Petikan Diari Cik Puan Ramona (September 1993)

522 57 14
                                    

           

I don't know why I feel so pumped up to post chapters by chapters. Hope you guys like it! Anyway, if I got 10 different comments maybe I will post more soon...

_________________________________________

Lima minggu yang lepas, sperma Faris telah diambil dan disimpan di dalam makmal untuk menjalani beberapa proses pemeriksaan begitu juga dengan ovumku. Pada hari inilah, mereka akan disenyawakan dan dimasukkan ke dalam ovariku.

Menurut kalendar dan beberapa hasil pemeriksaan, hari ini adalah hari subur aku. Ini bermakna aku mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk ovumku bersenyawa dengan baik dengan sperma milik Faris. Jadi sekiranya ianya menjadi, aku bakal menjadi seorang ibu seperti yang dirancang.

"Are you ready, Ms Ramona?"Doktor wanita berbangsa India yang kupanggilnya Dr. Mary. Doktor itu adalah doktor yang ditugaskan untuk menjalankan proses IVF ini terhadap aku di Singapura. Setakat ini, aku sangat berpuas hati dengans ervis yang diberikan olehnya terhadap aku dan penerangannya mengenai proses ini juga sangat lengkap.

"I'm ready, Dr."

"Okay, now I will inject the fertilized ovum back to your ovary. I want you to know that if it success, there is no turning back. So last one, are you really sure about this, Ms Ramona?"

"Precisely!"

Aku memejamkan mata. Wajah Mahmud mula terbayang di ruang mata. Aku tahu aku berdosa padanya. Aku terlalu banyak menipu dan menyimpan rahsia daripadanya. Aku seorang isteri yang sangat tak berguna dan layaknya dihakimi demikian.

Rasa ngilu mula terasa. Anak yang akan kukandungkan sekiranya proses ini sememangnya anak aku tapi bukanlah lahir atas dasar cinta. Sebaliknya ianya lahir hasil daripada keegoanku dan rasionalku yang tidak ada. Aku tahu aku berdosa tapi aku terlalu sombong untuk mengakuinya.

Aku keluar daripada pusat kesihatan wanita itu dengan perasaan yang tak menentu. Gementar, teruja, gembira, sedih. Semuanya ada dan membentuk satu perasaan yang tersendiri. Tapi paling utama yang sedang membelenggu diri aku sekarang adalah perasaan bersalah. Terhadap Mahmud dan terhadap diri aku sendiri.

Aku pulang semula ke Malaysia dengan memandu sendiri. Perjalanan aku ke sana ini pun, tiada siapa yang tahu. Pada aku, mereka tak perlu tahu. Aku sendiri pun tak tahu siapa 'mereka' yang aku maksudkan. Mungkin Lavender, Mahmud, Mak Biah.

Air mataku mengalir membasahi pipi disertakan iringan hujan di luar tingkap kereta. Suasana hijau di sekeliling mendinginkan mata aku yang memandang. Tapi aku berani jamin bahawa dalam masa beberapa tahun lagi, semua kehijauan itu akan digantikan dengan pesatnya pembangunan.

Lama aku tidak menulis dalam nada begini. Nada seorang Ramona. Ramona yang puitis katanya. Ramona yang indah lenggok bahasanya.

Aku ingat lagi guru Bahasa Melayuku di sekolah menengah dulu. Aku panggilnya Cikgu Junaidah. Dia sering memuji penggunaan langgam bahasa aku yang mampu berdiri sebaris dengan pelajar sastera tahun akhir. Aku banyak kali dihantar ke pertandingan deklamasi sajak dan pidato. Banyak kali jugalah aku menang.

Semasa di bangku persekolahan, imejku sama seperti aku pada hari ini. Berbaju kurung pesak dan kain berwarna biru. Di telingaku akan kuselitkan sekuntum bunga bagi menaikkan seri kewanitaan yang aku miliki. Kata mama, bunga sememangnya sinonim dengan wanita. Kerana fitrah wanita itu seorang yang cantik, begitu juga bunga. Mana ada bunga yang tidak cantik pada zahirnya.

Aku tiba di Villa MahMona dan kereta Mahmud tiada di situ. Ada dua perasaan yang bertandang. Lega dan rindu. Lega kerana setidaknya aku tidak dibanjiri dengan ratusan soalan yang pelbagai. Aku terlampau takut dan penat untuk menjawab sebarang soalan. Rindu, memanglah. Dia masih suami aku walaupun aku telah menzaliminya secara halus.

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now