"Darling..." Aku terdengar suara Mahmud perlahan menyinggah di pendengaranku. Aku berpaling memandangnya. Tapi sedikitpun rasa untuk tersenyum kepadanya ada. "Darling...?"
"Pergi jelah. Bukannya tak biasa you tinggalkan I seorang."
"Merajuk ke isteri I ni? Sabarlah sikit. Dua minggu je pun."
"Ha'ah. Dua minggu tu sekejap sangat kan? Sebab tu I cakap, bukannya you tak pernah tinggalkan I seorang."
Dia memegang bawah daguku. Aku cuba memandang wajahnya dengan rasa cinta tapi entah kenapa, perasaanku kepadanya tidak sama ketika mana kami baru bersama beberapa tahun lepas. Semuanya seakan berubah.
"I buat internship ni tak lamalah. Empat bulan je. Itupun nanti ada free I baliklah tengok you. JB tu tak jauh manalah. Untuk you, I boleh je."
Kata orang, luka lama memang boleh diubati tapi parutnya memang akan terus kekal berada di situ. Begitu jugalah apa yang terjadi dalam perkahwinan kami. Aku tahu yang Mahmud sememangnya belum memaafkan lagi diri aku. Begitu juga aku. Kisahnya dengan Olivia itu terlalu pahit untuk aku terus lupakan dari kotak memori.
Tapi, kami berdua cuba berlagak normal. Kami cuba memikirkan bahawa kesilapan kami masing-masing itu tidak menjadi faktor pengeruh keadaan kami berdua. Pada dasarnya ia berjaya tapi aku tidak tahu berapa lama ianya mampu bertahan.
"You don't have to. Pandailah I nak hidup sendiri."
"Or maybe you boleh follow I kat sana? Lagipun you bukan study lagi dah? Shouldn't be any interruptions, right?"
"I'm good. Pergi jelah."
Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ketika itu dibasahi oleh airmata. Tapi airmataku bukanlah antaranya. Sejujurnya, aku agak lega memikirkan yang dia akan pergi meninggalkan aku di Seremban.
Seperti biasa, Mahmud sememangnya tidak akan bersalam dengan Laura waima menunjukkan sebarang tanda kasih sayang kepadanya. Perbuatannya itu sememangnya sangat ketara sehinggakan beberapa angkatan yang mengikut menghantarnya juga perasan akan perkara itu. Namun dia masih kelihatan tidak bersalah.
"Kau nak balik naik apa ni?" Khusyairi bertanya kepada aku sebaik Mahmud hilang dari pandangan ke dalam balai pelepasan.
"Teksi kut. Lagipun rumah kau dengan rumah aku kan jauh."
"Tak payahlah. Biar aku hantar. Bahaya nak biar kau balik seorang diri."
Aku sejujurnya merasa selamat setiapkali Khusyairi bertanya mengenai aku. Malam ini, aku tinggal seorang diri di banglo aku dan Mahmud. Mak Biah balik ke kampungnya kerana anak saudaranya meninggal dunia dan orang gaji lain pergi mengikuti kursus jagaan rumah yang dianjurkan agensi mereka. Jadi memang ada rasa kerisauan di hati aku.
"Kau seorang je kan malam ni?"
Aku mengangguk.
"Nak aku teman tak? Not in the same room, obviously. Mahmud akan bunuh aku kalau aku apa-apakan kau."
Aku tak rasa Mahmud kisah pun at the first place. Setelah apa yang terjadi, aku tak rasa yang dia masih sayangkan aku. Boleh jadi semua ini hanyalah lakonan yang dia cuma pamerkan sahaja di mata orang lain. Bagi orang lain, kami masih pasangan yang ideal.
"Aku boleh call Lavender. Rasanya dia free kut."
"Aku dah offer kan sekarang ni. Kenapa nak susahkan orang lain? Bukannya aku ada rancangan apa-apa pun. Lavender tu dahlah transport pun takde."
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...