maybe not so significant so hope you guys will be pleased to read it, hehex... N yeah, some are actually asking legal ke Lisa tu kahwin dengan Mahmud. I will answer it very soon, okay. Ke yalls ada jawapannya, mungkin boleh share jugak... Tapi apapun, don't worry, Lisa tetap bukan anak tiri Mahmud...
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...