Lisa demam. Atau sebenarnya bukan demam, cuma badannya tiba-tiba menjadi lesu dan murung. Sepanjang hari, dia hanya menghabiskan masanya di atas katil berbaring sahaja. Mujur adanya Kak Gee yang kadangkala menemaninya berbual untuk beberapa ketika. Mak Biah? Orang tua tu nak masakkan bubur untuk Lisa pun merungut.Razziq pula yang kelas untuk semester duanya sudah bermula, hanya meluangkan masa dengan Lisa selepas kelasnya habis pada waktu makan tengahari. Mujurlah dia hanya ada satu kelas sahaja pada hari itu. Dapatlah dia menemani isteri bapa angkatnya di rumah.
Ketika dia sedang berseorangan, Lisa tercapai sebuah diari dari bawah bantalnya. Diari itu merupakan diari yang dibawa dari tahun 1993 kerana tertera di hadapannya tahun tersebut. Lisa tahu yang itu adalah diari milik arwah Cik Puan Ramona kerana di hadapannya tertulis huruf R sebesar-besar halaman depannya.
Seisi diari itu ditulis dengan pen dakwat hitam. Selalunya, dalam diari-diari yang dibaca Lisa sebelum ini, diari itu banyak ditulis dengan pen dakwat biru. Hal itu membangkitkan persoalan yang pelik dalam benak fikiran Lisa.
Lisa perasan juga yang diari itu banyak berbunyi dalam nada marah. Malah ada sesetengah perkataan dan ayat ditulis dalam warna merah. Terbeliak juga mata Lisa membacanya.
"Bunuh jelah I, Mahmud! Kalau itu yang dapat gembirakan you..."
Terbeliak biji mata Lisa membaca ayat tersebut. Maknanya selama ini, kemanisan rumah tangga Mahmud dan Ramona itu banyaknya direka. Hanya untuk mengaburi mata orang sekeliling. Bak kata P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Lisa menghirup air kosong yang diletakkan Kak Gee di sebelahnya. Matanya hampir berair apabila membaca ayat seterusnya di dalam diari tersebut.
"Itu bukan anak I, Ramona! Kalau you mati, you jangan harap I akan bela budak tu!"
Memikirkan ayat itu keluar dari mulut Tuan Mahmud, Lisa sendiri rasa nanar. Dia tidak menyangka sekejam itu suaminya mampu. Sekarang dia mula rasa takut sekiranya dia mengandung nanti. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri.
Razziq masuk. Lisa pantas menyorokkan diari itu semula ke bawah bantal. Dia mempamerkan senyuman tawarnya kepada remaja tersebut sebelum menyuruhnya duduk.
"Papa balik awal hari ni."
"Really? Mama dengar pagi tadi dia kena attend meeting dengan board directors petang tu."
"He loves you more."
Lisa agak cair. Tapi dia masih terbawa-bawa dengan apa yang dia baca tadi. Rasa takut masih menebal di dalam benak perasaannya. Tangannya juga masih menggigil memikirkan tentangnya. Sedaya-upaya dia cuba untuk menenangkan perasaan.
"Kenapa mama nampak pucat?"
"Eh, taklah. Eh, ya ke?"
"Ya, mama nampak pucat. Something bothering your mind for time being?"
"Quite. Hmm, I don't know. Maybe kurang air kut."
Razziq hanya tersenyum. Selepas mendengar cerita Lavender semalam, Lisa rasa simpati terhadap Razziq. Baginya, Razziq seorang yang baik dan layak untuk mendapat kasih sayang selayaknya seorang anak. Kalau betul apa yang diperkatakan oleh Tuan Mahmud, maksudnya suaminya itu seorang yang kejam.
"Razziq, selama Razziq duduk dalam rumah ni kan, pernah jumpa any sort of diaries about arwah Cik Puan Ramona tak?"
"Diaries? Rasanya tak pernahlah pulak. Kenapa, mama?"
"Entahlah. Mama rasa minat nak tahu lebih pasal arwah. You know that papa still live under her shadow. So, mama rasa obligated untuk jadi dan cuba hidup macam dia."
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...