Bab 19

658 99 9
                                    




"Didn't expect you to come and see me out of the sudden, Lisa." Lavender berkata sambil menuangkan air teh O panas ke dalam cawannya dan Lisa.

Pada pagi itu, Lisa nekad untuk pergi ke rumah Lavender untuk bertanya beberapa perkara mengenai arwah Cik Puan Ramona. Baginya, Lavender sahajalah yang boleh dijadikannya rujukan sekiranya ingin bertanya apa-apa soalan mengenai arwah Cik Puan Ramona. Melinda bencikan arwah isteri Tuan Mahmud itu dan Razziq tidak pernah bertemu langsung dengannya. Mak Biah bencikan dirinya dan Kak Gee juga sama keadaannya seperti Razziq.

"Saja. Nak juga jumpa orang yang pernah ada dalam kamus hidup arwah Cik Puan Ramona. Siapa tahu boleh kenal sikit macam mana orangnya Cik Puan Ramona tu. Lagipun, Lavender must know her really well, right?"

"Boo, we know each other ever since school. So, which part of her you would like to know?"

"Laura Ramona II anak siapa sebenarnya?"

Tersedak Lavender mendengar soalan yang teramat spontan daripada Lisa itu. Jenuh dia menepuk dada untuk melegakan semula tekak. Lisa cuba membantu dengan menghulurkannya segelas air suam.

"Didn't expect this kind of question. Anyway, how did you find out about this?"

"Lisa tak patut tahu ke?"

"No, I mean, takkan Mahmud tak simpan rahsia pasal Laura Ramona II tu baik-baik? Anyway, yeah, my question. Macam mana kau boleh tahu?"

"Err..."

"Fine! Kau dengan Ramona sama je. Cakap tak habis lepas tu stutter bila nak jawab soalan. Okey, Mahmud dengan Ramona pernah ada anak. Pernah sounds so weird. Okay, Ramona memang ada anak dengan Mahmud."

"Laura Ramona II, kan?"

"Ya, betul. Tapi budak tu meninggal tak lama lepas Ramona meninggal. If tak salah, less than a month after."

"In a fire?"

"Boo, you already know too much. What is the point of asking me now?" Lavender mula mempersoalkan niat Lisa bertanya kepadanya.

"Err, Lisa... okey macam ni. Kenapa Lisa tak pernah tahu pun pasal anak tu? I know that their relationship are toxic enough already but..."

"Wait, apa yang 'toxic enough' tu?"

Lisa menarik nafas berat sambil memandang serius wajah Lavender. "Who is Karmila? Who is Faris?"

Lavender kaget dan ianya terpancar dengan sangat ketara pada riak wajahnya. Tekaknya terasa kering lalu dihirup teh O tersebut bagi melancarkan suaranya jika berbicara. Sayangnya, ianya masih tidak mampu.

"So you met them last night apparently? Sorry tak datang anyway. Seeing lots of people from Ramona's era. So, you know what their relations are with Ramona and Mahmud?"

"Not really. Do you?"

Lavender tahu rahsia tersebut tapi untuk menceritakannya kepada Lisa sebenarnya sangat susah. Rahsia Ramona itu turut bersamaan dengan rahsianya juga. Jadi dia keliru sama ada dia patut atau tidak untuk menceritakannya.

"Cindy!!!" Lavender memanggil pembantu rumahnya. Wanita berketurunan Filipina itu kemudianny muncul beberapa saat selepas itu. "Anak-anak saya balik lambat lagi kan?"

"Lambat, Madam."

"Okay, go away."

Selepas Cindy berlalu pergi, Lavender kembali memandang Lisa. Dia kini terperangkap di antara 'should I' dan 'shouldn't I'. Lisa kalau boleh tidak mahu kelihatan terlalu memaksa walaupun dia memang ingin tahu keadaan sebenar.

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now