Lisa dan Tuan Mahmud boleh dikatakan bermasam muka selepas peristiwa pada hari tersebut. Kalau tidak bermasam muka sekalipun, mereka sudah kurang bertegur sapa antara satu sama lain. Hubungan suami isteri mereka seakan terganggu dengan insiden tersebut yang sangat meremukkan hati Tuan Mahmud.
Di pejabat pada hari itu, Tuan Mahmud memang masam mencuka sepanjang hari. Memang bagi staf yang lain, Tuan Mahmud adalah seorang yang sangat jarang untuk senyum tapi pada hari itu, senyuman hampir tidak terukir di wajahnya. Wajah perengusnya sememangnya sangat ketara ditunjukkan membuatkan semua staf menjadi semakin takut dan ketar lutut setiap kali mereka berselisih.
"Tough day, Mud?" Khusyairi, adik angkatnya dari zaman sekolah dahulu yang kini berkerja bersama datang menegurnya ketika dia sedang mengelamun di dalam bilik kerjanya.
"Seems like it. I just triggered something yang aku tak patut ingat."
"Ramona?"
"Well, nampaknya macam tulah."
"Mud, dah 20 tahun kut. Sampai bila kau nak hidup macam ni? Lisa, she needs space to prove that she can be a good wife."
"Aku tahu tu. Tapi in the same time aku nak dia jadi macam Ramona. As devoted as how Ramona was."
"Mud, kau sendiri tak bagi dia ruang untuk dia jalankan tanggungjawab dia then how kau nak tahu yang she can be as a good as Ramona or could be better? Move on, Mud."
"Isteri kedua kau mempunyai rupa paras yang sama dengan isteri pertama kau. Isteri pertama kau pula meninggal kerana satu benda kecil yang kau sendiri puncanya. Aku takut yang sebenarnya, aku bukannya tak boleh move on daripada Ramona, tapi..."
"Kau tak maafkan diri kau sendiri atas punca kematian dia dulu?"
"Lebih kurang. Aku rasa bersalah atas kematian dia dulu."
"Mud, Sherry dulu pun meninggal kerana aku jugak. Aku yang izinkan dia drive seorang diri pergi kerja sekali dengan hantar anak kami pergi sekolah. Kesudahannya apa? Dia accident sekali dengan anak kami meninggal. Memang betul aku tak boleh maafkan diri aku sendiri tapi sampai bila, Mud? Lambat laun, kau memang kena terima hakikat yang Lisa adalah pengganti Ramona."
Khusyairi juga pernah kematian isteri dua tahun dahulu. Isteri yang dikahwininya selama lebih sepuluh tahun itu meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya dan turut membawa sekali kedua-dua anak mereka yang berusia sembilan dan tujuh tahun. Jadi, semestinya dia sangat memahami perasaan Tuan Mahmud.
"Aku tak rasa yang Ramona akan gembira tengok kau macam ni, Mud. Ramona mesti nak tengok kau happy. Dia sayangkan kau, Mud."
"Aku tak rasa macam tu. Sebelum dia meninggal, aku dah janji yang aku takkan pernah menduakan dia. Tapi apa yang aku dah buat sekarang ni tak ubah macam satu pengkhianatan. Tolonglah faham, Khusyairi."
"Kau tak khianat sesiapa pun, Mahmud. Ramona dah tak ada. Itu je hakikat yang kau kena terima. Nasihat aku is, bawak Lisa tu macam mana kau bawak arwah Ramona dulu. Kita semua sayang dan rindukan Ramona, Mud. Tapi sampai bila kita nak menangis meratap ingatkan dia. Life must go on."
Tuan Mahmud terdiam sekejap. Dia tidak menambah apapun untuk membidas ayat yang diutarakan oleh Khusyairi itu tadi. Entah dia mengiyakan atau menidakkan, tiada sesiapa yang dapat menekanya.
Kemudian dia terus bingkas dan mencapai tongkatnya. Dia menuju ke arah pintu tanpa mempedulikan langsung keberadaan Khusyairi di situ. Khusyairi yang nampaknya malas hendak melayan sekadar membiarkan sahaja Tuan Mahmud beredar.
"Zita, do I have any meeting today?" Tuan Mahmud bertanya kepada setiausahanya.
"Err, sekejap ya, Tuan Mahmud..." Setiausaha mudanya itu tergagap seketika. Memang guguplah memandangkan Tuan Mahmud ini sememangnya seorang yang sangat tegas ketika sedang bekerja. "Tak ada, Tuan. Kenapa ya?"
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...