So, nampak kan kat gambar atas tu!? ACPR make it to number 4 in Mystery/Thriller yalls!!! Maka, dengan murah hatinya, waima tak sampai lagi 56 votes, Daniel hapdetkan juga chapter seterusnya. For next update, make it top 3 or 60 votes! Okay onz tak onz?!?! Onzkan sahajoolah!!!
______________________________
Biasanya pagi-pagi begini, Lisa akan meluangkan masa dengan membaca novel di dalam bilik tidurnya. Tapi tidak pada pagi itu. Sejak rahsia mengenai suaminya terlalu banyak yang diketahui, Lisa tidak tahu siapa yang patut dia percaya lagi dalam dunia ini. Lagi-lagi dalam villa itu.
Memburukkan lagi keadaan, pagi-pagi lagi dia sudah tertumpahkan secawan kopi ke atas lantai membuatkan Mak Biah membebel bukan main terhadapnya. Kadang-kadang, dia sendiri terlupa sama ada siapa sebenarnya majikan di dalam rumah itu. Dia ke ataupun wanita separuh usia itu?
"Boleh tak jangan cemerkap sangat? Susahlah nak lap semua cawan air manis. Melekit lepas tu nanti semut datang. Eeeeiiiii rimaslah aku!"
"Mak Biah, saya tak sengaja. Mak Biah yang letak cawan tu hujung meja sangat, mestilah senang saya nak terkuis dia jatuh."
"Cik Puan Ramona dulu tak pernah buat salah kecik macam ni pun. Dia tu sempurna."
"Well, then! Pergilah korek kubur dia. Resurrect mayat dia balik and let her live happily ever after dalam banglo ni. Semua yang ada dalam villa ni, muda sampai ke tua, semuanya gila."
"Lisa!" Tuan Mahmud yang hendak bersiap ke tempat kerja mendengar kekecohan tersebut dan pantas bertempik dari pintu meja makan. "Dah kenapa jerit macam orang gila ni?!"
"Tuan, jujur saya cakap. Tuan buat keputusan salah kahwin dengan dia ni. Sampai hati tuan duakan arwah Cik Puan Ramona. Arwah Cik Puan Ramona dulu orangnya taat setia kepada tuan. Kenapa Tuan buat kat Cik Puan macam ni?!"
"Mak Biah, sedar diri boleh? Mak Biah tu orang gaji je tau. Kenapa dan apa perasaan Ramona semua tu takde kena-mengena dengan Mak Biah. Saya harap Mak Biah boleh sedar diri ya. Saya tau yang bayar gaji Mak Biah. Lisa ni pulak isteri saya. Sama tinggi dengan Ramona. Hormat dia! Dia bukan orang gaji."
Mak Biah terus terkucam. Mati terus kata hinaan yang dia hendak lemparkan kepada majikannya itu. Jelingan penuh benci dilemparkannya terhadap Lisa. Lisa cuba untuk tidak membalasnya demi memastikan kemarahan suaminya tidak tercampak kepadanya pula.
Kak Gee datang ke meja tersebut untuk mengelap air yang tumpah tadi dan menyerahkan cawan yang baru kepada Lisa. Senyuman nipis diberikan Lisa kepada pembantu rumahnya yang seorang itu.
Semasa sarapan pagi pada hari itu, hanya ada Lisa dan Tuan Mahmud sahaja di situ. Razziq tiada dan hal ini menimbulkan keanehan di benak Lisa. Biasanya anak angkat suaminya itu ada sahaja di situ untuk makan bersama mereka.
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...