Petikan Diari Ramona (17 Oktober 1990)

603 70 14
                                    

           

Malam tadi, aku termimpikan Mahmud. Dalam mimpiku itu, dia memakai sut putih lengkap dan di tangannya terdapat sekuntum ros putih. Ros putih sememangnya bunga kegemaran aku. Walaupun bunga itu seringkali dikaitkan dengan kematian, aku tidak merasa begitu. Kecantikannya itu yang utama.

Dalam mimpiku itu, aku dan dia sedang berada di sebuah bukit yang indah pemandangannya. Sebuah meja disediakan di situ dan di atasnya terhidang makanan yang mewah belaka. Di situ, kami meluangkan masa seperti pasangan bercinta.

Masalahnya, kali terakhir aku berjumpa dengan dia adalah pada bulan lepas. Itupun sekejap sangat. Kami hanya bertembung di bangunan pentadbiran dan hanya sempat tegur 'hai' sahaja. Jadi mimpi itu sangat mengarut bagi aku, sejujurnya.

Aku bercerita kepada Lavender mengenai hal itu. Aku punyalah pelik macam mana dia ni boleh kenal dengan Mahmud tu sedangkan course kami berbeza dengan course Mahmud itu. Aku patut belajar teknik stalk yang berkesan daripadanya.

"Ramona..." Dia menolak-nolak bahu aku sebaik kelas kami tengahari itu tamat.

"Apa kau nak, Lavender?"

"Teman aku pergi library boleh?"

"Lav, you know library isn't really my place right? Dah kenapa ajak aku pergi sana?"

"Ala, kau tahu Khusyairy kelas sebelah tu selalu lepak library kan? So yeah, aku kinda nak usha dia today."

"Dan apa jaminan kau yang dia ada kat situ so masa kita tak terbazir bila pergi nanti dan dia takde?"

"Well, aku jamin dia ada sebab, that's the only place he will be. Please, Ramona..."

Aku hanya tersenyum dan mengemas barang-barang aku dan terus mengikutnya ke perpustakaan di mana dia akan merenyam sepuas hati. Sepanjang berjalan, semua fakta mengenai Khusyairi aku tahu menunjukkan betapa obsesnya Lavender kepada Khusyairi.

Di perpustakaan, kami menurunkan tandatangan di buku log yang disediakan di situ untuk bukti kami berada di dalamnya. Selepas mengesahkan kedatanganku, pustakawan itu memandangku dengan pandangan yang seakan teruja dan juga terkejut.

"Awak Laura Ramona?" Pustakawan lelaki berusia lingkungan awal 40an itu bertanya.

"Ya, saya. Kenapa, pakcik?"

"Oh, tadi ada student lelaki datang sini dan dah masuk ke dalam. Dia mencari nama kamu dan dia kata kalau ada pelajar nama Laura Ramona datang, dia suruh beritahu dia."

"Siapa nama dia, pakcik?!" Lavender tolong teruja bagi pihak aku.

"Mahmud gitulah kalau tak salah."

Aku hanya tersenyum. Tidak sangka begitu sekali Mahmud sanggup mencari aku. Lavender sudah mula hendak menyakat.

"Pakcik, ada budak nama Khusyairi Azim tak masuk hari ni?"

"Ada. Dia datang dengan Mahmud tu tadi. Dia pakai spek mata kan?"

Tak cakap banyak, Lavender terus menarik aku masuk ke dalam perpustakaan tersebut. Dia dengan jakunnya menerawangkan matanya mencari crushnya yang berkemungkinan besar sedang lepak bersama Mahmud itu.

"Ramona...?" Seorang lelaki menyebut namaku dari belakang. Kami memusingkan kepala hanya untuk melihat yang ianya adalah Mahmud.

"Hai..."

"And I guess you are Lavender?"

"If Lavender that you meant is the one who was helping you with your assignment, yes it is me."

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now