Semuanya berjalan lancar dalam hubungan aku dan Khusyairi. Ada kalanya, kami akan berhubungan di luar dan ada kalanya, dia akan bertandang ke rumah. Tapi apapun, hubungan kami kekal rahsia tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Semuanya selamat tersimpan.
Cuma hubungan aku dengan Mahmud yang semakin renggang. Beberapa bulan berlalu ini, aku perasan yang hubungan kami semakin dingin malah ada kalanya, kami langsung tidak bercakap antara satu sama lain dalam masa seharian. Semua ini sangat aneh.
Gambar Mahmud di majlis konvokesyen tergantung cantik di sebelah potret solo aku di ruang tamu. Ramai mempertikaikan keputusanku berhenti belajar selepas berkahwin dengan Mahmud tapi aku hanya ingin meluangkan masa lebih bersamanya. Itu sahaja perkara terbaik yang mampu aku berikan kepadanya. Tapi masih dia tidak hargai.
Usia Laura sudah hampir mencecah setahun pada bulan hadapan. Sehingga tarikh ini jugalah, Mahmud masih menganggap Laura sebagai orang luar. Sedikitpun tanda menunjukkan dia sayang kepada anak ini ditunjukkan. Malah, ciuman seorang bapa pun belum pernah diterima oleh Laura.
"Mud, Laura demam. Kita pergi klinik nak?"
"You drive sendiri tak boleh ke? Takde kerja I nak bawak budak yang bukan anak I tu."
"You, janganlah macam ni. She's our daughter..."
"That's what people say. Say whatever you want but I won't admit her as my daughter. You should feel grateful I izinkan dia guna nama I sebagai bapak dia, Ramona."
"You are and that is what you will always be. People thought you are her father, Mud. Please show your sense of humanity sikit."
"You nak cakap dengan I pasal sense of humanity, Ramona? So that you will be appeared as a very loving mother and wife?"
"Mud, apa maksud you? I tak faham. What are you trying to tell me?"
"Admit it, Ramona! You memang suka kalau orang pandang you as the nice person in our relationship. Mana ada orang pernah cakap you something bad. Semuanya yang baik je orang cakap pasal you. Even our marriage pun orang kata the strength is rely on you. Memang itu yang you nak kan?! A centre of attention!"
Aku tergamam. Mahmud masih dengan wajah perengus biasanya cuma kali ini ianya lebih menyeramkan kerana menampakkan bengis. Aku sendiri tak sedar yang air mataku sudah jatuh menuruni pipi kerana sepanjang kami berkahwin, inilah kali pertama aku diherdik sebegitu rupa.
"Am I a woman like that to you, after all?"
Dia diam.
"Empat tahun kita kahwin dan pandangan you kepada I tak lebih yang I ni sekadar perempuan gila perhatian?! Is that how dirty I am in your eyes?"
Masih tiada reaksi. Aku sepatutnya tidak pelik. Mahmud sememangnya tidak mempunyai perasaan apapun.
"Semua yang I buat, semua yang I hadap selama ni, worth nothing, is it? Then why you marry me at the first place if I am that filthy to you, Mahmud?"
"Ramona..."
"Tell me! I never feel this kind of disgrace throughout my life. Siapa I dalam hidup you?"
"Ramona..."
"You marah I bila I misbehave. Pernah tak you tanya diri you sendiri apa yang you buat yang boleh buat I worship kat you?! I tried my best to be your wife as good as it can be..."
"A good wife will not having an IVF procedure with a guy who's not her husband!" Dia melawan.
"Because you insist to not having any children. I respect you punya decision then why you tak boleh respect mine?!"
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...