"Kau ni main ikut je orang yang tak kenal. Kau pasti ke niat dia tu baik dengan kau?" Suzita, kakak angkat Lisa menasihati aku dalam nada marah ketika Lisa memberitahunya tujuannya bersiap awal pada pagi itu.
"Lisa pun ada fikir benda yang sama jugak, Kak Suzie. Tapi bila Lisa fikir balik, rasa tak apalah kut cuba try nasib. Mungkin ada kerja lain yang dia boleh offer kat situ nanti."
"Melinda tu ada cerita kenapa adik dia menduda? Kenapa Cik Puan Ramona tu meninggal?"
"Akak ni agaklah pun. Tak sampai dua jam pun Lisa jumpa dia semalam takkan nak tanya soalan macam tu. Sensitif kut soalan macam tu."
Suzita hanya mengeluh. Bukan dia tidak biasa dengan kerenah naïf adik angkatnya itu. Sejak ibunya ambil Melinda dari usianya tujuh tahun dahulu, memang dia terkenal dengan kenaifannya.
Ibu dan bapa Suzita, Encik Salman dan Puan Suhaila kini kedua-duanya sudah meninggal dunia. Tinggallah Suzita seorang diri meneruskan hidup bersama Lisa yang dibela sedari kecil. Sudah hampir lima tahun mereka tinggal berdua sejak pasangan suami isteri tersebut meninggal dunia.
"Nak akak ikut ke, Lisa?"
"Tak payahlah, kak. Macam yang Lisa cakap, Lisa cuma nak pergi tengok je dulu apa yang ada kat rumah Tuan Mahmud tu. Bukannya Lisa nak sangat pun kahwin dengan Tuan tu. Untung sabut timbul."
Suzita mengeluh. Melihatkan cara adiknya berpakaian dengan sepasang t-shirt kasual putih dan seluar palazzo hitam coklat, dia yakin pasti Lisa boleh menarik minat Tuan Mahmud tersebut. Lisa sememangnya punyai daya tarikan yang tersendiri.
"Pukul berapa Melinda tu janji nak ambil kau?"
"Hmm, entahlah. Tadi dia mesej dia kata 10 pagi. Sekarang dah pukul sembilan jadi Lisa rasa kejap lagi kut."
Loceng rumah teres dua tingkat tersebut berbunyi. Menyedari akan hal itu, Lisa tahu bahawa Melinda sudah tiba di hadapan rumahnya. Dia pantas mencapai handbagnya dan melangkah ke luar rumah. Macam awal sangat pun ada, bisik hatinya.
Tapi di dalam kereta Chevrolet Camarro tersebut bukanlah Melinda yang dilihatnya semalam. Sebaliknya, dua orang lelaki berpakaian serba hitam duduk di bahagian depan. Kedua-dua mereka dan menyapa Lisa dengan kasar.
"Awak Lisa?"
Lisa mengangguk dengan takut-takut.
"Masuk. Kami akan bawakan awak ke kediaman Tuan Mahmud."
Lisa melambai Suzita yang sedang berdiri di muka pintu sambil kakinya melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. Barulah dia perasan yang di dalam kereta tersebut, cerminnya terdapat langsir dan langsir tersebut ditutup oleh kedua-dua lelaki tersebut.
Lisa langsung tidak tahu ke mana kereta tersebut menuju. Kini, hatinya dijentik dengan rasa takut. Langsung terimbas di benak ingatannya akan kes penculikan yang semakin giat aktif bagai cendawan tumbuh sejak dua menjak ini. Rasa penyesalan juga singgah bertamu di hatinya kerana tidak membawa kakaknya bersama tadi.
Lisa mengeluarkan handphonenya tapi pantas disergah oleh pemandu kereta tersebut.
"Tuan Mahmud tak bagi sesiapa gunakan telefon bimbit di dalam kereta ini!"
Lisa akur. Walau sejujurnya dia berasa terkongkong tapi itulah hakikatnya. Dia beraa teramat bosan untuk duduk tanpa melakukan apa-apa di seat belakang kereta mewah tersebut. Dahlah nak tengok pemandangan luar pun disekat, apa sahaja hiburan yang boleh dilakukan.
Mereka berhenti ketika jam menunjukkan lagi dua minit sebelum, pukul sepuluh pagi. Pintu kereta dibuka dan Lisa disambut keluar oleh kedua-dua lelaki serba hitam tadi. Lisa kini sedang berdiri di perkarangan sebuah banglo yang sangat besar ciptaannya.
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...