Air mata Mahmud gugur membaca diari arwah Cik Puan Ramona pada tahun 1997 itu untuk kesekian kalinya. Dia sudah hilang kiraan akan berapa kali sudah dia menangis ketika membaca diari itu tapi dia cuba gagahi dirinya sekali lagi.
20 tahun dahulu, dia telah menyebabkan perginya insan yang paling dia sayang dan cintai dalam dunia ini. Semuanya kerana ego, angkuh dan sifat marah yang mengambil tempat di dalam akal dan minda. Semuanya tidak akan berlaku sekiranya salah seorang daripada mereka tahu untuk meminta sesuatu daripada satu sama lain.
"Ramona, kalaulah you hidup lagi, I nak sangat yang you tahu I sayang sangat dengan you. Belum pernah sekalipun I tidur malam tanpa ingatkan you, darling..."
Ketika itu, Tuan Mahmud duduk seorang diri di dalam Villa MahMona. Dia berdiri tegak memandang ke arah potret wajah arwah isterinya. Seperti terasa kehadiran isterinya ada bersamanya pada ketika itu.
Pada pagi 30 Oktober 1997 itu, sebuah sejarah hitam pekat telah tercurah di dalam villa besar itu. Cik Puan Ramona bangun pada pagi itu dengan rasa mencucuk yang teramat sakit di perutnya. Sakitnya terasa agak pernah dirasa sebelum ini tapi dia tidak pasti apa yang berlaku.
Dia mengambil alat pengesan kehamilan yang ada di dalam bilik tidurnya dan mula melakukan pemeriksaan sendiri. Dia merasakan hasilnya adalah positif kerana sudah hampir dua bulan dia tidak datang bulan. Jadi kemungkinan untuk dia berbadan dua itu agak tinggi. Yang menggembirakan, sah kali ini anak Tuan Mahmud!
Hasil pemeriksaan berjaya didapatkan. Cik Puan Ramona menjerit kecil melihat hasilnya adalah positif. Sudah lama dia mengidamkan untuk mempunyai anak bersama suaminya sendiri. Ternyata penantiannya selama enam tahun nampaknya akan membuahkan hasil.
Dia mencari suaminya di dalam bilik tidur mereka. Namun tidak pula bayang waima tubuh suaminya dijumpai. Jadi dia mencari di tingkat dua villa tersebut. Bibirnya tersenyum sebaik dia melihat pintu bilik bacaannya terbuka dan itu menandakan suaminya berada di situ.
Tapi senyuman itu hilang apabila dia masuk ke dalam bilik itu dan melihat diari pada tahun 1995 dan 1996 miliknya berada elok di tangan Tuan Mahmud. Menggigil dibuatnya tangan ketika itu. Perlahan dia masuk ke dalam bilik tersebut dengan berhati-hati.
"Mud...:"
Tuan Mahmud mendongak memandang wajah isterinya. Wajahnya tidak menunjukkan yang dia marah tapi tahu dia sangat marah. Matanya merah memandang Cik Puan Ramona dan Cik Puan Ramona cuba untuk tidak memandang wajah isterinya.
"Really, Ramona? Khusyairi?"
"Mud, I sebenarnya..."
"Sebenarnya apa lagi?! Ni, benda semua ni?! You yang tulis kan?!"
"I tahu, Mud. And I tahu yang..."
"Ramona, I percayakan you! Kenapa you buat I macam ni?! You tahu kan yang Khusyairi tu rapat dengan I since we were in school?! Dia dah macam adik I, Ramona!"
Cik Puan Ramona mendiamkan diri.
"Apa salah I, Ramona?! Apa salah I kat you?! Besar sangat ke salah I sampai you sanggup you buat I macam ni?!"
"You tanya I apa salah you?! Siapa yang mula-mula tak nak anak?! Siapa yang mula-mula ada skandal kat belakang satu sama lain?! Siapa yang sampai sekarang masih tak menyesal dan masih ada skandal dengan orang lain?! I ke?! No, it's not! It's you, Mahmud!"
Kali ini, giliran Tuan Mahmud pula untuk mendiamkan diri.
"Semua yang I buat, mungkin bagi you kejam tapi I buat semua ni, semuanya adil, Mud! I buat semua ni sebab you yang start everything at the first place. I am the victim of your game."
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...